"Keputusan baba muktamad! Nak atau tidak Dyan harus tunang dengan anak arwah kawan Baba. Ini satu-satunya cara elakkan dari tersebar fitnah terhadap kamu di media. Malu baba bila kamu dituduh sebagai lelaki homoseks sedangkan berita itu semua palsu." Keluh Tuan Danial Han, isterinya Puan Rafikah sedaya upaya memujuknya agar dia tidak terlalu tertekan dengan suasana.Terkejut dirinya saat pembantu peribadinya Hassan tiba-tiba datang dengan Ipad ditangan sebelum lelaki itu menunjukkan berita terhangat pagi itu.
Terpapar tajuk besar 'ANAK LELAKI BUJANG TUAN DANIAL TERTANGKAP MEMPUNYAI HUBUNGAN HOMOSEKS DENGAN SEORANG LELAKI DI SEBUAH HOTEL SEMALAM!'
Terus pengsan dia di meja makan. Bukan sekali tapi ini sudah masuk kali kedua. Dia dan isterinya sudah banyak kali menyuruh Dyan mencari pasangan tapi sikap keras kepala dan workaholic Dyan menurun dari Tuan Danial menyebabkan ada seseorang bersikap iri hati lalu menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan mereka.
Benar anaknya itu bertemu seseorang di hotel tapi lelaki itu adalah client mereka cuma dalam gambar tampak seperti mereka masuk kedalam bilik sedangkan jelas Dyan dan klien mereka itu hanya bertemu di kafe Hotel. Mungkin gambar itu sudah di edit bahagian tempatnya.
"Kali ni Dyan ikut je arahan Baba. Terserah lah baba mahu tunangkan Dyan kepada siapa sekali pun cuma Dyan harap perempuan tu okey. Dyan tertekan bila masalah kerap berlanjutan walaupun Dyan dah sahihkan yang Dyan lelaki tulen." Jujur Dyan kelelahan. Dia letih bila kes makin menjadi rumit sedangkan beberapa bulan lalu dia sudah bersihkan namanya di beberapa media dan juga kilang akhbar.
"Baik lah kalau Dyan dah setuju dengan keputusan baba. Nanti baba call Encik Zahid untuk uruskan pertemuan Dyan dengan Rayha. Jangan Dyan mengelat pula." Tegas Tuan Danial menegur Dyan.
"Okey baba.. kalau takde apa-apa Dyan gerak ke somewhere sekejap untuk selesaikan masalah ni. Dyan free minggu depan. Kalau baba dan Dyan jumpa dia nanti tunggu Yan hantar jadual bebas dari PA Dyan." Balas Dyan.
Dia mencium tangan Baba dan Ibu sebelum meninggalkan bilik ruangan Vip Tuan Danial.
"Fikah kesian dengan Dyan bang. Kenapa lah ada manusia cemburu dengan anak kita tu? Dyan tu cuma bujang je bukan tak suka perempuan tapi kenapa dunia selalu saja menyalahkan anak kita.." keluh Puan Rafikah melabuhkan duduk diatas sisi katil suaminya.
"Inilah ujian untuk Dyan.. esok lusa anak kita yang bongsu pula. Dulu Dyana pun kena juga tapi mujur saja anak sulung kita itu perempuan kalau tidak lagi lah tertekan kalau terkena nasib macam Dyan. Doakan saja yang baik-baik untuk mereka bertiga agar dapat menempuhi beratnya ujian dunia." Ujar Tuan Danial menggosok bahu isterinya agar bertenang.
***
Rayha menggaru kepalanya yang tidak gatal. Panggilan dari uncle Zahid buatkan dia pening. Baru saja dia mahu keluar berjalan-jalan minggu depan ke Pavillion tiba-tiba saja lelaki itu menyuruh nya agar tidak keluar kemana-mana.
Terserah la esok baru dia tanya uncle Zahid apa kebenda nya hal penting yang hendak di beritahunya.
