Like I'll be save by a perfect kiss
______________________________________Halilintar membuka matanya tatkala cahaya daripada jendela menyilaukan matanya. Dia merenggangkan tubuhnya seraya mengumpul semula serpihan nyawa setelah baru sedar daripada tidur yang nyenyak.
Dia mendudukkan diri di atas tilam empuk itu sambil melihat ke sekeliling bilik bernuansa putih tersebut. Kosong. Hanya ada sepiring pinggan yang berisi roti bakar berselai strawberry, yogurt dan segelas susu segar yang terletak elok di atas meja samping bersama sehelai nota.
Firasatnya mengatakan yang Solar sudah pun pergi ke headquarter. Maklumlah, matahari pun sudah naik tegak di atas kepala walaupun ditutupi cuaca yang sejuk itu.
Perut Halilintar terasa meragam. Kali terakhir dia makan petang semalam. Sarapan ringkas yang Solar sediakan mengunggah seleranya. Pemuda merah itu pun segera mengambil pinggan tersebut.
Dia menggigit roti bakar dengan berselera sambil membaca nota yang Solar tinggalkan.
'Lapor diri di HQ nanti. Pakai je baju aku. Jangan lupa sarapan - Solar'
Halilintar menghela nafas berat. Dia sungguh berat hati untuk pergi ke headquarter dan menghadap Retakka. Tolong sesiapa bakar tempat itu menjadi abu.
Halilintar memakan sarapannya dengan senyap, menikmati bunyi compressor yang terhasil daripada heater di dalam bilik tersebut.
Usai sahaja mengalas perut, Halilitar beranjak ke bilik air untuk mandi.
Pancuran air hangat menyegarkan tubuh dan fikiran Halilintar. Dia memperhatikan tubuhnya yang terpantul ke cermin besar yang berada bertentangan dengan ruangan mandi.
Luka-luka bakar yang dibuat oleh Retakka sudah hilang. Luka tembakan yang berada dibahunya juga semakin membaik walaupun bekasnya masih jelas. Halilintar berterima kasih kepada Kuputeri yang sering mengoleskan ubat dan menukar pembalut lukanya setiap hari. Mungkin lagi sebulan, luka itu akan membaik sepenuhnya.
Hah...
Halilintar tidak tahu nasib malang atau hukuman apa yang akan menunggunya di headquarter nanti. Retakka tentu akan mengerjakannya habis-habisan.
•
•20 minit berlalu dan Halilintar sudah selesai berpakaian. Sweater hitam tebal berkerah tinggi kepunyaan Solar dan dipadankan dengan plain sweatpant hitam. Untuk menambahkan lagi rintangan kepada udara dingin, Halilintar melapisi pakaiannya dengan oversize hoodie merah gelap yang pernah ditinggalkan di rumah Solar.
Rambut hitam gagaknya dikeringkan dengan menggunakan hair dryer. Rambutnya sudah agak memanjang. Mungkin dia akan memotongnya sedikit jika ada masa.
YOU ARE READING
Love & Sins | TauHali
FanfictionWarning : 17+ Hanya cuplikan kisah tentang aku, si perisik upahan yang bergelumang bersama dosa dan darah, sedangkan kau, Mr. Always-at-The-Right-Place-and-at-The-Right-Time. Seorang perisik upahan itu perlu kuat, secara mental, fizikal dan hati...