19

72 11 0
                                    

" T–tak mungkin. "

Aku masuk semula ke dalam office Hayyun. Terketar-ketar aku menekan kata laluan pada skrin kecil yang ada pada pintu bilik. Berjaya memasukkan password, aku segera masuk ke dalam dan menutup rapat pintu bilik itu. Berharap lelaki yang aku nampak tadi tidak perasan tentang kewujudan aku di situ.

Langkah aku diatur lagi ke arah beg tangan yang aku letak di atas sofa, mencari sesuatu. Menggeledah segalanya sehinggalah aku terjumpa satu gambar yang aku selit pada card holder. Gambar itu sudah lama— rasanya ketika aku berusia 1 tahun. Tahun yang sama papa menghilangkan diri. Tahun yang sama aku dan mama memulakan hidup sendiri.

Aku masih ingat...

Aku menangis hampir setiap hari menunggu kepulangan papa ketika kecil dulu. Hari-hari aku bertanya pada mama, mana perginya papa? Sehinggalah aku bersekolah rendah aku masih belum menjumpai dia. Sekolah menengah, pre-uni dan kini aku menyambung ijazah sarjana muda. Tiada lagi wajahnya muncul depan aku sehinggalah hari ini. Di hospital ini. Dan, lebih mengejutkan lagi Rizz dan Rhea menggelarnya papa.

Papa?!

Gambar aku bersama mama dan papa itu aku genggam sehingga renyuk. Rasa sedih tadi kini berganti dengan perasaan benci yang amat. Air mata yang ditahan sejak tadi kini mengalir laju pada pipi. Papa masih hidup... hidup bahagia dengan orang lain? Dan, mempunyai anak kembar yang mungkin sebaya atau muda dari aku! Kalau benarlah Rizz dan Rhea itu anaknya, jadi siapa pula aku ini? Siapa aku pada papa?

" S–Sampai hati papa... "

Aku tahu itu papa. Walaupun sudah lama tak berjumpa, aku yakin itu dia. Wajah yang semakin tua itu masih sama dengan wajah yang ada pada gambar ini. Aku cuba memujuk diri supaya berhenti menangis, namun makin teruk pula tangisan aku. Tidak mahu menganggu lena Helena yang sudah masuk ke alam mimpi. Aku sedaya upaya cuba kekal diam, tidak mahu mengeluarkan sebarang bunyi. Dan aku juga berharap Hayyun tidak muncul ketika ini.

Aku tak mahu dia lihat wajah aku yang jelas sekali sedang menangis. Menangis kerana papa sanggup tinggalkan aku dan mama kerana orang lain. Tapi, macam yang aku cakap. Mulut aku ini masin. Ketika itulah pintu bilik besar ini dibuka. Tubuh tegap Hayyun muncul di muka pintu. Keadaan yang sedikit malap dalam bilik ini berjaya menghalang lelaki itu daripada ternampak wajah basah aku ini. Aku segera mengesat air mata tadi. Janganlah dia perasan! Gambar tadi juga aku campak masuk ke dalam beg tangan semula.

" Kau tak tidur, Dian? Berair dah mata kau tu. "

Suara garau Hayyun menegur aku. Aduh, dia perasan ke? Wajahnya berkerut melihat aku duduk tegak di atas sofa, bersebelahan Helena. Aku sedaya upaya mengawal riak wajah, menggeleng perlahan, " S–saya tak mengantuk lagi. A–awak dah habis kerja ke? " Aku tukar topik. Tidak mahu dia berterusan bertanya tentang keadaan aku. Hayyun mengangguk, menghela nafas, " Yes. I managed to finish it lebih awal. Thanks to him, aku dapat balik awal. "

" Him? "

Hayyun menyambung, " Kalau kau ingat, budak lelaki yang tegur kau masa kuliah tadi. His dad helped me. Kalau Dr. Dani tu tak ada, kebarangkalian untuk kau dan Helena tidur dekat sini sampai subuh tu tinggi. Gladly dia ada bantu aku uruskan patient tadi tu. " Terasa mahu tercabut jantung aku mendengar nama yang baru saja disebut oleh Hayyun. Fikiran aku yang sedikit tenang kini terbayangkan semula wajah lelaki itu.

hers.Where stories live. Discover now