Cintakan selalu abadi, walau takdir tak pasti, kau selalu di hati
Cinta matiku
___________________________________________"Fan... I l-l-love.. You.. "
Mata Halilintar melirik ke bawah, melarikan netranya daripada menatap wajah pemuda yang berdiri di hadapannya.
Taufan yang sedang duduk di atas jeti menoleh ke arah Halilintar dengan mata yang melebar. Terkejut mendengar luahan hati pemuda merah yang tiba-tiba.
"Tak apa kalau kau tak suka. Aku nak cakap je, " sambung Halilintar dengan wajah yang masih merona. Lirikan matanya terlihat sendu. Halilintar pun bangun daripada sebelah Taufan.
'Jangan', Taufan dengan segera menarik tangan kanan Halilintar menyebabkan pemuda itu terduduk di atas paha Taufan.
Dengan senyuman tulus Taufan memeluk pinggang ramping pemuda dihadapannya. Semakin menarik tubuh Halilintar ke dalan dekapan hangat.
"I love you too... From moon back to earth, " Ucap Taufan dengan perlahan tepat di telingan Halilintar menyebabkan pemuda merah itu merasakan bulu romanya menaik.
Halilintar menatap mata Taufan dengan gugup. Degupan jantungnya meningkat tiap detik berlalu. Taufan juga tidak mengalihkan pandangannya. Dia melihat ke dalam kolam merah Halilintar dengan takjub.
Kedua-dua mata itu bertentangan dan jarak di antara mereka terkikis sedikit demi sedikit.
Taufan menahan gemasnya tatkala Halilintar menutup mata dengan malu-malu. Iris sapphire miliknya jatuh pada bibir semerah mawar yang terpampang indah di hadapan.
Sedikit lagi..
Cup.
"Taufan, bangun! Dah pukul berapa ni? Kamu tak kerja ke?"
Suara Kuputeri menusuk gegendang telinga teruna yang sedang hanyut di alam mimpi, membangunkan pemuda itu daripada khayalannya.
"Dah bangun-bangun. Mimpi apa sampai bantal golek basah dengan air liur kamu tu, " Kejut Kuputeri sambil menyelak langsir yang menutup jendela bilik Taufan. Memberi jalan untuk cahaya mentari menerangi ruangan malap tersebut.
"Awww mamaaaa. Taufan dah mimpi best dah, " keluh Taufan. Kaki jenjangnya menapak lantai dingin di bawah. Dengan malas, lelaki biru itu berjalan ke bilik mandi untuk memulakan harinya.
Kuputeri menggelengkan kepala melihat gelagat anaknya. Ada-ada sahaja gaya pemuda itu.
•
•
•
•
•'Ting tong'
"Siapa pula datang ni?" rungut Halilintar setelah mendengar bunyi lonceng rumahnya. Halilintar yang asyik menonton televisyen sambil memakan makanan ringan merenggangkan tubuhnya seperti kucing sebentar sebelum bangum dan menuju ke pintu utama.
YOU ARE READING
Love & Sins | TauHali
FanfictionWarning : 17+ Hanya cuplikan kisah tentang aku, si perisik upahan yang bergelumang bersama dosa dan darah, sedangkan kau, Mr. Always-at-The-Right-Place-and-at-The-Right-Time. Seorang perisik upahan itu perlu kuat, secara mental, fizikal dan hati...