B A B 8

995 82 3
                                    









DALAM lebat hujan, Tamaya gigih menunggu di depan pagar besar rumah banglo Dato' Gazli yang tidak terbuka lagi sejak 15 minit lepas dia berada di situ. Suruh pengawal, pengawal buat tidak tahu saja. Tamaya peluk diri sendiri menahan kesejukan.

"Papa....papa dah buang Aya ke?" Tamaya tunduk memandang kakinya sendiri.

Sejam berlalu, Tamaya masih di situ. Langsung tidak berganjak. Bibir sudah berketap. Pucat membiru. Tamaya pejam mata, menggali kekuatan. Sampai hati papanya...

"Kau dah gila ke Tamaya Althea!!!" Tempik Hatta yang tiba-tiba muncul. Melawan bunyi hujan lebat. Lelaki itu datang membawa payung dan memayungi Tamaya yang sudah basah kuyup itu.

"You baliklah! I nak tunggu papa. Nak pujuk papa I!" Tamaya pun sama. Terpaksa menguatkan volume suara. Namun agak seksa kerana menahan gigilnya tubuh.

"Balik! Papa takkan terima kau lah!" Lengan Tamaya dilelar kasar dan Tamaya merentap sehingga terlerai semula.

Degil!

"Aku cakap balik tu balik lah! Kau nak mati ke?!" Ego Hatta tercabar dengan kedegilan insan bernama isteri. Dia berkeras, menarik tubuh kenit itu mengikutinya.

"Hatta! Lepaslah!!!" Ronta Tamaya menampar-nampar tangan kasar itu namun langsung tidak memberi kesan.

Dengan basah kuyup, Tamaya disumbat masuk ke dalam kereta. Tamaya memandang sayu ke arah pagar yang tertutup rapat itu.

Sebaik saja kereta Hatta meluncur pergi, Tamaya nampak susuk tubuh Dato' Gazli yang mengintai di tingkap bilik. Kemudian langsir terselak menutup tingkap.

"Hatta! Papa! Papa tengok I. Sumpah, papa tengok I!" Jerit Tamaya cemas dan meruntun tangan Hatta kencang.

Hatta Aqashah diam membatukan diri.

"Hatta! Papa! I nak papa I!" Tamaya membuat perangai. Telinga Hatta sudah berasap.

"Papa...." Esakan halus kedengaran.

"Kalau kau sayangkan papa kau, kau takkan musnahkan hidup aku macamni lah!" Giliran Hatta pula menjerkah. Hilang sabar barangkali.

Tamaya kemam bibir dan meramas jemarinya yang sudah kecut dek lama kebasahan hujan. Kulitnya bertukar putih pucat. Dalam diam, Tamaya menangis.

"Kau buat benda bodoh ni lagi. Sekarang apa jadi? Bahagia aku dengan Haya dah musnah! Semuanya sebab kau Tamaya, sebab kau!" hambur Hatta geram.

"I cintakan you Hatta...I pun sayangkan papa" perlahan Tamaya mengeluh.

"Kau hanya fikir perasaan kau, habis aku? Ada kau fikir?" Tanya Hatta kasar.

Tamaya diam. Dia tidak punya jawapan untuk itu. Dia akui, dia tamak dan pentingkan diri. Sanggup merampas Hatta.














TAMAYA menunggu Hatta masuk ke dalam bilik untuk tidur, namun lelaki itu tidak muncul-muncul. Kepala sudah terasa berat macam ada batu bata dihempap. Pejam celik Tamaya tunggu sudah pukul 2 pagi. Tiada lagi harapan, Tamaya berbaring bersama keluhan.

Hatta berdiri lama di depan pintu bilik mereka. Tidak jadi masuk, Hatta turun ke bawah semula dan membuang masa di luar rumah mengambil angin malam selepas hujan. Sejuknya lain macam.

"I minta maaf, I silap..." Tamaya bercakap sendirian sambil memandang tempat kosong di sebelahnya yang menjadi tempat Hatta sebelum ini.

"I cintakan you Hatta. Cinta sangat-sangat. Only God knows how much I love you. You baik, you bertanggungjawab, you—garang...." Bibir pucat itu tersenyum lirih dengan bicaranya sendiri.

Lama-lama, mata pun terpejam dengan sendirinya. Tamaya berjaya tidur tanpa ditemani Hatta di sebelah.

Hatta rendahkan egonya dan masuk juga ke dalam bilik mereka. Itu pun sudah jam 4 pagi. Memang tidurnya sudah terganggu. Haraplah Tamaya tak sedar. Dia malas nak bercakap dengan wanita itu lagi.

Hatta naik ke katil dengan penuh berhati-hati. Gigi diketap rapat. Bimbang jika Tamaya terjaga. Fuh, nampaknya Tamaya dah tidur nyenyak. Dia mengiring dan tak sengaja menatap wajah bersih dan pucat itu. Ada air mata kering di tulang hidung mancung Tamaya.

Tidak dinafikan, Tamaya wanita yang cantik dan manis. Wajahnya redup dan beraura misteri. Alis mata lentik, kening terbentuk dan Tamaya Althea ada lesung pipit. Membuatkan dia nampak lagi manis.

Puas merenung wajah tidur itu, Hatta pun tertidur sekali dengan mudahnya. Kalau dari awal dia remdahkan egonya masuk ke dalam bilik ini, pasti dah lama dia tidur.
















"TAMAYA Althea, bangun solat subuh" kejut Hatta yang baru bangun hendak mandi. Dia jeling sahaja Tamaya yang tidur mengiring dan meringkuk mungkin kesejukan. Di luar, masih lagi hujan.

Tiada respon daripada isterinya itu. Selalunya Tamaya tak adalah liat sangat bangun pagi. Dan Tamaya yang akan bangun dulu kejutkan Hatta. Harini terbalik pula.

"Subuh Tamaya, kau nak solat pukul berapa?" Kejut Hatta lagi. Nada malas.

Diam, sunyi. Hatta melilit tuala di pinggang baru gaya-gaya mahu masuk ke dalam bilik air, tiba-tiba dia rasa tak sedap hati. Tamaya langsung tak bergerak dari tempat tidurnya itu.

"Tamaya Althea!" Hatta menyelak kasar duvet yang membaluti separuh badan Tamaya itu. Tiba-tiba tubuh Tamaya terkulai terbaring. Mata terpejam rapat tidak sedarkan diri. Hujung bibir Tamaya ada air liur yang mengalir.

"Ta-Tamaya?" Dada Hatta berdebar. Dia duduk di sisi isterinya itu dan menepuk lembut pipi Tamaya. Tetap tiada respon.

"Tamaya Althea, bangun sekarang. Wake up!" Kejut Hatta berulang kali dan dia mula rasa cemas. Kenapa dengan isterinya itu? Denyutan nadi masih ada cuma perlahan.

Hatta cemas, dia mendudukkan Tamaya dan menggoncang tubuh lembik itu sehinggalah Tamaya tarik nafas panjang dan buka mata sedikit.

"Ha...tta..." seru Tamaya teramatlah perlahan.

"Tamaya Althea..." Hatta tercungap-cungap dan sedikit lega bila si isteri sudah mula sedar. Meskipun masih dalam keadaan lemah.

Hatta membaringkan Tamaya semula.

"Kau jangan pejam mata Tamaya, aku nak mandi dan solat sekejap. Lepastu aku bawa kau pergi hospital" pesan Hatta kerisauan.

"It's okay...." Jawab Tamaya kemudian matanya kembali terpejam saat Hatta masuk ke dalam bilik air.
















TBC.

Rindu Dalam Hati [EBOOK]Where stories live. Discover now