Rayha mengenggam jemarinya menahan debar yang menggila di dalam hati. Suasana yang sepi menanti akad nikah buatkan Rayha terasa gemuruh. Gosokkan di bahu dari Puan Sofia sedikit sebanyak mengurangkan debaran. Puan Rafikah juga turut memberi sokongan kepadanya."Dyan Raeqal Han bin Tuan Danial Han. Aku nikah kan dikau dengan Syarifah Rayha Farzana binti Syed Ruhil berwali kan warisnya dengan mas kahwin nya 1000ringgit tunai dan senaskhah ayat suci AlQuran." Ujar tok kadi memulakan akad nikah.
"Aku terima nikahnya Syarifah Rayha Farzana binti Syed Ruhil berwalikan warisnya dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai dan senaskhah ayat suci AlQuran." Lancar bibir Dyan mengangkat Rayha sebagai isterinya.
"Sah?" Soal tok kadi kepada saksi sekeliling.
"Sah.. sah!" Jawab saksi dan anggukkan dari pihak pengantin lelaki dan perempuan.
Sah lah Rayha menjadi isteri Dyan dengan erti kata sebenar suri hati lelaki itu sepanjang hayatnya. Menitis air mata nya. Wajah Puan Sofia dan Puan Rafikah tersenyum gembira memandangnya itu dibalas senyuman kecil.
"Ameen.. ameen ya rabbal alamin.." setelah doa habis dibaca diikuti sumpah janji calon suami barulah sesi menyarung cincin di mulai.
Rayha disuruh ke depan dibalik tirai saf perempuan menunggu kehadiran Dyan untuk menyarung cincin di jari manisnya.
Tirai dibuka oleh seseorang untuk memudahkan pengantin lelaki masuk dan juga photographer untuk mengambil gambar momen indah mereka berdua.
Rayha memaniskan mukanya apabila Dyan sudah elok duduk berhadapannya untuk menyarung cincin.
"Assalamualaikum Rayha.. sekarang awak dah sah jadi isteri saya. Sebelum sarung cincin ni saya nak awak tahu walau apa yang terjadi nanti awak tetap ada saya. Semua awak kena bergantung pada saya. Jangan pendam atau sembunyikan dari saya. Kalau saya ada salah tegur jangan diam dan tolong belajar terima saya sebagai suami awak.." ujar Dyan panjang lebar dan hanya mereka berdua saja yang dengar.
"Waalaikumussalam.. saya akan cuba jadi isteri yang baik dan menjaga kehormatan awak sebagai suami. Saya akan cuba terima awak walaupun kita kahwin bukan atas dasar cinta tapi saya akan cuba belajar menjadi isteri yang bertanggungjawab. Insyaallah saya akan terima awak dan jadikan awak sebagai tempat saya bergantung selamanya." Balas Rayha sebelum tersenyum manis membalas senyuman Dyan yang buat pertama kalinya manis dan ikhlas dari lelaki itu.
Dengan bacaan bismillah Dyan menyarungkan cincin dijari manis Rayha. Kemudian seutas gelang emas di pasangkan dipergelangan tangan isterinya itu.
Giliran Rayha pula menyarungkan cincin di jari kasar Dyan. Buat pertama kalinya dia mengenggam tangan lelaki selain tangan arwah papanya.
Selesai menyarung cincin dia mencium tangan Dyan berganti dengan ciuman diubun-ubun oleh lelaki itu.
Sekali lagi mengalir air matanya. Terasa syahdu sekali dirinya tika ini. Rayha mengangkat kepala, dia seolah nampak bayangan arwah mama dan papa yang tersenyum memandangnya diambang pintu sebelum bayang itu hilang tanpa jejak lagi.
Mama dan papa dah gembira tengok kau Rayha. Sekurangnya kau dapat tengok bayang dorang hadir pun sudah cukup untuk hilangkan kerinduan kau pada mereka.
"Dah, berhenti menangis. Kau ada aku.. kau tak boleh titiskan air mata ni lagi. Air mata kau cukup bernilai Rayha." Pujuk Dyan masih kaku.
"Saya nampak mama dengan papa saya datang Dyan. Dorang nampak berseri je tengok saya nikah dengan awak. Walaupun itu cuma bayangan saya tapi saya tetap rasa macam dorang ada bersama saya waktu akad nikah tadi." Jujur Rayha kepada Dyan.
"Dorang selalu ada dengan kau cuma kita mungkin dah jauh dengan mereka. Kau doakan yang baik-baik saja untuk arwah ye."
Rayha anggukkan kepala. Selesai sesi bersalaman dan bergambar mereka semua turut bersurai. Dyan menghantar Rayha kearah kereta berasingan. Dia dan Rayha harus pulang ke rumah masing-masing sebelum majlis bersanding rumah Rayha nanti.
"Kau jangan sedih-sedih.. nanti muka kau lesu masa majlis. Tak baik kau bersedih untuk arwah nanti dorang tak tenang bila anak dorang ni asyik bersedih teringatkan mereka. Kau dah jadi isteri aku, gembira kau, sedih kau dan marah kau hanya untuk aku."
