Code 2 : I'll look after you

449 41 0
                                    

One taught me patient______________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


One taught me patient
______________________________________

"Urgh..." Halilintar menggigit bibir bawahnya apabila Solar menyapu krim yang dingin pada luka bakar dek puntung rokok di atas kulitnya. Rasa sejuk berasal daripada krim itu melegakan luka bakarnya.

Dia membiarkan tubuh bahagian atasnya polos untuk memudahkan pemuda tampan itu mengubatinya. Sesekali meringis semasa Solar mengubatinya.

"Kau nak aku letakkan ubat kat bahagian bawah ke? " tanya Solar perlahan, memecah kesunyian di dalam makmal yang serba putih itu. Tangannya berhati-hati meletakkan krim putih, takut melukai pemuda yang berbaring di atas sofa orennya dengan lebih lanjut.

Halilintar menggelengkan kepala singkat lalu berkata, " Dia tak buat sampai situ... " .

Solar berdehem faham.

Setelah semua luka bulatan yang merah itu diubati, Solar menyimpan semula First Aid Kit di dalam laci sebelah sofa itu. Ini bukan kali pertama Halilintar datang ke makmalnya dengan keadaan babak belur dan tubuh penuh luka. Ada satu masa Solar yang masih mamai kerana baru terlelap setelah seharian bereksperimen di makmal, dikejutkan dengan Halilintar yang mengetuk pintu dengan kasar. Malah selepas Solar membuka pintu tersebut, pemuda penggemar merah itu terus jatuh ke pelukannya. Tidak sedarkan diri.

Halilintar yang melihat Solar mengelamun selepas memasukkan kotak kecemasan itu pun menggoncang tubuh berbalut labcoat dengan agak kasar.


"Aih, asal?" Solar membetulkan cermin matanya sambil memandang Halilintar dengan geram.

"Sweater aku, " jari telunjuk Halilintar mengarah ke sweater merah yang terletak di sebelah Solar.

Dengan tampang malas Solar pun mengambil pakaian tebal itu lalu memberikannya kepada pemilik asal.

Tanpa membazir masa, Halilintar segera memakai pakaian hangat tersebut. Tidak terlalu gemar rasa sejuk yang hinggap pada epidermisnya. Dia pun bangun lalu beranjak pergi.

"Misi lain?" pertanyaan Solar menghentikan gerakan Halilintar yang hendak melangkah keluar.

Anggukan singkat menjadi balasan.

"Wish you luck," ucapan selamat yang datar dilontarkan oleh Solar tanpa melihat ke arah Halilintar.

"Hm," Halilintar hanya bergumam singkat lalu melangkah pergi, meninggalkan Solar duduk di sofa itu sendirian.

Solar menghela nafas berat sambil melepaskan cermin matanya lalu diletakkan bingkai kaca itu di atas meja. Kemudian kedua-dua tapak tangannya mengacak rambut blonde nya dengan kasar.

"Fuck!" jeritnya tertahan. Hilang sudah segala imej cool yang ditanamnya.

"Maafkan aku Hali. Aku tak mampu nak halang perbuatan keji ayah aku sendiri," bisik Solar sambil membenamkam wajah tampannya ke tapak tangan.

Love & Sins | TauHaliWhere stories live. Discover now