Lima tahun kemudian...
IVAN berjalan di samping Eric; si pembantu peribadi sambil matanya tak lepas daripada memandang skrin iPad di tangan. Semenjak dua menjak ini, gajet itu langsung tidak lepas daripada tangannya. Sibuk benar dia menguruskan perihal pengeluaran model kereta baharu oleh Steer X. Tak menang tangan!
"Twelve requests from the overseas. Do you wanna accept it, boss?". Soal Eric membuatkan langkah berkarisma majikannya terhenti sebentar. Kepalanya diangkat untuk matanya memandang Eric.
"How come there are so many? Kenapa mereka tak tempah daripada Steer X cawangan Perancis saja?". Ivan pelik. Dia nampak data tempahan kereta model baharu syarikatnya itu di skrin iPad yang dipegangnya. Kebanyakan tempahan berasal daripada Eropah. Bukan kah Perancis itu berada dalam benua Eropah? Mengapa mesti pelanggan-pelanggannya itu membuat tempahan di syarikat di Malaysia dan bukannya Perancis?
"Saya fikir mungkin mereka sukar untuk mempercayai pengurusan Steer X di Perancis, bos. Iya la, pemilik asal Steer X kan bos dan bos berada di sini. Syarikat di sana kan diuruskan oleh sepupu bos. Mungkin lah mereka susah nak percaya dekat dia". Eric membuat inferens sendiri.
"Is that so?".
"Saya pun kurang pasti. Itu hanya lah inferens awal sahaja daripada saya, bos". Eric tersengih seperti kerang busuk di hujung katanya. Risau takut dia tersebarkan informasi palsu, pilihan terakhirnya adalah untuk menggunakan ayat itu.
"Kalau macam tu, sediakan semua dokumen. Saya akan tandatangan nanti".
"Baik, bos. Ada apa-apa lagi?". Eric bertanya lalu mengambil iPad yang sudah dihulurkan oleh Ivan.
"Baca baki jadual saya untuk hari ini". Arah Ivan lalu Eric cepat-cepat membuka iPadnya sendiri dan menekan aplikasi yang sudah disediakan khas untuk mencatat aktiviti-aktiviti harian si majikan.
Eric berdehem kecil sebelum mulai membaca apa yang tertulis.
"Selepas ini, pukul 12 tengahari, bos akan makan tengahari. Nothing special. Pada pukul 2 hingga 4 petang, bos ada temu janji bersama one of our clients. New one. Dan... itu sahaja. Selepas itu, bos terus boleh pulang ke pangkuan keluarga tercinta". Eric menutup kembali iPadnya lalu dia memandang ke arah Ivan. Senyum yang sentiasa terukir di bibir Eric tiba-tiba sahaja pudar apabila dia melihat riak wajah Ivan yang berkerut.
"Kenapa, bos?".
"Siapa klien yang awak maksudkan tu?".
"Tengku Haiman. He's also one of our investors. Jadi, bos jangan tak hadir pula. Meeting tu penting tau". Sempat lagi Eric memberikan pesanan ringkas buat Ivan. Bukannya apa, Ivan ni selalu juga terlupa beberapa meeting yang patut dia hadiri. Al maklumlah, kan sudah diberitahu tadi, semenjak dua menjak ni Ivan terlalu sibuk. Bahkan makannya sendiri pun tak terjaga.
Terangguk-angguk Ivan mengiyakan segala kata yang keluar daripada mulut pembantu peribadinya itu. Karang kalau tak angguk, kena bebel pula dia dengan Eric. Ya, Eric sahaja yang berani membebel majikannya sendiri. Si majikan pula hanya pasrah menerima.
"Where?".
"Here in the meeting room".
"How many people are gonna be there?".
"Kalau termasuk dengan bos dan saya, akan ada enam orang". Jelas Eric.
"Alright. Text me kalau meeting tu dah nak mula".
Eric mengangguk dan dia menyaksikan majikannya melangkah pergi.
🕊️
LELAKI itu duduk di tengah-tengah di antara semua ahli mesyuarat. Di sebelah kanannya ada Eric dan pembantu peribadi Tengku Haiman iaitu Omar. Di sebelah kirinya pula ada Tengku Haiman, isteri Tengku Haiman; Puan Zulaikha dan...