Rayha memeluk Dyan buat pertama kali. Pada mulanya Dyan seakan kejung dengan tindakan Rayha namun dia faham keadaan isterinya. Dia membalas pelukan Rayha agar dapat menenangkan isterinya itu.
"Terima kasih sudi terima saya. Saya bersyukur dapat suami macam awak. Walaupun awalnya awak ni nampak menyakitkan hati tapi saya faham awak hanya tak suka bergaul dengan orang luar."
Selepas meleraikan pelukan barulah wajah Rayha kemerahan menahan malu. Tidak sangka adegan mereka berdua menjadi tayangan kepada Hazeeq dan Dahlia yang sudah tersengih memandangnya dengan Dyan.
"Udah-udah lah dramanya kak Rayha oii.. sambung malam karang pula dengan somii awak tu. Karang kena tinggal nanti baru lah haru biru majlis bersandingnya.." usik Dahlia sengaja. Dia dengan abangnya dari tadi lagi menjadi penonton drama sebabak Rayha dengan Dyan di tempat parking.
"Dah awak masuk.. lepas majlis kita sambung semula perbincangan." Ujar Dyan sebelum menolak isterinya masuk kedalam kereta.
"Hati-hati drive Hazeeq." Sambung Dyan kali ni kepada Hazeeq pula.
"Don't worry Dyan.. aku pasti akan pandu dengan berhemah hingga sampai destinasi." Balas Hazeeq sebelum menekan hon meninggalkan kawasan masjid.
Dyan dengan pakaian nikahnya menuju kearah kereta miliknya sebelum kereta itu dipandu oleh Rafiq yang juga turut memandu kereta Dyan keluar dari kawasan masjid.
Dyan dan Rayha berpisah arah pulang kerumah masing-masing untuk pulang bersiap majlis sanding belah Rayha pula.
Rayha menyandar kepalanya di seat kereta. Buat pertama kalinya dia rasa selamat dalam pelukan Dyan tadi. Lelaki itu pula berubah secara drastik sehinggakan dia tersentuh dengan sifat suaminya itu.
Tidak sangka dia bertindak memeluk lelaki itu. Padahal mereka berdua bukan lah sebulu. Pantang jumpa gaduh. Tapi disaat dia sudah sah menjadi isteri lelaki itu. Terasa satu perasaan halus menyelinapi ruang hati seolah pintu hatinya mula terbuka buat Dyan Raeqal.
"Sweet lah akak dengan Dyan tadi. Bersemut Lia dengan abang tengok akak buat drama depan kami. Mujur lah kami tak rakam detik-detik berputiknya cinta dalam taman bunga Rayha." Usik Dahlia memulakan bualannya.
"Entah lah Rayha rasa macam ada something menjentik hati. Rasa macam selamat dalam pelukan Dyan. Rasa dilindungi. Ini kali pertama bagi akak saat ada orang yang terikat dengan akak selain arwah mama dan papa." Cerita Rayha.
"Itulah keajaiban cinta selepas nikah tu kak. Akak akan rasa macam-macam lepas ni. Lia rasa akak dah jatuh cinta dengan Dyan kut. Tengok akak dah mula selesa dengan dia pun dah buat Lia tahu yang akak sudah menyimpan rasa untuk dia kan?" Serkap Dahlia dengan jawapannya.
"Mungkin juga. Sebab akak dah tanam dalam diri untuk belajar mencintai suami akak. Takkan pula akak mahu menganggap Dyan kawan saja sedang kan pernikahan kami berdua untuk selamanya." Jelas Rayha tentang jawapannya.
Hazeeq hanya diam mendengarkan perbualan antara dua wanita itu. Dia belum kahwin jadi dia tidak tahu apa-apa tapi tak sangka pula adik dia ni pro dalam hal rumahtangga.
"Sebaiknya kak Rayha serahkan pada Allah kerana Dia adalah sebaik-baiknya perancang mahligai cinta akak dengan Dyan." Balas Dahlia menutup cerita.
Mereka sudah sampai dirumah Rayha. Ruang kanopi sudah dipenuhi adik beradik dan saudara mara Dahlia dan Hazeeq. Rayha menyuruh Puan Sofia dan Encik Zahid menjemput saudara mara mereka untuk datang memenuhi majlis bersanding di rumah banglo itu. Tidak sangka mereka semua sangat peramah.
Rayha turun dari kereta dan dibawa oleh Dahlia naik keatas untuk bersiap sebelum pihak lelaki datang pada pukul 2 petang nanti.
YOU ARE READING
Dia Isteri Tuan Dyan
Short Story~ Rayha Farzana ~ Dyan Raeqal Kemalangan ngeri yang menimpa kedua ibu bapa Rayha menjadi sebuah tragedi yang menyakitkan disaat usianya 17 tahun. Kehilangan Dato' Ruhil dan Datin Haziah menjadi mimpi ngeri untuk Rayha disaat dirinya hanyalah putri...