28

50 10 0
                                    

Seawal 5:30 pagi, kami bertiga dah terpacak dekat lapangan terbang. Menanti kepulangan mama dan Aunty Hana dari Bali setelah hampir 3 minggu lamanya. Mata aku sebenarnya masih tidak mampu untuk bertahan lagi— aku berjaga hampir satu malam. Gara-gara Hayyun, si jembalang itu lah. Tiada apa sangat pun. Siapa suruh dia buat aku menangis tadi? Siapa suruh buat aku lembik lutut tadi? Benarlah kalau dah sayang tu, apa saja yang keluar dari mulut dia pun dah mampu buat hati aku bergoncang hebat.

" Still sleepy, Dian? "

Aku tidak menjawab, hanya mengalihkan wajah serupa panda aku pada Hayyun. Mengangguk perlahan dengan mata kuyu. Namun, wajah lelaki ini langsung tidak terlihat kepenatan. Walhal dia balik lewat dari tempat kerja. Wajahnya biasa, matanya juga segar semacam. Pemakaiannya kemas walaupun santai. Hoodie hitam dengan seluar track yang juga senada. Helena masih terlena di sebelah aku, menyandarkan tubuh pada aku. Sebenarnya tadi Hayyun menyuruh aku tinggal saja di rumah bersama Helena. Biar dirinya saja menjemput mama dan Aunty Hana. Aku cepat-cepat menolak. Aku mahu ikut.

Mata Hayyun beralih ke bawah, paling tepat ke arah selipar itik aku. Serta-merta senyuman sengetnya muncul. Kemudian dia tertawa kecil. Aku mencebik. Mesti lelaki itu tengah judge selipar kesayangan aku ini. Berani dia ketawa? Ada juga selipar itik ini selamat masuk ke dalam mulut dia nanti!

" Jangan nak kutuk selipar itik saya ya. "

" I didn't say anything yet, Dian. Btw, jangan nak muncung sangat mulut tu. Selipar itik tu dengan muka kau hampir serupa dah. "

Sarkastik, namun dalam nada menyakat.

Kali ini ketawa lelaki ini kedengaran agak kuat. Mujur tiada sesiapa di tempat menunggu ini. Mata aku yang tadinya terasa mahu ditutup terus segar bugar. Hilang kantukku bila berbual dengan Hayyun. Bahu Hayyun aku tumbuk perlahan, entah dari mana dapat keberanian buat begitu padanya. Tindakan reflex. Biasalah. Tangan aku laju. Hayyun tersengih, tidak terkesan langsung dengan tumbukan tak berapa kuat dari aku. Teguh macam batu. Tengok saja lah tubuh dia macam mana. Nak dibandingkan tangan aku yang kecil darinya, huh. Sudah pasti dialah winner.

" Betul lah. Nampak cute. "

Muka aku ini comel macam itik? Wah, wah. Tapi, tak mengapa. Sekurang-kurangnya masih haiwan domestik. Buatnya dia cakap aku ini serupa dinosaur Zaman Batu, itu lebih dahsyat. Aku mengeliat kecil, cuba meregangkan badan dan pinggang yang sedikit lenguh. Tubuh badan Helena yang bersandar tadi masih dalam mod lena. Nyenyak benar dia tidur. Aku berharap aku juga dapat tidur seperti Helena. Mata aku mula memberat namun, agak mustahil untuk aku terlelap di sini.

" Sandarlah pada bahu aku. Kau nampak penat sangat. Take a nap. Mama sampai aku kejut. "

Aku lihat Hayyun mula merapatkan tubuhnya pada aku. Jarak yang masih ada ruang antara kami itu mula mengecil, hanya tinggal beberapa inci sebelum lulut aku berlaga dengan lututnya. Bagai disorong bantal, aku akhirnya beralah dan meletakkan kepala pada bahu Hayyun. Bau wangian yang datang dari tubuhnya menambahkan lagi rasa mengantuk, terbuai seketika. Wangian yang sama dia pakai semasa dia menjadi penyelamatku di pasaraya tempoh hari. Mata dipejam rapat. Kedengaran sayup-sayup suara Hayyun seperti mengumam sesuatu. Perlahan dan sangat lembut. Seperti lullaby untuk tidurkan aku.

Take it
If she gives you her heart
Don't you break it
Let your arms be a place
She feels safe in
She's the best thing that you'll ever have
She'll love you
If you love her

hers.Where stories live. Discover now