Hei takdir, adakah aku layak disayangi?
______________________________________"Scarlet to Frost, mission's complete successfully ,"
"Received. Come back to HQ safely, "
"Hm. Scarlet out, "
Panggilan menerusi hidden-com pada yang terselit kemas pada telinganya diputuskan oleh pemuda bermanik semerah delima.
Ditangan kanannya mempunyai sebuah bekas kaca transparent. Sebuah batu unik bersaiz seperti bola golf itu mengeluarkan cahaya kelap-kelip yang samar. Langka.
Halilintar melirik sekitar makmal kajian yang berada di bawah tanah itu dengan tajam, langkah berjaga-jaga jika ada pihak berkuasa cuba menghalangi misi terlarangnya ini.
Keadaan selamat. Tiada polis bantuan atau ejen kerajaan lain yang mengintipnya.
Pisau kecil yang memantulkan cahaya malap daripada mentol yang separa retak dimasukkan kedalam bekas simpanannya, kain kulit berkualiti yang diikat pada pahanya.
Kaki jenjangnya yang dibaluti seluar panjang ketat hitam melangkahi mayat seorang ahli saintis yang disimbahi darah pada bahagian dadanya tanpa rasa bersalah. Lantai pijakannya juga mempunyai genangan darah.
Penyebab kematian ahli saintis itu adalah kerana tiga tembakan tepat pada jantung, dahi dan perut.
"Kasut baruku jadi kotor. Bos sial, " ujar Halilintar kesal. Dengan lihai dia memakai semula duffle coat maroon nya, menutupi baju hitamnya yang memeluk tubuh, memperlihatkan lekuk yang menawan.
Padahal musim sejuk baru bermula. Disaat orang lain menikmati keindahan turunnya salji pertama, dia malah berada di sini, berkubang bersama orang gila, misi gila atas arahan bos gila. Lama-lama dia pun boleh gila setiap masa menghadapi misi in-out ini.
Objek batu yang berjaya dirampasnya disimpan ke dalam saku bahagian dalam winter coat miliknya.
Tanpa membuang masa, pemuda itu menuju ke lif dan menekan tombol 'ground floor'. Tidak sabar meninggalkan bau darah dan mayat yang menyengat pancainderanya.
Tak lupa dia melemparkan suatu 'sagu hati' sebelum pintu lif itu menutup dengan sempurna.
Sebuah bom masa.
Tepat Halilintar melangkah keluar dan menaiki motorbike F4CC MV Agusta hitam-merahnya, bunyi ledakan membahana, berasal daripada bangunan 3 tingkat yang kelihatan usang itu. Retakan yang semakin besar akhirnya meruntuhkan bangunan kelabu tersebut.
YOU ARE READING
Love & Sins | TauHali
FanfictionWarning : 17+ Hanya cuplikan kisah tentang aku, si perisik upahan yang bergelumang bersama dosa dan darah, sedangkan kau, Mr. Always-at-The-Right-Place-and-at-The-Right-Time. Seorang perisik upahan itu perlu kuat, secara mental, fizikal dan hati...