The problem with love is i blinded by it
______________________________________Taufan mengernyit hairan. Halilintar? Siapa Halilintar? Tak pernah dia kenal gerangan si empunya nama.
"Maaf. Tapi saya rasa korang berdua salah tempat ni. Saya tak tahu siapa Halilintar, " jujur Taufan, jelas.
Solar dan Ice memandang antara satu sama lain. Mereka salah rumah ke? Tapi memang betullah rumah ini yang diberitahu gadis tadi.
"Hmm. Oh! Kau kenal lelaki ni? " Solar tidak putus asa. Dia dengan segera menunjukkan foto Halilintar di hadapan wajah Taufan.
Mata Taufan membulat. Sosok pemuda yang di dalam gambar itu sebiji seperti Lin yang tinggal dengannya. Namun Taufan agak ragu-ragu untuk mengatakan perkara tersebut. Apa jadi kalau kedua-dua pemuda asing di depannya ini orang jahat? Bahaya!
Melihat keterdiaman Taufan, Solar dan Ice menunggu jawapan dengan harapan yang membuncah.
"Erm maaf. Aku tak kenal lelaki ni, " balas Taufan akhirnya.
"Takkanlah!. Kau tipu eh?" Solar terasa hilang sabar. Dia secara refleks menggenggam baju Taufan. Urat-urat timbul disekitar lehernya.
" Bro chill. Kau dah melampau ni, " Taufan menggenggam lengan Solar erat. Isyarat supaya pemuda dihadapannya berundur supaya tidak terjadi pergaduhan.
"Bagitahu aku kat mana Halilintar? " desis Solar.
Ice memegang bahu Solar, cuba menghalangnya daripada bertindak melulu. Dia tidak mahu menjadi pusat perhatian orang tempatan disini, kerjanya akan bertambah sukar jika itu terjadi.
"Aku dah cakap aku tak tahu-"
"Taufan, kenapa bising-bising tu? Siapa yang datang?"
Suara panggilan Kuputeri memotong ucapan Taufan.
Kuputeri tiba dia ruang tamu bersama-sama Halilintar yang mengikutinya.
"Hali?" Ice dan Solar masing-masing membulatkan mata mereka tatkala sosok Halilintar muncul di ruang itu.
"..." Iris ruby Halilintar mengecil melihat kehadiran Solar dan Ice. Degupan jantungnya terasa berhenti seketika. Namun wajahnya masih tetap datar.
"Hali? Siapa Hali? " Kuputeri memandang dua sosok asing dihadapannya dengan bingung.
Solar melepaskan kerah baju Taufan dan menapak mendekati Kuputeri dan Halilintar. Tetapi Taufan dengan sigap merentangkan tangannya, menghalangi Solar.
"Kau nak apa?" sinis Taufan jengkel. Jarang sekali Taufan terasa ingin marah. Tapi apakan daya, pemuda di hadapannya ini bertindak melebihi batas.
Solar hampir membalas ucapan Taufan dengan kasar namun Ice memintasnya,
YOU ARE READING
Love & Sins | TauHali
FanficWarning : 17+ Hanya cuplikan kisah tentang aku, si perisik upahan yang bergelumang bersama dosa dan darah, sedangkan kau, Mr. Always-at-The-Right-Place-and-at-The-Right-Time. Seorang perisik upahan itu perlu kuat, secara mental, fizikal dan hati...