Code 6 : Time flies so fast

346 44 1
                                    

I just can't wait for love to destroy us______________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

I just can't wait for love to destroy us
______________________________________

Pejam celik, pejam celik, sudah hampir seminggu Halilintar menghabiskan masa bersama Taufan dan Kuputeri. Entah mengapa, Halilintar terasa betah tinggal di rumah sederhana tersebut berbanding kondominium mewahnya. Mungkin kerana Halilintar sudah lama tidak merasakan kehangatan sebuah keluarga.

Halilintar mengeratkan sweater berbulu tebal kepunyaan Taufan. Suhu pada pagi itu agak rendah daripada biasa.

"Lin! Sejuk dekat luar tu. Masuk dalam sini sayang. Demam nanti," panggil Kuputeri dengan lembut sambil merapikan turban biru muda yang terpasang pada kepalanya. Kuputeri memandang Halilintar yang menoleh kearahnya sambil tersenyum kecil.

"Takpe mama, " balas pemuda itu singkat kemudian memandang semula pemandangan biru dihadapannya.

Kuputeri menggeleng kecil sambil menghela nafas putus asa. Wanita cantik itu pun bergerak ke arah Halilintar lalu menepuk punggungnya perlahan.

"Lin rindu Taufan ehhh~ Takpe, kejap lagi baliklah si jantan seorang tu," usik Kuputeri dengan senyuman menyakat.

"Eh! M-mana ada mama. Ish, memandai je..." Halilintar membalas dengan laju. Wajahnya dipalingkan daripada menghadap Kuputeri.

Wanita tersebut hanya tertawa kecil, menyedari rona warna mawar pada telinga si Halilintar.

"Iyalah sayang hehe. Mama gurau je. Lin marah ke.. "

"Tak mama, " Halilintar memandang wajah Kuputeri dengan senyuman tipis.

"Hahaha, " Kuputeri mengusap kepala Halilintar gemas.



"Taufan.. Fan! Oi nyet! " Blaze menolak bahu Taufan agak sehingga mengejutkan pemuda tampan yang sedang hanyut dalam fikirannya sendiri.

"Aih! Kenapa Blaze? " Taufan membalas panggilan Blaze dengan agak kesal. Tapi Taufan bukanlah manusia yang memasukkan segalanya dalam hati, jadi walaupun agak geram dia akan tenang dengan mudah.

"Aku panggil kau berapa kali dah haish. Oh by the way, aku dengan Thorn dah nak gerak balik ni. Kau masih nak duduk termenung kat pasar ni ke?" Ujar Blaze yang mengemas begnya.

"Taufan fikir apa sampai termenung tu hm? " tanya Thorn ingin tahu. Senyuman polosnya terukir di bibir.

"Eleh sibuk je. Adalah~" celutuk Taufan bersahaja sambil menjulurkan lidahnya mengejek. Biarkan dia sahaja yang tahu apa yang bermain dalam otaknya.

"Ecehh. Okeylah. Kitorang ciao dulu tau! Bye Taufan! Cakap kat Lin aku rindu dia tau! " Thorn dan Blaze tersenyum mengejek sambil melambaikan tangan mereka lalu berlari pergi meninggalkan Taufan yang hendak mengejar.

"Siap eh korang nanti! Kalau Lin tau habis korang kena jotos satu-satu! " seru Taufan tidak mahu kalah namun tetap membalas lambaian kedua-dua sahabatnya.

Love & Sins | TauHaliWhere stories live. Discover now