"Ivan, Ivan dah kenal kan anak uncle?". Tengku Haiman menggunakan cara percakapan yang agak kasual kerana Ivan dan dia memang sudah saling mengenali. Dia pernah menjalinkan hubungan persahabatan yang sangat rapat dengan mendiang ayah Ivan.
Untuk menjawab persoalan Tengku Haiman itu, kata-kata Ivan terjeda sebentar. Sebelum akhirnya...
"I'm so sorry but I think, I don't. Ivan jenis tak ingat wajah atau nama orang dengan senang. Kalau Ivan pernah kenal pun, mungkin Ivan dah lupa. Tapi rasanya, Ivan tak pernah kenal lagi anak uncle. Ivan minta maaf ya, uncle?". Ivan berkata dengan sopan. Matanya sedikit pun tidak teralih ke arah wanita muslimah cantik bersebelahan dengan isteri Tengku Haiman itu.
Tengku Haiman melepaskan tawa ayah-ayahnya.
"Tak apa. Anak uncle ni pun jarang sangat keluar rumah kecuali kalau nak pergi ke kedai dia tu ha. Sebab itu ramai orang tak kenal dia". Ulas Tengku Haiman lagi.
"Welcome to Steer X, Miss Haidar. Glad to be working with your father". Pandangan matanya ke arah wanita itu hanya kekal selama tiga saat sahaja. Itu pun untuk menjaga adab dalam menyapa si anak kliennya.
Haidar terdiam. Dia tidak sangka selepas lima tahun, semuanya berubah dengan begitu drastik sekali. Hampir sahaja dia tidak cam akan lelaki itu.
Lelaki itu...
...benar-benar menepati janjinya.
"Tak silap aunty, bukan ke Haidar pernah bekerja dengan Ivan?". Soal Puan Zulaikha pula. Dia curiga. Ivan cakap dia tak pernah kenal Haidar. Tapi kalau tidak silap, Haidar pernah bekerja dengannya lima tahun yang lepas.
Ivan berdehem beberapa kali sebelum menjawab,
"Macam saya cakap la, aunty... saya ni memang kuat lupa. Kalau benda dah lama, memang susah untuk saya ingat".
🕊️
"BOS, yang tadi tu bukan ke...".
"Apa? Awak nak cakap apa?". Ivan menghentikan langkahnya dan bertanya kepada Eric. Dia betul-betul tidak mahu membuka bicara tentang topik ini. Alih-alih, boleh pula si pembantu peribadi bertanya tentang 'si dia'.
"Bukan ke perempuan tadi tu...".
"I don't know her. Never met her until now". Sungguh, bukan ini yang mahu Ivan tuturkan tetapi ini lah janjinya. Sungguh, tiada niatnya untuk menipu seluruh ahli mesyuarat tadi tapi janji tetap janji.
"Must be a look-alike then".
"Should be". Kata Ivan buat terakhir kalinya sebelum dia masuk ke dalam keretanya di tempat duduk pemandu. Hari ini, dia pergi bekerja dengan sendirinya. Tidak mahu menggunakan khidmat pemandu peribadi.
Setelah dia memerhatikan Eric yang melambai pergi daripada lobi utama itu, Ivan mengeluh lalu meletakkan kepalanya ke atas stereng kereta. Tali lehernya dilonggarkan menggunakan sebelah tangan.
"Astagfirullahalazim...". Mulutnya tidak henti-henti beristighfar. Mindanya cuba untuk tidak terlalu memikirkan 'si dia'. Hatinya sedang mencuba untuk tidak sakit lagi.
"Astaghfirullahalazim...". Ivan meraup wajah sendiri. Tangannya ditekap ke dada sendiri. Jelas, laju benar degupan jantungnya. Seolah-olah dia baru selesai berlari maraton.
When he came back to his sense...
"I don't know her. I don't know her". Ivan menghidupkan enjin keretanya dan mulai memberikan fokus kepada si kereta daripada terus memikirkan 'si dia'; Haidar Zaheera.
🕊️
They met again after 5 years!
Adakah ini suatu petanda yang baik?
YOU ARE READING
HAIDAR ZAHEERA ||©
RomanceHaidar Zaheera Ivan Tyler Grayson One of the most gut wrenching love story I've ever written. Haidar Zaheera. Nama dah macam lelaki, nasib baik ada Zaheera dekat belakang tu. Tapi perangai dia tak macam lelaki pun. Haidar merupakan seorang wanita le...