B A B 5

1K 68 1
                                    
















            NYARIS pengsan Tamaya saat melihat ke dalam sinki dapur. Ada seekor udang karang dan juga ketam raja. Masih segar, dan diikat rapi dengan getah. Seekor penyepitnya besar bukan main, seekor lagi berkaki banyak macam hantu air. Takutnya.

Dalam ketakutan, Tamaya cuba mendekat. Dia mencuit sedikit badan ketam yang terikat itu. Tiba-tiba ketam itu memberi respon terhadap cuitan Tamaya.

"Arghhhh! Heck you those monsters! Hate you!"Terlompat-lompat Tamaya di dalam dapur kerana kegelian. Rupa dahla menakutkan. Ini ke yang dia selalu makan dalam shell out tu? Tetapi kalau makan sedap saja rasanya.

"Apa? Ada apa Tamaya Althea?!" Hatta muncul juga di ruangan itu. Melihat si isteri sudah terkinja-kinja berperang dengan lobster dan king crab yang dibelinya tadi.

"Ini, siapa yang beli monster laut ini bawak balik? I takut lah!" Tamaya buat muka geli-gelemannya.

"I lah yang beli. I nak suruh you masakkan. Lobster tu buat lah masak butter ke apa, king crab tu buatlah stim lemon" penuh selamba sahaja Hatta berkata. Dalam hati giat tertawakan riaksi Tamaya yang macam tercekik biji cempedak itu.

"I?! For a god sake, you suruh I masak Hatta Aqashah? You nak suruh I rentungkan rumah you ni ke apa?" Bagai tidak percaya Hatta Aqashah sendiri yang memberi arahan sedemikian.

Meletus juga tawa Hatta. Dia memandang wajah kekeliruan itu sambil mengekek ketawa.

"Ya lah, I nak suruh siapa yang masakkan? You je isteri I. Belajar lah masak. Ikat perut I" ujar Hatta selamba.

Tamaya tercegat mengunci bibir. Dia pandang Hatta tanpa riak. Otak sedang mencari idea mahu beralasan.

"Ah aduh! Kepala I pening bau hanyir laut ni. I rasa I kena naik atas dan berehat" Tamaya mulakan lakonannya yang sentiasa mantap.

Elok mahu melintasi Hatta, lengan Tamaya dilelar lembut. Hatta senyum senget. Mahu mengelat lah tu. Tiba-tiba pening kepala pulak dah.

"Tak payah nak panjang akal sangat Tamaya Althea. Masuk dapur dan kenal-kenal dengan alat perkakas dapur ni semua. Muka dah cantik dah, lagi cantik kalau lincah di dapur" Hatta berkata.

"Ish, I mana reti! Makan jelah di kedai, apa susah" omel Tamaya tidak berpuas hati.

"Okay, kita belajar masak sama-sama okay? Yang penting you duduk dapur" Hatta membut keputusan yang muktamad.

"Arghh! Pedih pedih! Mata I pedih!" Seringai Tamaya dengan mata yang terkedip-kedip dan merembeskan air mata.

"Buat hal tau you ni. Sini," Hatta bawa Tamaya ke sinki. Baru dua ulas bawang putih yang dikupas, sudah buat drama swasta macam baru lepas menonton cerita sedih. Hatta menadah air paip dan menyapu wajah Tamaya. Dilakukannya penuh berhati-hati.

"Biadap punya garlic! Macamtu je dia serang I" hambur Tamaya tak berpuas hati.

"Bila kali terakhir you memasak Tamaya Althea? You jangankan tak ada basic, tetapi zero bab memasak" komen Hatta. Tamaya menjeling lelaki itu sebal.

"Ta-tak pernah. Selalu maid yang buatkan" ujar Tamaya perlahan.

"Patutlah. Dah, you cuba stim ketam ni. Belajar guna dapur pula" Hatta tukar bahagian. Bab sediakan bahan pula dia lakukan.

Bum!

Bunyi api menyambar besar membuatkan mata Hatta terbelalak. Tindakan drastiknya adalah dengan menarik Tamaya menjauh. Turun naik dadanya tika itu. Segenap tubuh Tamaya dibelek.

"You okay?" Soal Hatta cemas. Dia raup rambut Tamaya ke belakang.

"Nak sangat I duduk di dapur kan?" Tamaya menyindir. Hatta cuma diam. Mujur tidak ada apa-apa kecederaan.

"Dahla, you pergi sana. Biar I yang siapkan semua ni" arah Hatta. Dia sebenarnya tidak mahu mengambil risiko lagi. Tamaya memang failed di dapur. Mengundang bahaya pula tu.











APABILA semuhya sudah siap, Hatta melaung memanggil ma'am besar itu untuk makan. Banyak senang Tamaya Althea harini. Hatta dah siap memasak dua menu dan dia tinggal turun untuk makan sahaja. Tamaya pun turun bersama dua ekor anak kucing yang diselamatkan mereka berdua tempohari.

Abu dan Oyen.

"Wah! Tengok tu, abang Hatta dah siap masak untuk kakak!" Tamaya membuat suara comel berbicara dengan dua ekor binatang berbulu itu.

Sampai ke bilik Tamaya bawa. Hatta nak marah pun tak jadi. Isterinya itu taksub sangat dengan kucing.

"Pergi kurung dua ekor tu di luar dulu lah Tamaya. Takkan nak bawa diorang makan sekali?" Hatta bernada malas.

"Okay," Tamaya menurut tanpa banyak bicara. Dia keluar ikut pintu dapur mahu mengurung Abu dan Oyen.

"Macam makan dekat Burger and Lobster. Hebatnya you, Hatta Aqashah!" Puji Tamaya yang betul-betul kagum melihat hidangan yang disajikan oleh Hatta di atas meja. Membuka selera makan betul.

"Dah, mari makan. Thanks for the compliments by the way," Ujar Hatta.

Sungguh, masakan air tangan Hatta Aqashah memang setanding dengan chef handalan. Sangat sedap dan menyelerakan. Tak payah bayar mahal-mahal. Duduk rumah main dengan anak kucing pun dapat makan sedap.

"Thankyou Hatta, masakkan lauk untuk kita berdua harini. Sedap sangat-sangat" puji Tamaya ikhlas. Hatta senyum nipis. Kembang semangkuk lah tu bila kena puji.

"Sama-sama. Makanlah, habiskan. Ada sikit lagi tu" Tamaya pun apa lagi. Memang betul dia habiskan. Sedap kot!

Hatta senyum dalam hati. Tamaya suka betul makan makanan laut nampak gayanya. Sampai habis licin dia makan. Pandai pula tu mengupas kulit ketam dan udang tu sendiri. Semasa ketam dan udang tu hidup, macam nak terbalik dapur dia punya cemas.



















TBC.

Rindu Dalam Hati [EBOOK]Where stories live. Discover now