Mungkin sebenarnya ruang ku tiada,
Mengisi kasih nan pilu sebentar cuma
___________________________________________"Halilintar cuba lihat apa yang aku dapat, " kata-kata yang dilafazkan oleh Retakka kedengaran senang. Seperti dia mendapatkan projek juta-juta.
Halilintar yang melihat Retakka tersenyum dengan penuh makna tersirat semakin merasakan seram sejuk. Namun dia tetap melangkahkan kaki jenjangnya ke arah meja Retakka.
Di atas meja tersebut hanyalah sekeping gambar biasa. Mungkin tiada nilai pun sebenarnya. Tetapi darah Halilintar berderau saat melihat sosok yang mengisi kepingan gambar tersebut.
Itu Kuputeri dan Taufan.
Halilintar memegang kepingan foto tersebut dengan gementar. Retakka yang melihat reaksi 'mainan'nya terkekeh geli, menambahkan lagi rasa panik Halilintar.
"Kau suka? Aku ada banyak lagi gambar berkaitan mereka," Retakka ujar dengan bersahaja.
"A-apa apa yang kau nak buat dekat dorang?!! " Halilintar tidak dapat menahan emosinya. Pemuda merah itu menghentakkan kedua-dua tangannya pada meja yang beralaskan kaca
Seringai Retakka semakin lebar. "Aku taknak buat apa-apa pun."
Retakka mengambil gambar tersebut lalu bersandar pada kerusi empuknya. Mata dinginnya memerhatikan dua sosok yang kelihatan tidak sedar mereka diperhati. Keluarga kecil yang bahagia.
Buku ruas Halilintar memutih kerana digenggam terlalu erat. Jantungnya berdebar laju. Pintanya hanya satu, jangan apa-apakan keluarga Taufan.
"Hmm.. Aku memang takkan buat apa-apa. Asalkan kau bunuh mereka," Retakka menyambung ucapannya.
Hancur sudah segalanya.
"M-MAKSUD KAU?!" Halilintar tidak mengendahkan lagi panggilan 'tuan' dalam ucapannya. Fikirannya sudah bercelaru.
Retakka berdiri. Tubuh tegapnya yang tidak dimamah usia berjalan mengelilingi meja sebelum berdiri di belakang Halilintar. Tangannya dilingkarkan pada tubuh Halilintar yang menggigil sementara tubuh tingginya dicondongkan kehadapan untuk meletakkan dagunya pada bahu Halilintar.
"Halilintar sayangku, kau hanya perlu bunuh sahaja mereka kalau taknak aku seksa mereka lagi teruk daripada kematian," ujar Retakka tepat di sebelag telinga Halilintar, bagaikan bisikan kematian.Halilintar menggelengkan kepalanya laju.
Tidak, tidak, TIDAK.
Salahkah Halilintar ingin menumpang kasih kepada keluarga orang lain? Mungkin apa yang dikatakan ayahnya dulu benar, Halilintar hanya manusia yang membawa nasib malang kepada semua orang.
Kepala Halilintar berdenyut sakit. Fikirannya seperti dipenuhi beliung yang ganas, menerbangkan segala emosimya ke semua arah. Peluh dingin mulai mengalir daripada dahi Halilintar.
YOU ARE READING
Love & Sins | TauHali
FanfictionWarning : 17+ Hanya cuplikan kisah tentang aku, si perisik upahan yang bergelumang bersama dosa dan darah, sedangkan kau, Mr. Always-at-The-Right-Place-and-at-The-Right-Time. Seorang perisik upahan itu perlu kuat, secara mental, fizikal dan hati...