13

60 11 0
                                    

6:30 a.m.

Aku hampir terlajak tidur sebenarnya— inilah yang terjadi kalau aku terpaksa bangun pada hari aku sedang bercuti. Cuti dari Allah sebulan sekali. Aduh, terasa liat nak bangun! Ruginya kalau disia-siakan hari begini. Ditambah pula sakit yang mencucuk di bahagian bawah perut. Mahu saja aku meraung. Namun, kerja tetap kerja! Aku beruntung kerana Helena senang bangun pagi. Laju saja dia menyiapkan diri. Aku tawarkan diri mahu mengikat rambutnya.

" Helena, kak Dian nak try buat satu style dekat rambut Helena. Helena mahu? "

" Nak! "

Helena ini tak ubah macam anak patung. Comel dia boleh buat aku sendiri geram nak gomol budak kecil ni. Aku yang memang suka berhias ini terus saja mencapai beberapa getah rambut dan ribbon milik Helena. Aku nak ikat rambut sendiri dan buat style lawa-lawa macam ni, dah tak boleh lagi. Kalau aku buat nanti, kena sebat dengan mama lah jawabnya. Jadi, aku buat pada Helena sajalah. Haha. Rambut lurus milik Helena aku gayakan dengan scrunchie yang ada ribbon berwarna biru. Sama warna dengan outfit aku hari ini. Lilit sana sini, ikat sana sini. Suka betul aku main touch up macam ni.

" Okay, you're done! Macam mana? Helena suka? "

Helena memerhati rambutnya pada biasan cermin panjang, yang kini diikat dengan gaya braided buns. Lesung pipit milik gadis kecil ini mula kelihatan, tersengih suka, " Helena loves it! Kak Dian pandai! " Berpusing-pusing Helena di hadapan cermin, suka sangat dengan style rambutnya. Kembang hidung aku bila kena puji macam ni. Lagi-lagi dengan budak-budak. Kids tak pandai menipu ya!

" Jom turun ke bawah. Mengamuk pula along nanti kita lambat. "

" Along hantar hari ni? "

" Yes. He's going to drop you off at school. " Makin melebar senyuman Helena. Sayang betul kau pada along ya, dik?

Kami berdua keluar dari bilik, bertembung dengan Hayyun yang juga baru bersiap. Rambutnya disisir kemas. Kemeja berwarna biru laut menjadi pilihannya hari ini. Pada lengannya, ada kot putih. Boleh pula tersama tema dengan aku yang pakai blaus biru juga. Coincidence ke ni? Memang dari semalam aku sudah berura-ura mahu sama tema dengan Helena sekali. Pergi Aquaria yang sinonim dengan hidupan laut biru.

" Hai along! Cantik tak rambut Helena? Kak Dian yang tolong ikat. " Ceria saja wajah Helena sambil tayang rambutnya pada Hayyun. Sekali lagi dia berpusing gaya puteri di hadapan si abang.

" Yes, Helena. You look pretty as always. "

" Macam princess? "

" Ya, sayang. My princess. "

Kepala Helena diusap perlahan. Senyuman lembut milik Hayyun itu aku perhati dalam diam. Aku berani jamin siapa jadi girlfriend dia ni pasti beruntung. Kalau dia layan adik sendiri pun macam princess, dengan pasangan dia sendiri nanti confirm layanan A+ punya dia bagi. Wah, aku ini dah banyak baca novel sampai jadi macam ni. Mata Hayyun memandang ke arah aku pula.

" Well, we do look like a little family today. "

Pasti lelaki ini sedang perhati penampilan aku. Ekor matanya memandang dari atas sampai ke bawah. Dia dengan kemeja biru. Aku dengan blaus dan shawl yang juga senada warnanya. Helena dalam uniform sekolah dengan scrunchie dan riben biru pada rambut. Happy family!

hers.Where stories live. Discover now