PUAN Chua datang menghampiri Ivan yang sedang duduk di atas salah sebuah kerusi di taman halaman rumahnya itu. Jejaka itu kelihatan sedang asyik merenung ke arah Haidar yang sedang melihat bunga-bungaan di taman itu yang ditanam oleh Pak Mal.
Kerusi di sebelah Ivan ditarik lalu Puan Chua duduk di samping anak terunanya itu. Terkejut juga la Ivan dibuatnya apabila bunyi geseran kaki kerusi dengan lantai itu kedengaran. Itu lah, ralit sangat memerhatikan 'si dia'.
"Ivan tengok apa?". Mahunya nak tersedak air liur Ivan apabila dia ditanyakan dengan soalan yang penuh dengan kiasan dan maksud tersirat itu. Soalan yang sudah ada jawapannya namun sengaja Puan Chua mahu bertanya juga dengan niat mahu mengusik.
Ivan berdehem sekali sebelum mengangkat iPad yang dipegangnya. Skrin segi empat itu selalu dibawa oleh Ivan ke mana-mana. Senang jika dia mahu melihat laporan kewangan semasa Steer X atau apa-apa laporan penting yang lain. Tapi... Kalini, rasanya Ivan langsung tidak fokus kepada iPad itu. Ivan jelas-jelas sedang memerhatikan 'yang lain'.
"Nak menipu mommy pun agak-agak la, Ivan". Puan Chua tergelak kecil. Ada saja la Ivan ni. Boleh pula lelaki yang tidak pernah menipu (kecuali di waktu dia menipu Haidar) selama 30 tahun dia hidup ini ingin mencipta penipuan untuk Puan Chua? Haih, Ivan... Ivan...
"I'm not lying".
"I'm your mom. I know you better than you know yourself. You came out of my--".
"Okay, mommy. Ivan rasa tak perlu mommy ulang kenyataan tu banyak kali setiap kali Ivan ada kecelaruan identiti". Sengaja Ivan membuat lawak. Buat lawak apanya jika muka terus-terusan mendatar seperti itu. Namun, tetap juga Puan Chua tertawa.
"Ivan tengok Haidar ke?". Puan Chua mengajukan satu lagi soalan sebaik sahaja tawanya terhenti. Dia sudah tahu jawapannya, dia cuma mahu Ivan berkata jujur. Haih, payah sangat ke nak jujur wahai Ivan Tyler Grayson?
"Kalau Ivan tengok dia pun kenapa? Mommy tertarik nak jadikan menantu?". Kali ini Ivan pula yang tertawa kecil. Jangan mimpi la nak jadikan dia menantu mommy... Haidar Zaheera tu istimewa orangnya.
"I don't even say that. Kenapa buka topik ni? Ivan tertarik dengan dia?". Puan Chua cuba untuk bergurau namun apabila dia melihatkan Ivan yang langsung tidak tersenyum itu, dia tahu gurauannya bukanlah gurauan yang tepat untuk dituturkan buat masa sekarang. Karang melenting pula si Ivan tu kalau lebih-lebih. Jejaka itu bukannya boleh dijangka.
"Mommy tak cakap pun nak jadikan Haidar tu menantu. Mommy tahu antara Ivan dengan dia, antara keluarga kita dan keluarga dia... Ada jurang yang sangat besar. Ditutupi dengan tembok yang tak akan pernah Ivan boleh daki. Ivan faham kan apa yang mommy maksudkan?". Puan Chua bertanya lalu Ivan mengangguk. Anggukan yang sangat tidak bersemangat, tidak bermaya. Seolah Ivan sedih apabila mendengar kenyataan yang dituturkan oleh ibunya itu.
" Atau Ivan dah bersedia?". Terteleng kepala Ivan ke arah Puan Chua apabila soalan itu dituturkan.
"What do you mean? Bersedia untuk apa?".
"You know... Last night, I saw her talking to you about the Al Quran dan mommy nampak Ivan sangat tenang, sangat patuh mendengar setiap apa yang dituturkan Haidar semalam. Mommy tak pernah tengok Ivan setenang itu. So perhaps, your heart is there already?". Sekali lagi, ayat Puan Chua penuh dengan kiasan namun Ivan dapat menangkap setiap satu daripada maksud yang tersembunyi itu.
" Not quite there yet".
"Will it be?".
Ivan mengangkat bahunya sekali. Malas nak menjawab spekulasi ibu kandungnya itu. Puan Chua banyak betul soal siasat. Cuak la Ivan nak menjawab walaupun dia tahu kalau 'itu' pilihannya, Puan Chua tak akan menghalang langsung. Ivan sudah besar panjang. Dia tahu membuat keputusan sendiri.
YOU ARE READING
HAIDAR ZAHEERA ||©
RomansHaidar Zaheera Ivan Tyler Grayson One of the most gut wrenching love story I've ever written. Haidar Zaheera. Nama dah macam lelaki, nasib baik ada Zaheera dekat belakang tu. Tapi perangai dia tak macam lelaki pun. Haidar merupakan seorang wanita le...