46- France IV (The Painting)

356 15 2
                                    

HARI ini merupakan hari terakhir Haidar berada di Perancis. Mungkin juga hari terakhir dia dapat melihat wajah lelaki itu kerana pada awal pagi esok, mereka akan bertolak pulang ke Malaysia dan Ivan akan terus menghantarnya pulang ke rumah Tengku Haiman dan Puan Zulaikha. Bermula daripada situ, mereka akan tidak lagi saling mengenal antara satu sama lain.

Haidar 'memanfaatkan' hari terakhir ini dengan berjalan-jalan di sekitar kawasan luar rumah agam. Di sekitar rumah agam itu, ada beberapa batas bunga yang sangat indah yang  membuatkan Haidar tertarik. Ada juga kelihatan beberapa ekor arnab dan kucing yang sedang bermain sesama sendiri.

Haidar tersenyum.

Dia berjalan lagi di sekitar kawasan itu sehingga la dia berhenti di sebalik sebuah pohon walnut. Di sebalik sisi lain pohon itu ada sebuah bangku yang diduduki oleh seorang lelaki yang sedang mengait.

Ya, lelaki itu ialah Ivan Tyler Grayson.

Haidar ralit memerhatikan tangan Ivan yang tampaknya sedang tekun mengait sesuatu. Di samping lelaki itu ada terletak beberapa gulung benang berona perang dan putih. Ada juga semacam isi yang biasanya digunakan untuk disumbat ke dalam patung beruang.

Telinga Haidar pula menangkap bisikan halus yang datangnya daripada mulut Ivan sendiri. Dia mendekatkan lagi dirinya dengan pohon itu untuk memperjelaskan pendengarannya.

Apabila sudah semakin jelas apa yang didengarinya, Haidar terpana.

Yang keluar daripada mulut Ivan bukan lah syair, bukan lah sajak, bukan lah nyanyian namun... yang keluar daripada mulut lelaki itu ialah bacaan surah pertama yang dia ajarkan kepada Ivan sewaktu dia berada di rumah lelaki itu.

Surah Al Fatihah.

Haidar terpana kerana bacaan Ivan sudah semakin lancar dan tak lupa juga yang Ivan sedang membaca surah itu sambil mengait tanpa merujuk mana-mana bahan bacaan. Bermakna, Ivan sudah mulai menghafal surah pertamanya.

Haidar sangat bangga akan hal itu.

Haidar lalu keluar daripada sebalik pohon itu dan datang menghampiri Ivan. Lelaki itu langsung tidak terkejut. Aktiviti mengaitnya diteruskan. Hanya sahaja, bacaannya diberhentikan. Mungkin dia agak malu dengan si gadis.

"Kenapa berhenti?". Soal Haidar.

"Sebab kau ada di sini".

"Kenapa kalau ada saya ada di sini sekalipun? Saya rasa tiada halangan untuk awak baca ayat-ayat suci itu".

Ivan lalu berhenti mengait seketika sebelum dia mendongak untuk memandang Haidar.

"Aku malu dengan kau. Aku manusia yang teruk kalau nak dibandingkan dengan kau. Layak ke aku nak alunkan ayat-ayat suci itu untuk kau dengarkan?". Ivan meluahkan perasaannya. Sungguh dia sangat malu dengan Haidar. Betul lah kata Dinda, dia lelaki yang kotor, jauh berbeza dengan perempuan sesuci Haidar ini.

"Di sisi Allah, semua manusia sama sahaja. Kita manusia, Ivan. Kita semua tak sempurna. Kenapa awak nak malu dengan saya setiap kali awak baca Al Quran? Bacaan saya pun ada masa ada ketidaksempurnaannya. Awak tak perlu lah malu".

Ivan mendiamkan dirinya. Tangannya masih memegang jarum mengaitnya. Kepalanya kembali tertunduk. Meskipun apa yang dikatakan oleh Haidar itu benar belaka, dia masih berasa rendah diri.

"Saya keluar ni sebenarnya nak tengok-tengok kawasan luar rumah ni tapi saya nak tanya awak sesuatu juga".

"Hm?". Ivan memandang Haidar kembali. Dia rasa ingin tahu tentang soalan yang bakal dilontarkan oleh Haidar.

"Awak ada peralatan melukis?".

🕊️

TATKALA Ivan sedang sibuk mengait, Haidar yang berada tidak jauh daripadanya itu sedang duduk di atas kerusi bulat kecil dan tangannya sibuk sedang mengecat sesuatu di atas kanvas putih di hadapannya.

