B A B 20

1.4K 136 9
                                    











       DENGAN tenang Tamaya masuk ke dalam bilik rawatan selepas nombor gilirannya disebut di kaunter tadi. Agak terkejut juga saat bertentang mata dengan doktor yang bakal memberitahunya keputusan ujian kesihatan yang dilakukan minggu lepas.

"Tamaya Althea,"

"You Doktor Haya Sofya kan? Tunang Hatta," Soal mereka silih berganti soalan.

"Ya, I Haya Sofya. Tapi bukan tunang lagi dah. Kami dah putus dan I tahu, you isteri dia kan?" Haya senyum manis pada Tamaya.

"You baru pindah ke sini ke?"

"Haah, I baru pindah. Seminggu baru" jawab Haya sambil menyemak rekod kesihatan Tamaya. Namun, dahi wanita itu sedikit berkerut seperti tidak percaya.

Haya tutup semula fail tersebut dan melihat nama di depannya lagi sekali. Namun benarlah, fail tersebut nama Tamaya. Hasil ujian tersebut semua ada nama Tamaya.

"I see, tak apa lah. Dekat sikit dengan rumah family Hatta. Hatta pun mesti akan selalu balik rumah mak dia selepasni" ujar Tamaya nampak senang hati.

Haya pandang wanita di hadapannya itu lain macam. Kenapa Tamaya cakap begitu? Apa kaitan dia dengan Hatta pula ni?

"Erm sorry Tamaya, I rasa tak selesa kalau hal peribadi nak dibincangkan di sini. But don't get me wrong, I okay saja kalau kita lepak dekat mana-mana lepasni. Sekarang ni tentang kesihatan you Tamaya. This isn't a good news I want to tell you. Tamaya you—"

"I knew, I knew it Haya. Cancer kan?" Tamaya senyum. Wajahnya nampak tenang. Haya pula yang terkejut. Lambat-lambat dia angguk.

"Tamaya, sebelum tu I nak tahu. You dari keturunan yang ada menghidap kanser ke?" Dan tanpa ragu Tamaya mengangguk.

"Ada, arwah mama I. Dia meninggal pun disebabkan cancer" Haya terdiam. Dia nak beriaksi bagaimana pun tidak tahu. Tamaya seolah-olah tidak serius pun tentang keadaan diri sendiri.

Haya bangun dari tempatnya dan memeluk tubuh Tamaya. Lama mereka berpelukan. Tamaya kaget awalnya, selepas itu dia membalas juga pelukan hangat itu.

"Tamaya, you kuat. I doakan you cepat sembuh. You masih di peringkat awal dan masih boleh diselamatkan. Kandungan dah berapa bulan?" Tanya Haya bersama pandangan dilorotkan pada perut Tamaya.

"Tiga bulan,"

"Masih sempat kalau nak jalankan—"

"No. Selagi I belum bersalin, I takkan lakukan apa-apa rawatan untuk rawat penyakit I ni. I taknak merisikokan lagi diri dan juga anak I" cantas Tamaya. Dia tahu saranan yang bakal diberikan Haya padanya.

"Tapi ini untuk kebaikan you, baby dan juga family Tamaya. You nak tinggalkan Hatta? Nanti kalau baby selamat, how about you?" Duga Haya.

"Sebelum I dengar semua ini dari you, I dah pun tahu kebarangkaliannya dari awal lagi Haya. I dah fikir dah semua tu. Kalau soal tinggal-meninggalkan ni, sungguhpun I tak tinggalkan Hatta, mungkin Hatta yang akan pergi tinggalkan I. Kalau I tak dapat tengok anak I mungkin itu kesedihan yang I akan rasa sampai bila-bila. Begitu juga dengan nasib anak I bila I tak ada nanti. Dia akan jadi yatim tanpa sempat rasa kasih dan sayang I. Itu kesedihan yang anak I akan rasa. You faham tak?" Haya diam lama.

"Alang-alang you dah tahu tentang tahap kesihatan I ni, pertama sekali I nak minta tolong untuk rahsiakan tentang penyakit I ni daripada sesiapapun. Termasuk keluarga I sendiri. Jalankan tugas you sebagai doktor yang amanah ya?. Keduanya, ini mungkin lebih kepada peribadi tapi I nak beritahu juga. Haya, you masih berpeluang untuk kembali semula pada Hatta. Baiki semula hubungan yang terputus disebabkan kerja khianat I dulu. I izinkan untuk you kembali pada Hatta, Haya Sofya. Boleh tak you tunaikan permintaan I ni?" Tamaya genggam tangan Haya berharap persetujuan dari wanita itu.

Tiada balasan dari Haya. Malah wanita itu menggeleng laju saja sebagai balasan.

"Untuk permintaan pertama you tu I mungkin akan pertimbangkan. Tapi bila you buat permintaan seterusnya tu I tak setuju Tamaya. Demi Allah, I dengan Hatta dah tak ada apa-apa hubungan melainkan sebatas kawan. Jangan yang pelik-pelik Tamaya. Paling penting sekarang ni adalah tahap kesihatan you" ujar Haya.

"Tapi boleh kan you janji dulu jangan bagitahu sesiapa tentang ni?"  Tamaya bertanya lagi.

"Kenapa Tamaya? Sokongan daripada orang sekeliling juga perlu untuk you terus kuat melawan sakit you ni" Tamaya geleng.

"I lebih selesa hadap semuanya sendiri. Lihat kerisauan orang-orang yang I sayang lagi I tak kuat. Jadi tolonglah Haya, janji dulu ya?" Rayu Tamaya lagi. Susah sungguh mahu berbincang dengan doktor muda ini.

"O-okay...ta.."

"Thankyou Haya! Thankyou...Suka sangat bila berkenalan dengan you. You baik, you cantik, you bekerjaya tak pelik kalau Hatta cintakan you" Tamaya peluk Haya lagi sekali.

"Tamaya, you sedar tak penyakit you ni tak boleh dibuat main?" Haya mendesak lagi mahu menyedarkan Tamaya.

"I tahu dah lama Haya. Soal penyakit I ni biarlah. I tahu Allah sayang I sebabtu dia bagi I sakit. Buat apa nak fikirkan sakit yang satu ni sedangkan nikmat yang Allah dah bagi pada I tu tak terhitung banyaknya. Sampaikan ada nikmat yang I tak sempat pun nak rasa bersyukur. Bila ingat balik, rasa bersalah pula" jawab Tamaya.

Menitis air mata Haya mendengarnya. Baru pertama kali bertemu, Tamaya dah berjaya mengajar dia banyak benda.

"You akan sembuh, I percaya dan yakin you akan sembuh. I akan tolong you Tamaya. Kalau tak berjaya tolong sebagai seorang doktor, I akan tolong you sebagai seorang kawan. You kena janji satu benda pula dengan I okay?" Tamaya angkat kening sambil kulum senyum.

"Apadia?"

"Jadi wanita kuat, bertahan selagi boleh bertahan. You akan sembuh dan bebas dari sakit ni. Promise?" Haya sua jari kelingkingnya.

"Inshaallah Haya..."



















TBC.

Rindu Dalam Hati [EBOOK]Where stories live. Discover now