22

56 11 0
                                    

" Kenapa tak angkat call akuuuu "

Terasa bingit telinga sebaik saja aku menyambungkan panggilan daripada Wardah. Naik saja ke bilik, telefon pintar yang terletak elok di atas katil bersaiz queen itu menjerit minta diangkat segera. Tertera nama Wardah, pantas saja aku menekan butang hijau. Alih-alih, suara nyaring Wardah menerpa masuk ke dalam telinga tanpa sebarang amaran, " Waalaikumussalam, kak. "

Aku memerli. Bunyi dengusan kedengaran di hujung talian. Marah lah tu, haha! Kaki aku memanjat katil, selendang hitam yang tersarung atas kepala dicabut. Scrunchie yang aku guna untuk mengikat rambut pantas dileraikan. Membiarkan helaian rambut paras pinggang aku itu terkena angin kipas. Rimas juga kalau hampir sepanjang hari kena pakai sarung kepala.

" Kau tahu tak? "

Wardah menyambung, namun ayatnya dibiar tergantung. Benci betul aku dengan minah ni. Cakap sepatah-sepatah. Nak storytelling tu biarlah dengan ayat penuh dengan subjek dan prediket serta objek! Aku mencebik, " Tahu apa? "

" Dr. Adrian cari aku semalam. Dia tanya pasal kau. Like, bukan sepatutnya aku yang tanya dia pasal kau? Kau berdua kan tinggal sekali. "

" Ayat biar elok sikit, kak. Aku tinggal sini sebab jaga adik dia je. Bertiga okay. "

Mata sengaja dibulatkan walaupun aku tahu Wardah tak nampak raut wajah aku kini. Aku menekankan tujuan aku berada di kediaman milik keluarga Hayyun pada ayat tadi. Lagipun sudah hampir beberapa minggu aku berkampung di sini. Mama dan Aunty Hana akan pulang dalam beberapa hari lagi. Aku bersyukur tiada perkara buruk yang berlaku. Ketawa Wardah meledak, " Iya, aku tahu. Tapi, aku curious. Apa kau buat sampai Dr. Adrian cari aku? Muka dia waktu tu macam risau semacam je. Kau buat hal ke? "

" Mana ada! Aku... "

Aku mengetap bibir, tidak tahu nak jawab apa. Ruang fikiran mula terbayangkan wajah gembira papa sewaktu bertemu Rizz dan Rhea. Kemudian terbayangkan wajah tegang Hayyun semalam setelah dia mendengar kisah silam aku. Wardah tahu tentang kisah hidup aku sebelum ini namun, macam tak sesuai saja aku nak buka cerita sekarang ni.

" Kau apa, Dian? "

" Er... "

Wardah berteka-teki lagi, " Ni ada kaitan dengan both of you ke? Kenapa? Did Dr. Adrian made his first move? "

" Bukanlah. Aku... Aku nampak papa dekat hospital. Tempat Dr. Adrian kerja tu. "

Perlahan saja suara aku membalas. Sakit di hati aku masih terasa. Luka lama mula berdarah semula. Membayangkan situasi pada hari tersebut cukup buat hati aku bagai disiat-siat. Papa hidup bahagia dengan keluarga lain sedangkan aku dan mama dibiar begini. Aku dan mama bahagia saja, cuma... ada kalanya aku cemburu melihat rakan yang lain. Aku kasihan pada mama setiap kali ada jemputan ke event. Pada kala rakan mama datang dengan suami masing-masing, tapi mama hanya bawa aku bersama. Ada ketika mama terpaksa pergi sendirian tanpa aku.

Wardah diam. Tiada balasan daripadanya selepas beberapa saat.

" Papa kau? The one yang tinggalkan kau dan mama kau tu? Dia doktor dekat hospital tu ke? Oh gosh. Sebab ni Dr. Adrian tanya aku kenapa kau mengelak dari dia? Sebab kau tahu papa kau kerja tempat kerja dia? " Bingo, Wardah! Beruntung aku punyai kawan yang cepat tangkap ni. Tidak perlu aku bercerita panjang lebar, khuatir empangan air mata jatuh lagi. Aku hanya mengiyakan, menunduk ke bawah merenung cadar katil berwarna peach itu, terkuis-kuis jari, " A–aku fikir aku tak akan jumpa dia tapi... " Aku berhenti di situ.

hers.Where stories live. Discover now