Part 2

75 9 0
                                    


Rayha membetulkan tudung sarung yang menutupi rambutnya dan memandang Uncle Zahid sekilas. Ada hal penting yang ingin disampaikan oleh lelaki itu sebentar lagi.

Setelah lama berdiam diri memikirkan cara untuk memberitahu putri Dato' Ruhil tentang perjanjian arwah dengan rakan baiknya baru lah dia ada kekuatan. Sungguh khabar ini sangat berat untuk di jelaskan kepada gadis itu.

"Kenapa uncle? Rayha tengok uncle macam gelisah saja.. adakah hal penting yang uncle nak cakap ni berkaitan dalam hidup Rayha?" Akhirnya Rayha bersuara apabila pakciknya itu seakan ragu-ragu untuk bercakap. Seolah berita yang ingin disampaikan begitu berat untuk nya.

"Huh?"

Zahid melepaskan keluhan nya dengan kasar. Dia takut dengan penerimaan gadis itu.

"Uncle harap Rayha tak marah dengan amanat kedua yang ingin disampaikan ni. Arwah ada buat perjanjian dengan kawan baik dia sebelum arwah meninggal. Arwah mahu Rayha bernikah dengan Dyan Raeqal anak kedua Tuan Danial Han." Ujar Zahid panjang lebar.

Dia memandang wajah Rayha yang diam membisu. Pasti gadis itu tidak menyangka yang papanya masih meninggalkan amanat yang sangat berat untuk diterima.

"Tapi sebelum tu uncle nak tanya Rayha dulu sebelum Rayha beri jawapan untuk amanat arwah."

"Apadia uncle? Boleh.. uncle tanya je, Rayha akan jawab soalan uncle." Balas Rayha.. soalan dari uncle Zahid tadi masih dihadam dengan baik. Siapakah Dyan?

"Sepanjang kamu dekat Istanbul, kamu ada bercinta dengan sesiapa ke? Uncle tak nak lah keruhkan hubungan kamu dengan dia disebabkan amanat ni.."

Rayha tersenyum dengan soalan Uncle Zahid.. sepanjang dia di bumi Turki itu tidak pernah terdetik dalam hatinya untuk bercinta. Bukan tak laku tapi dia menolak dengan baik.. Lagipun dia disana untuk belajar dan menenangkan fikiran.

"Takde lah uncle. Rayha tak pernah bercinta sepanjang disana. Rayha sibuk belajar mana ada masa nak bercinta lagipun Rayha tak berminat semua tu." Jujur Rayha menjawab persoalan Encik Zahid.

"Kalau macam tu apa jawapan untuk soalan pertama uncle tadi? Rayha setuju ke nak bertunang dengan Dyan? Kalau setuju uncle akan bagitau Tuan Danial untuk uruskan pertemuan Rayha dengan Dyan nanti."

Rayha diam.. menimbang baik dan buruk untuk dia jika dirinya bersama Dyan. Dia masih belum mengenali lelaki itu. Lebih baik dia bertemu lelaki itu dahulu dan mencari beberapa maklumat tentang lelaki itu.

"Baik lah uncle Rayha setuju untuk jumpa Dyan dulu.. untuk jawapan lain Rayha belum bersedia lagi. Bagi Rayha masa untuk kenal dengan Dyan dulu. Kalau Dyan sesuai dengan kemahuan Rayha baru lah Rayha beri jawapannya nanti." Ringkas jawapan Rayha berikan kepada Uncle Zahid.

"Kalau itu lah kehendak Rayha nanti uncle cakap dengan Tuan Danial. Uncle harap pertemuan kamu berdua tidak hampakan amanat arwah papa kamu dan perjanjian arwah dengan Tuan Danial."

    Rayha mengangguk faham. Telefon ditangan dibelek takut ada mesej dari sesiapa tapi tiada langsung. Dia mengeluh bosan.

    Dia memandang uncle Zahid dengan wajah kesian. Meminta agar lelaki itu memberi keizinan untuk dia keluar ke Pavillion Mall sekejap untuk menghilangkan rasa bosan. Sudah lama dia tidak keluar ke pusat bandar sejak beberapa tahun lepas.

     "Kamu nak keluar ke Rayha?" Soal Uncle Zahid setelah perasan akan wajah anak gadis itu yang meminta simpati untuk keluar.

    "Boleh ke uncle? Rayha dah bosan stay kat rumah.  Kereta honda kat luar tu Rayha punya kan uncle? Tapi kejap.. kereta myvi biru lama Rayha punya mana?"

    Tergelak kecil uncle Zahid dengan soalan peluru pandu yang di dilepaskan oleh Rayha kepada nya.

    "Iye kereta honda city tu milik kamu uncle belikan untuk kepentingan Rayha. Sebenarnya uncle tak berniat nak gunakan duit wasiat tu cuma kereta myvi Rayha dah mula sakit sejak beberapa bulan yang lepas jadi uncle tolong jualkan dekat pomen kereta dan gantikan dengan kereta baru. Lagipun dalam wasiat pun papa Rayha nak uncle penuhi keperluan dan kepentingan Rayha termasuk lah keselamatan Rayha sekali."

