Seperti yang dijanjikan dengan rancangan Dyan. Hari ini majlis bertunang dia dengan lelaki itu berjalan lancar. Hanya orang terdekat saja dijemput hadir. Majlis diadakan dirumah milik keluarga Rayha ditemani Encik Zahid dan Puan Sofea. Hazeeq dengan Dahlia juga ada memeriahkan suasana.Cincin tunang dijari manis nya dikerling penuh minat. Tidak menyangka cincin dijari nya adalah pilihan dari Dyan sendiri. Simple and nice Rayha pusing-pusingkan dan tersenyum. Walaupun dia tidak suka dengan sikap dingin dan kasar Dyan, hati dia turut tersentuh dengan layanan lelaki itu.
"Mama.. papa. Rayha dah bertunang dengan Dyan seperti yang dimahukan oleh korang berdua. Rayha harap Dyan mampu bahagiakan Rayha walaupun kami sering berperang.." desis hati kecil Rayha.
Semasa majlis siang tadi, dia tidak menyangka Ibu Fika merupakan ibu kepada Dyan. Tak sangka dan banyak sangat kejutan untuk dirinya. Kata wanita itu dia juga pada mulanya terkejut kerana Rayha adalah orang yang sama yang bakal jadi calon menantunya.
Bunyi lagu Royalty memenuhi ruang telinganya. Nama yang tertera di skrin telefon dijeling.
"DYAN"
Apehal pula encik tunang dia call malam-malam begini. Tidak reti rehatkah lelaki itu.
Lekas dia menekan butang hijau. Lalu loud speaker dipasang.
"Assalamualaikum, ye Tuan Dyan ada apa telefon malam-malam begini? Buang tebiat ke?" Mula Rayha dengan beri salam sebelum dia menyindir lelaki itu.
"Waalaikumussalam, kau dah kenapa? Salah ke aku nak telefon kau? Aku nak tanya kau.. cincin tunang tu okey ke? Muat-muat tak dengan jari?" Balas Dyan.
Dia telefon gadis itu mahu bertanya tentang cincin bukannya mahu bergaduh.
"Cincin? Hurmm muat, elok je tersarung di jari manis saya ni. By the way pandai awak pilih.. cantik je saya tengok simple and looking so nice.. i like it." Sempat dia memuji cincin pilihan Dyan.
"Bagus lah kalau kau suka. Aku lupa nak tanya saiz jari kau. Kebetulan aku buat ukuran jari kelingking aku mujur la muat."
"Okey lah tu kalau saiz jari kelingking awak sama saiz dengan jari manis saya."
"Kalau macam tu aku nak ucapkan tahniah sebab dah jadi tunang aku. Aku harap kau siapkan diri dalam masa sebulan ni. Seminggu sebelum majlis nikah kita aku dengan baba dah decide nak buat sidang media. Nak clearkan nama aku dan kenalkan kau sebagai tunang aku dan bakal isteri aku tak lama lagi." Jujur Dyan agar Rayha tidak melatah dikemudian hari.
"Terserah kepada keputusan awak. Saya harap masalah ni takkan timbul lagi selepas kita kahwin. Dan saya juga harap perkahwinan kita nanti jadi taruhan orang lain."
"Jangan risau. Aku kahwin dengan kau bukan untuk main-main. Aku akan pastikan kau dengan aku akan kekal sebagai suami isteri. Lepas nikah aku nak kita saling kenal satu sama lain. Ikut lah cara bagaimana sekalipun."
"Baiklah Tuan Dyan. Ada apa-apa lagi ke? Saya rasa mata saya dah terlalu mengantuk malam ini."
"Setakat ni takde lagi.. btw esok aku takde dua tiga hari. Aku kena flight ke Melbourne ada urusan kerja disana.. aku harap kau tak rosakkan nama aku sepanjang aku tiada di Malaysia."
"Takde lah.. saya ni akan jaga diri saya jadi jangan risau. Awak tu hati-hati jaga diri dekat negara orang. Kalau macam tu saya off panggilan dulu ye. Assalamulaikum."
"Okey.. waalaikumussalam."
Rayha meletakkan telefonnya kembali di sisi kepala katil. Dia membetul kan kedudukan baringnya. Mata sudah kuyu tunggu masa mahu lelap saja. Penat dengan majlis kecil hari ini.
***Rayha membelek jam tangan. Sekejap lagi pukul 11 tengah hari tapi batang hidung tunangnya langsung tidak nampak. Jika bukan kerana Ibu Fika menyuruh mereka fitting baju buat kali terakhir takde maknanya dia mahu keluar pada tengah hari rembang begini.
