28- "It Calms Me, Idk Why"

449 16 4
                                    

MALAM ini, Puan Chua membuat keputusan untuk tidur semalaman di rumah banglo Ivan ini. Katanya dah malas nak balik sebab tadi selepas dia habis bersembang dengan Haidar pun, sudah masuk pukul 7 petang. Hari dah gelap, malas lah dia nak memandu. Ivan pun iyakan saja lah.

Sekarang ini, lelaki itu sedang mahu berjalan ke bilik tetamu yang menempatkan mommy nya untuk mengucapkan selamat malam. Untuk ke bilik tetamu itu, dia perlu melalui bilik Haidar terlebih dahulu. Niatnya tak mahu berhenti pun di situ namun terhenti juga langkahnya tepat di hadapan pintu bilik Haidar.

Kenapa?

Telinganya menangkap suara Haidar mengaji. Ivan langsung tidak tahu surah apa yang dibacakan oleh Haidar tetapi bacaan itu mencuri perhatiannya. Suara Haidar memang merdu dan itu menjadi salah satu punca mengapa Ivan tertarik untuk berhenti dan terus mendengar namun, ada sebab yang lagi besar mengapa Ivan menghentikan langkahnya itu.

Sebabnya adalah kerana ayat-ayat yang dibacakan oleh Haidar itu...

Entah kenapa, jiwanya seolah disentuh. Oleh siapa? Dia sendiri tak tahu. Jiwanya yang bergelora sebelum ini terasa tenang. Seolah ayat-ayat yang tidak diketahui olehnya yang dibaca oleh Haidar itu membawakan suatu rasa ke raganya. Rasa tenang.

Ivan berjalan semakin hampir dengan pintu itu dan membuat keputusan untuk duduk di sampingnya bersandarkan dinding di sebelah pintu itu. Dia terus mendengar ayat-ayat Al Quran yang dibacakan oleh Haidar itu.

Sebenarnya, sudah beberapa kali Ivan terasa seperti ini kerana sudah beberapa kali juga dia mendengar Haidar mengaji dan dia teringin nak dengar lagi. Dia nak rasa ketenangan itu lagi apabila telinganya menangkap bacaan ayat-ayat itu. Namun, dia tidak tahu kata kunci apa yang perlu ditaip di Internet untuk mencari bacaan ayat-ayat itu. Nak bertanya pada Haidar, dia cukup malu.

Malu kenapa?

Dia rasa dirinya tak layak. Dia lelaki yang jahat. Menculik dan mengurung perempuan itu umpama Haidar ialah tawanannya. Ya, dia malu dengan diri sendiri.

Maka, hampir setiap kali Haidar mengaji di dalam biliknya, Ivan akan duduk di tepi pintu bilik ini. Mendengar bacaan itu secara rahsia-rahsia. Tanpa diketahui oleh Haidar. Apabila bacaan sudah terhenti, dia akan cepat-cepat lari. Dia takut dia tertangkap oleh Haidar. Macam disebutkan tadi lah, dia malu. Ya, Ivan Tyler Grayson juga tahu apa itu erti malu.

Kepalanya disandarkan ke dinding itu. Matanya terpenjam. Dia gemar akan perasaan ini. Tenang. Perasan takut dan sunyi dalam hatinya seolah hilang begitu sahaja apabila telinganya disapa oleh ayat-ayat itu.

Tengah-tengah dia menghayati bacaan Haidar itu, pintu tiba-tiba terbuka. Alamak!

Cepat-cepat Ivan bangun daripada duduknya. Dia berdehem buat seketika sebelum matanya memandang ke arah Haidar yang masih bertelekung itu. Di tangannya ada sebuah Al Quran yang dibelikan oleh Ivan beberapa waktu yang lepas.

"Duduk balik". Arah Haidar.

Ivan pelik. Kenapa Haidar tak tanya pun tentang keberadaannya di sini? Kenapa Haidar menyuruhnya untuk duduk kembali?

Dia masih tercegat di situ.

"Duduk, saya cakap". Bila Haidar memberi arahan kali kedua, baru lah Ivan menurut. Apabila Ivan duduk di hadapan pintu bilik Haidar itu, Haidar turut duduk. Jaraknya lebih kurang satu setengah meter daripada kedudukan Ivan.

"Kenapa awak nak lari tadi?".

"Lari?". Soal Ivan dengan perasaan gementar. Rahsia dia sudah pecah ke?

"Ya, lari. Tadi saya buka aje pintu, awak terus bergegas bangun. Kenapa?".

"Aku...". Hilang kata Ivan dibuatnya.

"Malu?". Haidar bertanya. Tepat sekali tekaannya. Tertunduk Ivan dibuatnya.

