34

54 9 0
                                    

" Omg, Dian! I'm so happy for you! Congratulations Dian. Huwaa, nak kahwin dah dia. "

" Perlahan sikit suara kau tu, Wardah. "

Aku geleng kepala, malu sebenarnya. Wardah kalau bab overacting ni dia memang pemenangnya. Drama queen! Sikit-sikit dia buat drama air mata depan aku. Tapi, aku tahu. Wardah memang maksudkannya. Dia betul-betul gembira dengan berita ni. Aku tersenyum ke arahnya, " Aku nak kau jadi pengapit aku, ya? " Wardah pandang aku, tidak percaya, " Seriuslah kau nak aku jadi pengapit kau? Muka macam aku ni? Hesy... "

" Dari dulu aku berniat macam ni. Tak ada orang boleh gantikan kau. Kau ikut aku pergi cari baju pengantin petang ni ya? Please. Aku perlukan pandangan kau juga. "

Ikut pelan asal, sepatutnya aku, mama, Aunty Hana dan Hayyun saja ke butik petang ini. Tapi, mama dan Aunty Hana perlu uruskan perihal lain. Entah apa lagi mereka berdua rancangkan. Sampaikan tak menyempat nak ikut kami berdua petang ini. Dan, mana mungkin aku mahu pergi berdua saja dengan Hayyun. Segan! Baik aku heret Wardah sekali. Terkebil-kebil mata Wardah, " Eh, asal aku kena ikut pula? "

" Segan. "

Tersengih-sengih aku pada Wardah. Bebola mata Wardah dijulingkan, " Segan konon. Bakal suami kau juga. Dah duduk sebumbung sebulan takkan segan lagi? " Sarkastik dia membalas.

" Wardah! " Mulut dia memang tak ada tapis. Selamba badak dia cakap macam tu. Wardah tersengih, " Sorry, sorry. Tapikan, kau tak rasa aku ni menyibuk ke? Buatnya Dr Adrian tu tak setuju aku ikut sekali. Ha, macam mana? "

" Alah, Wardah. Dia okay jelah. Please. Kau pun tahu aku tak pandai nak pilih gaun yang cantik-cantik. " Aku bercakap benar. Aku tak reti bab memilih ni. Biasanya aku ikut kata hati saja. Yang mana nampak selesa, terus aku beli. Tak pandang benda lain dah. Buatnya aku tersalah pilih nanti, naya saja. Wardah akhirnya mengangguk pasrah, " Fine. Tapi, belanja aku makan petang ni. "

" Aip, aip captain! "

Aku tergelak. Setakat belanja makan, petik jari sajalah. Lagi best, aku suruh saja Hayyun yang belanja. Amboi, Dian. Belum apa-apa lagi kau dah pandai nak kikis duit dia. Alah. Tak salah, bukan? Nanti duit dia jadi duit aku juga.

Tidak aku sedar, segala isi perbualan aku itu didengari oleh seseorang yang duduk tidak jauh dari aku. Matanya tajam memerhati, tangan dikepal menjadi penumbuk. Penuh dendam pandangan yang dilemparkan. Tidak mahu terus berada di situ, kakinya bingkas bangun. Mengatur langkah laju ke tempat lain.

___________________________________________

" Wardah ikut kita sekali, bolehkan? "

Terkebil-kebil mata Hayyun melihat Dian dan Wardah berada di dalam keretanya kini. Lelaki itu diam seketika. Kalau dia cakap tak boleh, nak ke Dian ikut cakap dia? Mesti dibangkang habis-habisan. Bukan dia tak tahu betapa keras kepalanya gadis itu. Sebulan diberi masa untuk kenal dengan Dian, sudah cukup untuk Hayyun memahami perangai gadis itu. Macam-macam ragam. Macam Helena versi dewasa. Tapi, kalau dah sayang semua itu langsung Hayyun tak pedulikan. Asalkan Dian happy, dia ikut saja.

Hayyun menyarungkan cermin mata hitamnya, " Sure, dear. As your wish. "

" Tapi, harap Wardah tak loya lah tengok abang flirting dengan Dian nanti. "

hers.Where stories live. Discover now