3- Jari Manis

1.1K 30 0
                                    

"LEWAT balik, Haidar". Masuk-masuk aje ke dalam rumah, terus Haidar disapa oleh Puan Zulaikha yang sedang duduk bersilang kaki di atas sofa ruang tamu sebesar alam itu. Di hadapannya ada terhidang secangkir teh. Tapi yang peliknya, ada banyak cawan di sekeliling cangkir teh itu.

"Assalamualaikum mama. Maaf, Haidar lewat sikit. Tadi tutup kedai lewat sikit. Ramai pelanggan". Dia tidak tipu. Hari ini, memang ramai sangat pelanggan. Itu yang sampai habis croissant tu.

Haidar menghampiri Puan Zulaikha lalu tangan tua itu disalami olehnya. Tudungnya yang labuh itu diketepikan sedikit. Takut terkena kulit ibunya. Tudungnya itu sudah banyak terdedah dengan persekitaran di luar, takut nanti terkena kulit Puan Zulaikha, mamanya itu tidak selesa pula.

"Hm. Tapi bahaya lah Haidar balik sendiri lewat-lewat macam ni". Terbias riak wajah kerisauan di muka Puan Zulaikha.

"Sekali sekala tak apa kan, mama?". Pujuk Haidar lagi. Dia tidak mahu mamanya menolak permintaannya untuk pergi dan balik kerja sendiri lagi di kemudian hari.

"Tak boleh macam tu, Haidar". Ini suara Tengku Haiman yang datang menuruni anak tangga lalu duduk tepat di sebelah Puan Zulaikha.

"Kenapa, papa? Haidar kan dah besar. Papa tak percayakan Haidar ke?". Haidar tersenyum manis ke arah papanya lalu tangan suam itu juga disalami olehnya. Dia sayang akan pemilik kedua-dua pasang tangan yang baru disalami olehnya itu tadi. Seteruk apa pun mereka, Puan Zulaikha dan Tengku Haiman itu syurga bagi Haidar.

" Papa tahu Haidar dah besar. Masalahnya, awak tu Tengku Haidar Zaheera binti Tengku Haiman. Tengku Haiman tu orang politik. Kalau ada musuh-musuh papa yang dendam--".

"Kalau macam tu, papa kahwinkan aje la Haidar. Nanti ada orang jaga". Seloroh Haidar seraya ketawa kecil. Namun...

Tawanya terhenti tatkala dia melihat raut wajah mama dan papanya berubah serius. Haidar pandang wajah-wajah yang sudah naik kedutan itu lalu dia juga pandang ke arah cawan-cawan di atas meja kopi itu.

"Cakap pasal kahwin...". Baru sahaja Puan Zulaikha mahu membuka mulut tentang topik itu, keluhan berat Haidar sudah memotong katanya.

"Kalini daripada keluarga mana orangnya, mama, papa?". Soalan ini.

Soalan ini yang sudah terbiasa ditanyakan olehnya kepada Puan Zulaikha dan Tengku Haiman sekiranya ada yang datang bertandang ke rumah kerana itu memang sudah terbiasa buatnya. Jikalau ada yang datang ke rumah, tujuannya hanya lah samaada ingin menjadi rakan business papa atau mahu merisik dirinya.

"Anak Dato' Zahar. Orangnya baik, kacak. Mama suka".

Anak Dato' Zahar. Namanya Edrian. Seorang model terkenal. Bukannya Haidar tak berkenan tapi memang dia tak berkenan. Eh?

Ya, Haidar kenal dengan Edrian Dato' Zahar ni. Orangnya kacak dan memang baik (di hadapan Puan Zulaikha dan Tengku Haiman la), namun Edrian juga merupakan seorang model Calvin Klein. Anda tahu lah kan Calvin Klein punya model kebanyakannya tayang apa... Ya, itu yang Haidar tak berkenan sikit tentang Edrian.

"Nanti Haidar telefon lah dia. Dia cakap dia kawan satu kolej dengan Haidar dulu. Haidar ada nombor dia kan?". Tanya mama dan Haidar hanya mengangguk. Buat apa dia tipu? Dia memang ada nombor Edrian dan Edrian memang ada nombor dia.

Kenapa?

Sebab jantan tu pernah mengorat Haidar di zaman kolejnya tapi ditolak mentah-mentah.

"Okay, mama. Haidar naik dulu tau, mama, papa. Haidar nak rehat. Assalamualaikum". Haidar memaksa senyum. Asal bercakap soal jodoh aje, memang Haidar cukup malas.

Haidar lalu berlalu pergi, naik ke bilik. Pemergiannya dihantar oleh anak mata Puan Zulaikha dan Tengku Haiman.

"Look at your daughter, papa". Puan Zulaikha mengeluh panjang.

HAIDAR ZAHEERA ||©Where stories live. Discover now