Dia berguling-guling atas katil dan memandang siling dalam bilik. Sudah seminggu dia balik dari Istanbul dan kini dia kembali semula ke tanah air bondanya di Malaysia. Mata hazel nya bergerak-gerak memandang ruangan bilik miliknya yang tiada perubahan. Sunyi, sepi dan tiada lagi suara gurauan senda dari Dato' Ruhil dan Datin Haziah.
Sudah 6tahun berlalu sejak dia kehilangan ibu bapanya. Banglo ini hanya ditemani oleh Cik Romlah dengan Pakcik Ali saja dan tiada sesiapa bisa menghilangkan kesepian hatinya sejak beberapa tahun ini.
Sepanjang berada di Istanbul dia hanya bersendirian, hanya Uncle Zahid saja la yang menjaga nya disana termasuk lah tempat tinggal, tempat pengajian dan sebagainya.
Mujur dia pandai berkawan ada lah juga temannya dari Malaysia si Maya dan Zura tu tapi mereka berdua belum rasmi lagi untuk balik ke Malaysia.
Dia bingkas bangun dan keluar dari bilik. Rambut panjang miliknya disanggul kemas. Hanya Cik Romlah saja yang berada dalam rumah ni. Pakcik Ali biasanya di belakang sedang berkebun.
Cik Romlah yang sibuk menyapu didekati perlahan. Tubuh itu dipeluk dari belakang saja ingin melepaskan rindu untuk arwah mamanya.
"Opocot mak kau langsuir! Astaghfirullah! Budak bertuah ni terkejut cik Romlah.." ujar Romlah sambil menggosok dadanya akibat terkejut dengan rangkulan dari Rayha.
"Ehehe maaf cik Romlah.." sengih Rayha bersalah.
"Ni kenapa peluk makcik ni sayang? Rindu arwah mama ke? Ataupun kamu lapar nak bodek makcik tolong masakkan?" Soal Cik Romlah, dia berhenti menyapu dan menoleh untuk melihat wajah anak majikannya itu.
"Rayha rindu arwah mama sebab tu Ray peluk cik Romlah.." jujur Rayha dan kembali memeluk wanita tua itu.
"Sabar ye sayang.. kalau rindu sedekahkan Alfatihah untuk arwah papa dengan mama. Rayha kan budak baik.. jangan terlalu bawakkan perasaan tak baik tau. Kesian arwah tengok anak tunggal mereka tengah sedih ni." Pujuk Cik Romlah. Tubir matanya berair melihat Rayha yatim piatu sekelip mata. Pejam celik sudah 6tahun arwah majikannya meninggal dunia.
"Baik cik Romlah.. Rayha takkan sedih-sedih lagi. Rayha redha dengan pemergiaan mereka. Cuma tulah rumah ni sunyi sangat sampaikan Rayha teringat segala kenangan manis bersama arwah mama dan papa." Sayu Rayha memandang ruangan rumah yang sepi.. tiada perubahan cuma terasa sangat kehilangan.
Di ruang tamu itu lah dia begitu gembira memeluk kedua insan itu disaat ulang tahunnya yang ke 17tahun disambut. Disitu juga lah dia bermanja dengan Datin Haziah saat dia demam. Dia rindukan pelukan keduanya.
Pelukan ditubuh cik Romlah dikemaskan bersama air mata yang mengalir.
"Rayha rindukan mereka sangat-sangat.."
Cukup tragedi saat berita sampai kepadanya dimana keduanya terkorban dalam kemalangan akibat berlanggaran dengan treler yang terbabas dan masuk kelaluan bertentangan. Kecuaian pemandu lori yang mengorbankan ramai mangsa ketika itu termasuk kedua ibu bapanya.
YOU ARE READING
Dia Isteri Tuan Dyan
Short Story~ Rayha Farzana ~ Dyan Raeqal Kemalangan ngeri yang menimpa kedua ibu bapa Rayha menjadi sebuah tragedi yang menyakitkan disaat usianya 17 tahun. Kehilangan Dato' Ruhil dan Datin Haziah menjadi mimpi ngeri untuk Rayha disaat dirinya hanyalah putri...