31

60 11 4
                                    

" Dian? "

Pintu bilik aku diketuk. Bertalu-talu. Aku abaikan. Tak mahu berganjak dari katil. Aku tak ada mood.

" Dian, seharian duduk terperap dalam bilik ni kenapa? Ya Allah, budak ni. "

" Dian Adrianaaaa. "

Aku masih berselubung dalam comforter, mengeraskan diri di situ. Tiada tanda-tanda aku mahu bangun untuk membuka pintu. Sejak aku balik dari kampus perubatan tadi, aku terus naik ke bilik. Tidak keluar sehingga ke malam. Makan pun tidak. Memang padan lah mama naik ke sini. Ketuk pintu bilik aku bagai nak roboh dibuatnya. Suara serak aku cuba membalas kuat walaupun hakikatnya tekak aku tiba-tiba jadi perit semacam. Rasa macam berpasir je.

" Dian okay je ni, ma. Tak sihat sikit. Don't worry. "

Aku dengar bunyi tombol pintu cuba dibuka dari arah luar. Mesti mama guna kunci pendua. Haih la, Dian. Kau lupa ke mama lagi bijak dari kau? Tak sampai beberapa saat, terpancul wajah mama di hadapan muka pintu. Raut wajah penuh gelisah. Pada tangannya ada dulang berisi makanan. Layanan kelas pertama ni kalau mama dah bawa naik makanan ke bilik aku. Mama melangkah ke arah aku, duduk di birai katil sambil meletakkan dulang tadi di atas nightstand. Kemudian laju je tangan mama menarik comforter aku.

" Tak sihat? Tiba-tiba je. Lepas jumpa Wardah terus tak sihat? Ke nampak hantu sampai demam macam ni? "

Aku sekadar tersengih. Tak tahu nak balas apa. Sebab memang benar aku jatuh sakit. Badan aku memanas. Tekak aku rasa berpasir. Hidung aku berair. Hebatkan penangan Hayyun Adrian? Sampai demam aku dibuatnya! Aku tertanya juga kalau hati aku tak terlintas nak ekori Hayyun siang tadi, sampai ke sudah aku tak tahu tentang Rhea yang dah lama simpan perasaan pada lelaki tu. Agaknya kalau aku bersetuju dengan agenda mama untuk satukan aku dengan Hayyun, apa pula reaksi Rhea? Pasti nama aku di blacklist terus! Nak pula Rhea tu anak papa. Adik tiri aku. Euw

No, Dian. No. Jangan jadi penghalang cinta orang ya! Pergi main jauh-jauh. Jangan nak terhegeh-hegeh. Populasi lelaki masih banyak untuk kau rebutkan.

" Hey, Dian. Budak bertuah ni boleh pulak dia termenung jauh. "

Aku tersedar daripada lamunan, memandang kosong ke arah mama yang sudah menyilang tangan, " Apa, ma? Ma cakap apa tadi? " Kepala aku rasa berpusing sampai tak dengar apa yang mama cakap tadi. Berdenyut-denyut, aku nak buka mata pun payah. Mama mengulangi ayatnya, " Ma cakap pergi klinik. Sempat lagi ni. Baru pukul 8. Kalau teruk sangat kita pergi saja hospital. " Tangan mama naik ke atas dahi, merasa perubahan suhu badan aku.

" Ma ingatkan Dian main-main. Betul rupanya demam. "

Alahai, mama. Muka monyok aku ni dengan hidung memerah serupa badut Pennywise pun masih tak percaya aku ni dah jatuh sakit. Namun, aku berkeras tidak mahu ke klinik. Kepala digeleng perlahan, menarik semula comforter tebal tadi sehingga ke paras leher, " Esok je lah. Dian dah telan panadol tadi. " Aku nak angkat kaki pun dah tak mampu sekarang ni. Ni kan pula nak memandu ke klinik. Mama tak boleh memandu waktu malam.

" Ke, nak mama panggilkan Dr.Adrian sebelah rumah? "

" Hesy... mama, jangan! Tak nak jembalang tu! "

Aku membantah, menjerit bagai mahu terkeluar anak tekak. Mama yang duduk di sebelah sudah terpinga-pinga, terkejut mungkin. Aku sendiri baru sedar yang suara aku terlajak kuat. Cepat-cepat aku menutup mulut yang sudah derhaka pada tuan sendiri. Haiya. Raut wajah mama mula berubah, mata dikecilkan merenung aku. Suspicious.

hers.Where stories live. Discover now