Sejak sidang media berlangsung 2hari lepas, nama Dyan sudah dibersihkan sepenuhnya dari pihak media. Malah wajahnya dengan Dyan terpapar jelas di media sosial dan juga media akhbar.
Rayha masuk kedalam butik. Tidak tahan menahan haba panas terik. Lebih baik dia selesaikan pakaiannya dengan Auntie Rosie daripada menunggu lelaki itu.
"Assalamualaikum auntie.. sorry buat auntie tertunggu kehadiran kami. Auntie fitting Rayha dulu lah senang. Dyan tak sampai lagi.. mungkin sibuk sikit urusan pejabat."
"Waalaikumussalam.. kalau macam tu Rayha ikut auntie ke belakang lah. Kita bagi Rayha cuba baju songket yang Rayha tempah dulu lah sebelum cuba baju gaun pengantin. Boleh lah sambil menunggu Dyan sampai.." setuju Puan Rosie dengan cadangan Rayha.
Rayha mengikuti langkah Puan Rosie ke belakang. Seperti yang dikatakan wanita itu baju pengantin kain songket yang di tempah sudah elok berada di badan patung lilin. Pembantu Puan Rosie perlahan-lahan mencabutkan baju itu dari patung sebelum diberikan kepadanya untuk di cuba.
Dyan berlari kecil masuk kedalam butik. Dia sudah berjanji dengan Rayha untuk fitting baju pengantin mereka berdua buat kali terakhir sebelum majlis mereka berlangsung seminggu lagi.
Tangan auntie Rosie disalam oleh Dyan sebelum mengikuti wanita itu kebelakang.
"Lambat kamu Dyan.. Rayha dah masuk bilik persalinan tunggu dia keluar je. Sekarang kamu ambil baju songket ni cuba pakai takut ada terkecik di mana-mana bahagian." Arah Puan Rosie sebelum menolak Dyan kedalam bilik persalinan lelaki.
Dyan hanya senyum sekilas sebelum kembali ke wajah asal. Dingin!
Rasa bersalah juga kerana terlambat. Tapi bukan salahnya. Ada sedikit masalah di pejabat yang harus diselesaikan tadi. Baba juga marah kerana ada sedikit kecuaian tadi sehingga ada fail projek yang hilang mujur saja PA nya cepat mengendalikan suasana.
Rayha mengemaskan baju ditubuhnya sebelum ditilik puas hati. Tidak ketat dan tidak longgar cukup muat dan kemas dibadannya. Belum berhias wajah nya sudah naik berseri dengan pakaian pengantin tradisional ini.
"Cantik juga ehh kau ni Rayha.. dah macam puteri siam aku tengok.." puji Rayha diri sendiri. Kalau bukan dirinya siapa lagi mahu memuji? Dyan? Baik suruh beruk je puji dia. Mahu harapkan Dyan.. lelaki itu hanya diam saja.
Dia lekas keluar setelah dipanggil Puan Rosie.
"Awhhh lawanya kamu Rayha. Tak sangka kamu makin berseri. Tak sabar auntie nak tengok kamu pakai masa majlis bersanding nanti. Tunggu kejap.. jangan tukar lagi. Tunggu Dyan keluar, auntie nak suruh Fatin ambilkan gambar kamu dengan Dyan." Ujar Puan Rosie menyekat Rayha dari menyalin baju.
Dyan terus keluar setelah selesai memakai baju nya. Terpegun dia memandang Rayha yang cantik berbusana songket.
Keduanya saling berbalas pandangan. Masing-masing memuji kecantikan dan ketampanan diri sendiri.
Auntie Rosie terus menarik lengan Dyan dan Rayha kearah pelamin yang tersedia di dalam butiknya.
Setelah keduanya duduk, dia memanggil Fatin untuk mengambil beberapa gambar photoshoot mereka berdua. Berbagai posing yang Puan Rosie suruh buat mereka berdua patuh.
Berturutan dengan baju gaun pengantin. Sehingga mereka berdua selesai.
YOU ARE READING
Dia Isteri Tuan Dyan
Short Story~ Rayha Farzana ~ Dyan Raeqal Kemalangan ngeri yang menimpa kedua ibu bapa Rayha menjadi sebuah tragedi yang menyakitkan disaat usianya 17 tahun. Kehilangan Dato' Ruhil dan Datin Haziah menjadi mimpi ngeri untuk Rayha disaat dirinya hanyalah putri...