Apabila melihatkan Ivan yang putus kata itu, Haidar sudah tahu jawapannya.

"Malu kenapa? Malu dengan saya? Atau malu dengan diri sendiri? Atau malu dengan Dia?". 'Dia'? Siapa 'Dia' yang dimaksudkan oleh Haidar? Berkedut seribu dahi Ivan. Dia kembali melihat wajah Haidar.

"Siapa 'Dia' yang kau maksudkan?".

"Allah S.W.T. Tuhan saya. Awak malu dengan Dia ke?". Soal Haidar lagi, sekali lagi membuatkan Ivan mati kata.

"Awak nak tahu tak, Dia itu ialah Yang Maha Pemurah. Jadi, awak tak perlu malu kalau awak nak dengar juga kalam suci-Nya. Al Quran ni... Semua orang boleh baca, semua orang boleh dengar bacaannya. Tak salah pun. Kalau awak nak dengar atau nak baca, tiada masalah pun. Tiada apa yang perlu dimalukan. Kalau awak malu nak bertanya dengan saya, awak boleh tanya dengan Mak Ti. Tapi kalau awak nak tahu jawapannya sekarang tentang macam mana awak nak dengarkan lagi ayat-ayat suci ni, saya boleh bagitahu". Tawar Haidar. Tak salah kan?

Perlahan-lahan Ivan mengangguk.

"Awak boleh taip dekat YouTube, surah Al Fatihah. Itu surah pembukaan dalam Al Quran, kitab suci kami sebagai orang Islam. Senang dihafal, senang juga untuk awak cuba baca. Saya tak paksa tapi kalau awak nak dengar atau baca, buat lah". Terang Haidar. Jarang betul Ivan nak dengar Haidar bercakap dengan nada setenang ini dengannya. Biasanya tidak terhidang biar sedikitpun nada mesra itu. Ini... Lain...

"What do you call it again?". Ivan membuka mulut pada akhirnya.

"Al Fatihah. Surah pembukaan dalam Al Quran".

"Yang kau baca tadi?". Soal Ivan lagi.

"Ar Rahman".

"Aku boleh dengar semuanya?". Ivan memerlukan kepastian lalu Haidar mengangguk.

"Awak cuba la. Don't be shy". Haidar lalu bangun daripada duduknya.

"Saya masuk bilik dulu, Ivan".

"Wait, Zaheera...".

Panggilan Ivan itu membuatkan langkah Haidar untuk memasuki biliknya itu terhenti. Ivan lalu turut bangun daripada duduknya dan berdiri di hadapan Haidar.

"Ya?".

"Kau tahu ke yang aku selalu dengar kau baca ayat-ayat tu?". Soalan Ivan itu membuatkan Haidar tersenyum kecil. Masakan dia tidak tahu kalau setiap kali dia membuka pintunya selepas selesai dia membaca Al Quran, selalu dia nampak Ivan menuruni tangga di hadapan biliknya itu? Mulanya Haidar ingat itu semua kebetulan sahaja namun tidak apabila ianya berlaku agak kerap pada waktu yang sama. Lagi-lagi lah apabila dia selalu terlihat ada barang-barang Ivan yang tertinggal di tempat duduknya di sebelah pintu bilik Haidar itu.

Kadang tu ada mug... Kadang-kadang ada jam tangan dan sebagainya.

Maka untuk menjawab soalan Ivan itu, Haidar sekadar mengangguk.

"How?".

"Saya perempuan. Naluri saya kuat, Ivan. Saya tunggu aje awak mengaku sebab saya tak nak semakin memalukan awak. Sebab tu saya tak tanya terus pada awak. Tapi hari ini, sudah takdirnya saya nampak awak dekat sini. Awak tak sempat lari kali ini". Jelas Haidar.

Ivan tersenyum kecil. Bahagian belakang lehernya diusap perlahan. Makin mencanak naik meter perasaan malunya. Aduh, kantoi dengan Haidar!

"Saya masuk dulu, Ivan. Selamat malam". Haidar lalu berjalan masuk ke dalam biliknya dan menutup pintu. Entah kenapa hatinya membuat keputusan untuk berlembut dengan lelaki itu pada malam ini.

Mungkin kerana...

Haidar sudah perasan bahawa ada yang tidak kena dengan Ivan. Mengapa hidup lelaki itu kelihatan seperti tidak tenang?

🕊️

This scene hampir buat saya sedih but there's another scene yang berjaya buat saya menangis walaupun saya sendiri yang tulis.

Scene itu ialah scene chapter akan datang.

Klu: Surah Taha (Ayat 8)

HAIDAR ZAHEERA ||©Where stories live. Discover now