Rayha merenung baju akad nikahnya yang tersangkut di almari. Sekejap saja masa berlalu, esok pagi majlis akad nikah akan berlangsung di masjid. Mujur dia sudah lepas waktu period senang lah jika majlis akad nikah dibuat di Masjid.Jari jemarinya juga sudah merah di inaikan oleh Dahlia tadi. Biliknya juga sudah cantik berhias warna biru putih sama dengan warna baju sanding dia dengan Dyan biru muda.
Tidak sangka masa pantas berlalu. Jantung nya berdegup kencang tidak seperti biasa. Takut dan resah bercampur debaran yang menggila. Esok dia akan bertukar status kepada isteri Tuan Dyan. Esok dia akan menggalas tanggungjawab yang besar sebagai isteri lelaki itu.
Andaikan mama dengan papa ada pasti mereka berdua paling gembira melihat satu-satunya anak tunggal mereka bakal berkahwin. Hatinya terasa sebu dan dihurung rasa rindu yang menggunung buat kedua insan tercinta.
"Mama.. papa.. Rayha rindu sangat dengan korang. Kalau lah korang masih ada lagi.. pasti Rayha gembira sangat. Rayha nak peluk mama papa. Rayha nak cium tangan papa dengan mama sangat lepas majlis akad nikah. Kalau boleh lepas majlis tu Rayha nak cakap mama dan papa adalah insan yang paling Rayha cintai. Tapi Rayha sedar satu perkara! Insan yang Rayha sangat cinta sekarang sangat mustahil untuk kembali dan takkan ada pada majlis Rayha nanti.."
Menitis jua air mata nya yang sudah memenuhi kelopak mata. Dia terlalu rindu kan arwah kedua ibubapanya. Mana mungkin dia sekuat luarannya, dia akan nikah besok tapi kedua insan itu tiada untuk menemaninya. Dia tiada wali hanya Encik Zahid satu-satunya insan yang sangat dipercayai nya untuk jadi wali pernikahannya esok. Dia hanya sendiri dan dia satu-satunya harta mama dan papa didunia.
Rayha turun dari katil. Dia mahu mencuci muka sebelum berehat. Mungkin tengah malam nanti dia akan bangun untuk solat sunat hajat dengan tahajjud.
Rayha baringkan badannya merenung siling. Kejap saja masa, pejam celik sudah 7tahun mama dengan papanya pergi. Dulu setiap malam jika ingin tidur mama orang pertama akan datang kebiliknya. Wanita itu akan bertanya perihal sekolah ataupun keperluan dirinya. Selepas itu papa pula datang mengucapkan selamat malam.
Kini pintu bilik itu dipandang sepi. Tiada lagi mama tiada lagi papa. Ada kala dia menangis teringat akan keduanya. Adakala dia termenung di meja makan sendirian teringat kan kenangan indah itu. Mana mungkin dia mampu lupakan semua yang indah.
Rayha melelapkan matanya agar dia tidur awal. Rasa sedih dan rindu masih membeku di hati. Berharap sangat esok dia lebih kuat dan bersedia untuk menjadi isteri Dyan.
***
Dyan masih duduk diluar ditemani Rafique adiknya. Saja mahu berbual dengan adiknya sebelum bermula kehidupan barunya esok.
"Bang.. kau okey ke? Macam mana hubungan kau dengan kak Rayha sebelum ni. Baik ke. Ada tak kak Rayha cakap apa-apa dengan rancangan kau yang terlalu mendadak ni?" Soal Rafique memandang Dyan yang diam melihat suasana malam.
"Okey je. Rayha tak kata apa-apa pun. Mulanya dia nak bantah tapi aku cakap lebih baik cepatkan. Tiada apa yang perlu ditunggu lama-lama. Hubungan aku dengan dia macam tu lah. Kau ingat kami ada masa nak bercinta ke.." balas Dyan. Sempat di bidas soalan Rafique itu.
"Haihh aku tak sangka esok dah majlis kau tu bang. Tak nak tidur lagi ke? Esok majlis nanti terlajak kau sambung tidur tak ke haru kena senapang dengan kak Rayha tu."
"Kau susah apa kalau aku nak kahwin. Lagipun aku bukan macam kau pantang tidur lambat sambung tidur semula. Berani ke si Rayha nak senapang aku. Belum sempat dia nak senapang aku dah peluk dia dulu. Dah kahwin apa je aku tak boleh buat kat dia."
"Huh kau ni kan bang. Kalau hal lepas kahwin laju ke ehh. Benci betul aku sembang dengan kau." Bebel Rafique.