    Rayha hanya senyum. Tak mengapalah kalau kereta myvi kesayangan nya dijual pun asalkan keselamatannya terjamin. Bersyukur mempunyai seorang yang baik macam Uncle Zahid.

    "Takpelah Rayha faham maksud uncle. Rayha tak marah pun cuma pelik sebab balik hari tu cari cik Myvi dalam garaj takde pastu tengok ada kereta Honda City warna putih ingatkan siapa punya rupanya Rayha punya. Terima kasih uncle sebab prihatin jaga barang bernilai dan keperluan Rayha."

    "Ni uncle datang tadi auntie Pia tahu ke? Nanti tercari-cari uncle pula. Seminggu balik ni dah lama Rayha tak melawat auntie kat rumah uncle. Kalau free Rayha nak pergi rumah uncle boleh tak?" Sambung Rayha meminta izin kali kedua.

    "Apa salah nya Rayha nak datang.. kami semua dah buka seluasnya pintu untuk jemput Rayha datang. Uncle pun lupa nak bagitahu Rayha yang auntie dan semua rindu nak jumpa Rayha. Hazeeq dengan Dahlia pun asyik tanya bila Rayha nak datang rumah kami." Balas Encik Zahid memberitahu tentang pertanyaan dari kedua anak nya itu.

    "Kalau tiada halangan lusa (hari kedua esok) Rayha pergi. Uncle sibuk ke masa lunch nanti? Boleh la Rayha pergi pagi nak masak makan tengah hari makan sama-sama."

    "Baguslah kalau macam tu. Tadi Rayha cakap nak keluar? Pergi lah bersiap. Kunci kereta uncle letak dalam laci simpanan. Rayha tahu ke selok belok jalan Kuala Lumpur ni? Kalau sesat risau pula uncle.."

    "Ehh Rayha tahu.. lagipun waze kan ada buat apa nak takut. Kalau Rayha sesat ke apa nanti Rayha call uncle." Sengih Rayha dengan jawapannya.

   "Iya lah.. nak keluar nanti hati-hati. Uncle dah nak balik pejabat ni nanti macam-macam lah bunyi kalau uncle masih kat luar. Tiba masanya syarikat papa kamu ni akan diserahkan secara mutlak kepada kamu untuk diuruskan. Uncle harap Rayha dah lebih bersedia untuk pikul tanggungjawab sebagi CEO syarikat Ruhil' S Holding.."

     "Insyaallah Rayha cuba yang terbaik.. Rayha takkan musnahkan syarikat papa walau sedikit pun." Balas Rayha yakin. Susah payah dia belajar business
management mana mungkin dia akan rosak kan begitu saja reputasi syarikat milik papanya.

    Sepanjang uncle Zahid uruskan syarikat, tiada lagi sebarang masalah yang terjadi malah syarikat papa juga mula meluas ke luar negeri. Setakat ni syarikat milik papa tidak terikat dengan rasuah ataupun penyelewengan duit syarikat.

    "Uncle minta diri dulu ye Rayha.. apa-apa yang Rayha perlukan just called me.." pamit Encik Zahid sebelum meninggalkan ruang tamu itu yang hanya ada Rayha seorang duduk di sofa. Cik Romlah sibuk didapur seperti biasa rutinnya memasak untuk Rayha dan mengemas rumah.

    Setelah pintu rumah ditutup oleh uncle Zahid baru lah Rayha bangun dari duduknya dan naik keatas. Dia ingin bersiap untuk keluar. Kemeja putih dan skirt kembang warna navy blue dicapai keluar dan diletakkan atas katil.

    Rayha masuk kedalam bilik air untuk bersihkan diri dahulu dan berwudhuk untuk solat zohor kemudian.

   ***

   Cik Romlah menyimpan makanan kedalam peti sejuk mudah untuk Rayha panaskan jika dirinya mahu makan. Rayha pula ingin keluar itupun gadis itu baru berniat last minute kalau tak dia tidak perlu memasak makanan tengah hari. Tapi Rayha menyuruhnya simpan lauk pauk kedalam peti. Dia mahu makan bila pulang dari shopping mall nanti.

     Rayha turun setelah bersiap cantik-cantik untuk keluar. Banyak aktiviti yang mahu dia lakukan pada hari ni. Lekas dia mencium tangan cik Romlah sebelum meminta diri untuk keluar.

    Kereta Honda city yang terparkir didalam garaj di hampiri sebelum kunci diunlock. Jakun sekejap melihat kereta keluaran terbaru ini. Tampak mewah untuk dirinya. Dia masuk dan memanaskan enjin sebelum beredar dari rumah banglo milik keluarganya.

Dia Isteri Tuan DyanWhere stories live. Discover now