Cantik sangat baju sanding dibelah pihak pengantin perempuan. Baju songket ala-ala Thai pilihannya. Teringat adegan dia memeluk Dyan tadi. Malu usah dikata apabila Dahlia dan Hazeeq menjadi penonton sketsa mereka berdua di hadapan masjid tengah hari tadi. Sungguh dia beremosi bila teringat arwah papa dengan mama. Mana mungkin dia kuat untuk menjalani hari bahagianya tanpa insan tercinta disisi. Kehadiran Puan Sofia dan Encik Zahid memenuhi ruang hidupnya saban hari sejak hilangnya kedua ibu bapa Rayha.Kini Allah menggantikan seorang suami kepadanya sebagai pelindung, peneman dan sahabat di kala suka duka nya nanti. Satu pintanya.. berharap rumahtangga yang dibina ini dilimpahi berkat dan juga dirahmati sang pencipta. Semoga bahagia yang baru terbina ini diberkahi sehingga akhir hayat.
Tak lama lagi jam menginjak 2petang. Rayha masih setia menunggu dalam bilik sehingga ada orang memanggilnya untuk turun kebawah.
Bunyi ketukan pintu mematikan lamunan Rayha. Rayha memberi keizinan untuk masuk kepada si pengetuk pintu.
"Akak dah bersedia? Abang Dyan dan semua famili dia dah sampai. Mereka semua tengah berkumpul kat luar sebelum masuk berarak.." soal Nisa anak kepada Puan Nora adik ipar Puan Sofia.
"Akak dah sedia lama dah Nisa. Cuma tunggu korang panggil akak turun je. Kalau macam tu jom lah turun. Kesian pihak pengantin lelaki berpanasan kat luar sebab tunggu akak pula." Balas Rayha kemudian dia bangun dari kerusi berjalan perlahan kearah Nisa.
Nisa memimpin Rayha turun kebawah. Kasut tumit tinggi milik wanita itu dipegang pada tangan kiri manakala tangan kanannya memegang kemas lengan kak Rayha.
Sampai dibawah giliran Dahlia and the gang mengapit Rayha kiri dan kanan. Bersedia mereka semua untuk mengambil dulang hantaran untuk diletakkan di kiri kanan pelamin.
Rayha menyarung kasut miliknya sambil menumpang bahu Nisa untuk berpaut. Risau tergelincir malu dia nanti. Sudah lah ramai orang sedang melihat dirinya. Tak sangka ramai juga tetamu hadir, separuh dari mereka ialah pekerja syarikat arwah papa yang dijemput oleh Encik Zahid.
Uncle Zahid dan Auntie Sofia begitu sibuk melayani tetamu. Setelah Rayha keluar baru lah mereka berdua mendekatinya untuk menyambut pengantin lelaki masuk sebentar lagi.
Mereka semua berkumpul di hadapan pagar besar rumah banglo itu. Bunyi kompang dan selawat dari pihak pengantin lelaki begitu jelas di hawa telinga Rayha. Setelah 3minit berdiri baru lah Rayha nampak batang hidung Dyan yang segak lagi tampan mengenakan baju pengantin berwarna biru muda itu. Tidak lupa juga kaca mata hitam rayban milik suaminya itu. Disebelah suaminya pula Dyanz Rafique si adik bongsu tak kalah hebatnya sempat dia mendengar bisikan dari gadis-gadis sunti yang sedang memuji ketampanan dua lelaki itu. Baba dan Ibu kelihatan sangat gembira melihatnya laju keduanya mara kedepan untuk bersalam dengan uncle zahid dan puan sofia.
Sempat mereka berbalas pantun sehingga meraih tontonan dari semua tetamu yang hadir. Selepas selesai sesi berbual dan berjenaka di tengah panas barulah Dyan diberi keizinan untuk bersama dengan Rayha.
Dyan menggapai jemarinya lalu digenggam kemas. Rayha hanya tersenyum malu dengan sikap Dyan yang terlalu ketara sweet nya itu. Mereka berjalan seiring masuk kedalam rumah. Dulang hantaran sudah lama di bawa masuk oleh geng-geng Dahlia almaklumlah takut cair coklat dan kek mahal.
Diatas pelamin pengantin sibuk bergambar. Selesai cameraman ambil gambar mereka berdua baru lah diberi keizinan untuk tetamu bergambar dengan pengantin sebelum pulang. Bunga telur diagih-agihkan hanya untuk orang yang dikenali saja. Goddies dan gula-gula untuk tetamu sudah di bahagikan oleh budak-budak yang diupah Rayha. Bahagian perempuan di berikan tugas kepada Anis dengan Farah manakala bahagian lelaki di berikan tugas kepada Rahim dengan Jebat. Mujur saja keempat-empat mereka itu mudah diajak runding. Sudah pasti ada upah.
YOU ARE READING
Dia Isteri Tuan Dyan
Historia Corta~ Rayha Farzana ~ Dyan Raeqal Kemalangan ngeri yang menimpa kedua ibu bapa Rayha menjadi sebuah tragedi yang menyakitkan disaat usianya 17 tahun. Kehilangan Dato' Ruhil dan Datin Haziah menjadi mimpi ngeri untuk Rayha disaat dirinya hanyalah putri...