"Sape suruh kau menyibuk. Cuba kau tanya aku hal pejabat ke takde lah aku nak mengarut. Kau tu tak lama lagi dah nak habis study cuba lah sikit ambil tahu hal syarikat Baba tu. Aku tak lama lagi nak kena handle company bakal isteri aku. Lagipun aku nak uruskan Syarikat aku maybe next month aku akan letak jawatan kat company Baba dan ambil alih jawatan as Ceo at Dyan' S Holdiny. Cukup 5tahun syarikat aku berdiri atas titik peluh sendiri."
"Aku baru nak enjoy dulu sebelum uruskan company Baba." Keluh Rafique tidak mahu menggalas tanggungjawab nya lagi.
"Kepala otak kau enjoy.. Syarikat tu Baba bagi khas untuk kau. Lagi satu aku ni dah ada syarikat sendiri dan syarikat Rayha tu sedikit sebanyak aku kena handle juga." Marah Dyan.
"Dah lah sembang dengan kau banyak cekadak je Rafiq. Kau jangan banyak songeh. Kalau Baba nak dia akan paksa jugak kau tu. Aku dah bincang dengan baba lepas je aku kahwin aku nak uruskan company Rayha sekejap nak tolong apa yang patut. Aku tak nak dia tertekan uruskan syarikat arwah papa dia tu."
"Untung kak Rayha ada suami yang bagus macam kau nanti. Kau dah tangkap cintan dengan kak Rayha ke bang?" Puji Rafiq sempat dia menguji abangnya dengan soalan tak masuk akalnya itu.
"Kalau dah tangkap cintan itu bukan hal kau dik. Kau tak payah menyibuk. Pergi masuk tidur sana. Rimas aku kau asyik tanya soalan menyibuk mengalahkan makcik bawang. Ibu pun tak macam kau gosipnya." Jeling Dyan dengan sikap Rafique yang seperti perempuan. Terlalu menyibuk hal dalam kain nya.
"Iye lah huh tanya je pun bukan suruh mengaku yang dia sukakan kak Rayha pun. Kalau dah cinta cakap jelah. Dasar abang acah sombong dingin itu sebab kak Rayha malas layan tu.." sindir Rafiq kepada Dyan.
"Kau nak mampus ke Dyanz Rafique. Baik kau tutup mulut kau tu sebelum aku kacip dengan stapler. Dasar adik mulut macam tempayan."
"Suka hati aku lah Dyan Raeqal.. aku nak cakap kat Rayha yang kau sukakan dia biar dia ejek kau nanti. Ahahahahaha.." usik Rafique sebelum pecut melarikan diri masuk kedalam rumah apabila Dyan sudah berura ingin bangun dari kerusi.
Berapi Dyan dengan sikap Dyanz Rafique itu. Ada saja budak tu mahu membahan dia dengan Rayha. Esok pasti lelaki itu akan mengotakan janjinya untuk beritahu kepada Rayha.
Esok sebelum akad nikah pandai lah tutupkan mulut si Rafiq tu. Panjang saja akal budak tu mahu bergaduh dengannya.
Sudah lah dia dengan Rayha tu tak rapat. Ada saja mulut perempuan tu mahu ajaknya bergaduh. Dia dengan sikap malas melayan makin buatkan Rayha berapi bahkan Rayha memang panjang akal menariknya untuk bergaduh mulut.
Dia bangun dan masuk kedalam rumah. Pintu balkoni di kunci sebelum meninggalkan ruang tamu. Jam sudah menginjak 12 tengah malam. Baba dengan Ibu sudah awal masuk tidur. Manakala kak Dyana sedang berpantang. Sudah 2minggu kakaknya melahirkan. Bayi lelaki kakaknya bernama Tengku Fariq Nazran secomel tuan badan.
Dia masuk kedalam bilik tidurnya. Setelah keluar dari bilik air cuci kaki dan dan melepas hajat kecil dia ke katil dan membaringkan badannya. Malam ini dia hanya mengenakan singlet dan boxer saja untuk tidur. Panas untuk berpajama. Hanya musim hujan saja dia rapi berpakaian.
Soalan Rafiq bermain di fikiran. Sukakah dia dengan Rayha atau sekadar mahu menikahi gadis itu untuk memenuhi kemahuan baba disebabkan ingin menutup mulut para wartawan.
Tapi bila mengingatkan mata hazel Rayha. Dia tahu hatinya mula menyimpan rasa kepada Rayha cuma dirinya yang ego mahu menolak rasa hati.
Mata dipejam.. biarlah masa menentukan rasa hatinya. Dia berharap semoga majlis mereka berjalan lancar esok.
YOU ARE READING
Dia Isteri Tuan Dyan
Short Story~ Rayha Farzana ~ Dyan Raeqal Kemalangan ngeri yang menimpa kedua ibu bapa Rayha menjadi sebuah tragedi yang menyakitkan disaat usianya 17 tahun. Kehilangan Dato' Ruhil dan Datin Haziah menjadi mimpi ngeri untuk Rayha disaat dirinya hanyalah putri...