44- France II (The Difference)

339 18 2
                                    

HAIDAR menunggu di luar kawasan perkuburan Kristian itu sementara Ivan pergi melawat kubur mendiang ayahnya. Sudah 15 minit berlalu semenjak Ivan pergi dan Haidar masih setia menunggu di situ. Meskipun daripada jauh, dia dapat melihat lelaki itu berdiri dengan kepala yang tertunduk di hadapan sebuah kubur yang ada tertulis sebaris nama; 'Marius Léon Grayson'.

Sudah 15 minit juga lah Haidar perasan bahawa bahu Ivan kelihatan terhenjut-henjut. Barangkali lelaki itu sedang menangis. Jarang sekali buat dirinya untuk melihat Ivan menangis dek kerana sifat dingin dan tegas yang selalu ditonjolkan oleh lelaki tersebut.

Tak sampai beberapa saat kemudian, Haidar melihat lagi tindakan Ivan yang meletakkan sejambang bunga yang dibawa olehnya tadi ke atas kubur si ayah. Dia lalu berpusing dan berjalan pergi dengan hati yang berat daripada situ.

Pergi dan mungkin tak akan pernah kembali lagi.

Ralit memerhati, sampai Haidar tak perasan yang Ivan sudahpun berada di hadapannya.

"Zaheera?".

"Ya? Maaf. Saya tengok...". Air mata yang bertakung di tubirnya itu dilap perlahan. Entah sejak bila Haidar menangis pun, gadis itu tidak tahu. Mungkin terasa sebak akan pemandangannya sebentar tadi.

"... saya tengok awak".

"It's fine. Jangan la menangis. Cukup aku sahaja la yang menangis hari ini. Hari ini bukan hari untuk kau bersedih". Pesan Ivan seraya dia mengeluarkan sehelai sapu tangan daripada poket seluarnya lalu dihulurkan kepada Haidar.

"Tak apa. Saya okay". Haidar menolak lalu segera masuk ke dalam kereta.

Ivan mengeluh kecil sebelum masuk ke tempat duduk pemandu. Hari ini, dia yang memandu sendiri tanpa bantuan Louis. Katanya, mahu membawa Haidar ke suatu tempat. Semacam dating lah... tapi versi kawan. Bukannya versi pasangan kekasih bahagia. Jadi, dia tak mahu Louis mengikuti mereka berdua pada hari ini.

Ivan dan Haidar lalu memakai tali pinggang keledar dan terus dia menghidupkan enjin dan kereta itu untuk mulai berjalan meninggalkan kawasan perkuburan.

"Kau pernah datang sini?". Ivan menyoal. Dia cuba untuk berbual dengan Haidar dengan harapan bahawa perjalanan dalam kereta itu tidak sunyi dan juga dia ingin melupakan rasa sedihnya yang bermula tadi.

"France?".

Ivan mengangguk.

"Pernah. Tapi bukan di Normandy. Saya belajar di Perancis dulu but specifically not here in Normandy". Soalan Ivan itu mengembalikan semula memori-memori hitam yang pernah berlaku di masa lampau Haidar. Memori-memori yang membuatkan dia jijik dengan dirinya sendiri.

"Then, where? The classic; Paris?".

Haidar menggelengkan kepalanya sebagai jawapan kepada persoalan Ivan yang kedua itu.

"Somewhere near that. I already forgot about it. Kalau boleh, saya tak nak ingat apa-apa pasal masa lalu saya". Haidar berkata jujur. Dirinya di masa lalu sangat jauh berbeza dengan dirinya di masa sekarang.

"Is it too bad?".

"Very bad".

"Aku ada kalau kau mahu bercerita. Aku tahu kau cakap kau dah tak nak ingat tentang masa lalu kau but I'm intrigued to know. Kalau kau selesa, cerita lah. Lagipun, kita tak akan jumpa lagi lepasni kan?". Ivan berkata sambil memandu dengan tenang. Haidar di sampingnya itu pula hanya melemparkan pandangan ke luar tingkap.

Haidar berdiam diri dalam waktu yang agak lama. Ivan fikir, gadis itu memang tidak mahu membuka mana-mana kisah lampaunya. Tetapi...

"Selepas sahaja saya tamat sekolah menengah, my parents sent me to France. Mereka minta saya untuk ceburi bidang yang saya minat. Bakery and pastry. And I did... I was a really good kid in the past. Walaupun pengetahuan agama saya tak kuat mana, I was a good kid before I came here. Tahun pertama belajar di sini, saya masih baik-baik saja. Masuk sahaja tahun kedua, saya sudah pandai merokok. Entah daripada mana saya belajar". Haidar tertawa pahit di hujung katanya.

HAIDAR ZAHEERA ||©Where stories live. Discover now