Kanvas, cat air dan berus lukisan yang digunakan oleh Haidar tatkala ini semuanya diambil oleh Ivan daripada bilik lukisan mendiang ayahnya. Barangan-barangan tersebut sudah lama namun masih berguna.

Ya, Mr. Grayson juga gemar melukis seperti Haidar. Gemar mengait seperti Ivan. Multi-talented kan?

"Okay ke?". Tanya Ivan untuk memastikan bahawa cat air yang diberikan kepada Haidar masih elok untuk digunakan ataupun tidak. Haidar yang sibuk mewarna hanya mengangkat ibu jari tangan kanannya sahaja. Malas mahu bersuara. Ivan tersenyum manis daripada jauh.

Sebelum ini, jarang sekali Ivan melihat Haidar melukis dek kerana larangan Haidar untuk masuk ke dalam bilik lukisannya di rumah lelaki itu. Ini adalah antara waktu paling berharga buat Ivan. Melihat si gadis tekun melukis.

"Kau lukis apa?". Soal Ivan lagi. Matanya tertumpu pada benang dan jarum mengait di tangan. Mulutnya sahaja yang bercakap dengan Haidar.

"Those flowers. Saya dah lama tak lukis bunga. This is once after a while". Haidar melihat sebentar ke arah batas-batas bunga berwarna-warni yang ada di hadapannya.

"Add white tulips". Pinta Ivan.

"Tak nak. Dekat depan saya ni mana ada bunga tulip putih".

"Just add it, Zaheera. I love white tulips". Ivan terkekeh kecil di hujung katanya. Dia menikmati momen ini. Momen yang bakal berakhir sebentar sahaja lagi...

"Kenapa saya kena lukis apa yang awak suka pula? Ini kan lukisan saya". Haidar membantah secara gurauan. Di masa yang sama, tangannya membawa berus yang dipegang untuk dicelup lagi ke dalam cat air berwarna hijau. Ingin dia melukis beberapa lagi batang hijau untuk bunga tulip putih yang bakal dia lukis nanti.

"Siapa cakap itu akan jadi lukisan kau? Aku yang nak simpan lukisan itu nanti".

"Eh siapa yang cakap? Saya yang lukis, saya lah yang simpan". Haidar yang sudah semestinya lah tak mahu kalah itu makin giat melawan.

"Jadi, kau tak nak tinggalkan aku apa-apa kenangan? Macam tu ke, Zaheera?". Pertanyaan Ivan membuatkan proses mengecat Haidar terhenti seketika. Dia berpaling sebentar ke arah Ivan.

"Untuk apa saya bekalkan kenangan kalau awak tak mahu ingat akan saya?".

"Says who? I always want to remember you, Zaheera. You are the tiny chapter in my book who has changed the whole storyline. I need a beautiful book mark for that". Ivan menjawab sambil tersenyum manis. Matanya masih tertumpu pada kaitannya itu.

"Okay, baik. Saya akan beri awak lukisan ni. Tapi dengan syarat!".

"Apa dia?".

"Di waktu awak berkahwin nanti, beri lukisan ini kepada isteri awak. Jadi nanti, lukisan ini akan jadi milik dia dan akan mengingatkan dia pada awak. Awak akan jadi bab baharu dalam buku dia yang mengubah hidup dia dan lukisan ini ialah penandanya". Haidar meletakkan syaratnya.

"Bold of you to assume that I will ever get married".

"Kalau awak nak lukisan ni, awak kena janji dengan saya yang awak akan kahwin". Syarat lagi.

"Macam mana aku nak kahwin kalau aku tak pernah jatuh cinta?".

Sungguh. Sepanjang hidupnya, Ivan tidak pernah punya rasa ingin bercinta. Melihat ibunya yang senang-senang sahaja mencari ganti si ayah dalam waktu yang singkat, dia tidak percaya lagi akan cinta.

Tapi...

"Jodoh awak sudah tertulis oleh-Nya sejak sebelum awak lahir lagi, Ivan. Dia akan datang. Jangan risau".

Ivan hanya tersenyum kecil.

Hatinya menyimpan rasa yang dirinya sendiri tidak pasti.

🕊️

Wi wo wi wo!
Saya dah update!

Pesanan: Ingat baik-baik akan lukisan ni.
🖼️🎨🖌️

HAIDAR ZAHEERA ||©Where stories live. Discover now