Part 10

75 12 1
                                        


Majlis menyambut menantu dan majlis Aqiqah Tengku Fariq disambut meriah oleh keluarga Tuan Danial dan Puan Rafikah. Majlis diadakan di dewan tertutup sebuah Hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Rayha menguap menahan kantuk yang sudah bermaharajalela dalam diri. Mungkin tubuh dia sudah tidak mampu bertahan lagi. Jam sudah berganjak ke 6 petang.

Teringat majlis tengah hari tadi. Dia dibawa Dyan masuk ke dalam dewan yang dipenuhi 200 orang tetamu termasuk lah saudara mara yanh hadir. Bermacam-macam aktiviti yang berlangsung sepanjang majlis berjalan. Ada juga surprise dari Dyan yang sudi buat persembahan tunjuk bakat terpendam. Tak sangka lelaki itu ada suara yang berbakat. Terharu Rayha dengan sikap romantis Dyan pada hari ini.

"Throwback"

Entah bagaimana terdetik di hati suaminya itu untuk menyanyi lagu Ost drama melayu yang sedang hangat dalam televisyen. Mungkin kerja saudara mara suaminya kut. Mana tak nya lagu si Usop tu juga lah yang suaminya nyanyi. Mungkin ramai peminat Janna Nick dan Andi Bernandee.. Rayha baru teringat yang Dahlia suka drama Melastik Ke Hati Mu.. siap ada season 2 lagi. Lagu Pencinta Setia rasanya.

Tergelak halus Rayha bila Dyan mula nyanyi lagu usop dengan gayanya sekali. Tapi lagu tu best Rayha suka dan semua tetamu terhibur..

Pencinta Setia

Tanyalah siapa di sini paling tampan
Pasti jawabnya jejaka depan mata
Engkau yang bertuah jika memiliki (jika memiliki)
Sepenuhnya jiwa akan kuserahkan demi cinta
Aku jejaka yang mampu menghapuskan lukamu (menghapus lukamu)
Dengan senyuman istimewa di wajahku (di wajahku)
Tiada jejaka yang harus memiliki cintamu (memiliki cintamu)
Selain aku si pencinta setiamu ha-ha
Tanyalah siapa (tanyalah siapa)
Di sini paling tampan
Pasti jawabnya (pasti jawabnya)
Jejaka depan mata
Engkau yang bertuah jika memiliki (jika memiliki)
Sepenuhnya jiwa akan kuserahkan demi cinta
Aku jejaka yang mampu menghapuskan lukamu (menghapus lukamu)
Dengan senyuman istimewa di wajahku (di wajahku)
Tiada jejaka yang harus memiliki cintamu (memiliki cintamu)
Selain aku si pencinta setiamu
Oh-oh-oh (jejaka setia)
Kita tak mampu tuk hidup tanpa cinta (kita tak mampu untuk hidup tanpa cinta tanpa cinta)
Tulis bersama cerita kita (cerita kita)
Aku jejaka yang mampu menghapuskan lukamu
Dengan senyuman istimewa di wajahku
Tiada jejaka yang harus memiliki cintamu
Selain aku si pencinta setiamu
Selain aku si pencinta setiamu ah..

Dyan mendapat sambutan hangat dari peminat lagu Usop.. bersorak mereka semua sehinggakan wajah suaminya itu kemerahan.

Tidak lupa juga kehadiran wanita yang tersangat asing bagi dirinya. Namun tidak pada suaminya yang mula memasang wajah tegang apabila wanita itu naik kepentas. Dia juga panas bila suaminya diperli begitu. Mungkin wanita itu lah yang membuat onar kepada suaminya.

Rayha tidak tahu atas sebab apa wanita itu menuduh suaminya songsang. Mungkin perempuan itu ada perasaan kepada suaminya namun ditolak secara mentah oleh Dyan sehinggakan perempuan itu berdendam dengan suaminya. Sehingga sanggup memburukkan imej Dyan semata-mata.

Rayha hanya diam.. dia malas masuk campur takut perempuan itu buat hal dalam majlis mereka.

Selepas tetamu makin berkurang, Rayha berkesempatan untuk pegang anak kak Dyana yang baru lahir 2minggu yang lalu.. Tengku Fariq Nazran di pegang penuh lemah lembut. Bayi yang baik, langsung tak merengek dalam majlis. Siap lena lagi dalam pangkuan Rayha lagi. Rayha pula sudah ambil port dibawah sendirian bersama Tengku Fariq membiarkan Kak Dyana berehat sebentar untuk makan memandangkan wanita itu juga kepenatan setelah majlis beransur ke petang. Baba dan Ibu memilih untuk buat majlis sekaligus untuk menjimatkan kos dan tetamu yang hadir. Majlis cukur jambul di buat pagi sebelum majlis sambut menantu waktu tengah hari tadi.

     Rayha mencium pipi sikecil penuh geram, digomol-gomol sehingga Fariq tergeliat dan membuka mata. Tidak menangis tapi mata sikecil tunak memandangnya.

    Rayha ralit sehingga tidak sedar Dyan yang sudah duduk berhadapan dirinya.

     "Auntie geram dengan Fariq tau.. ni bibir merah ni geram nak gomol-gomol.. kecik-kecik dah comel nanti dah besar mesti ramai peminat Fariq ni.." ujar Rayha.. bibirnya tak lokek tersenyum memandang Fariq.

   "Amboi sayang.. abang depan mata ni tak nak pula sayang cium.." tegur Dyan.

     Terkejut Rayha apabila jelas suara Dyan menegurnya di hadapan. Rayha mengangkat kepala ternyata suaminya sudah tercegat dihadapannya.

    "Ehh awak.. bila awak duduk? Tak perasan pun."

     "Sampai hati sayang tak nampak abang.. dah 10minit abang duk tercegat depan sayang. Tahu lah Fariq lebih menarik dari abang." Rajuk Dyan dengan wajah kelam..

     "Alah awak ni dengan Fariq pun nak merajuk. Bagi la chance untuk saya main dengan Fariq.. Tengok ni anak buah awak comel je.. pipi dia tembam cepat sangat berisi baru usia dua minggu tapi dah tembam macam pau geram je auntie dia nak gigit-gigit.." balas Rayha.. kali ni dia mengagah sikecil sehinggakan sikecil mula bersuara.

    "Sayang... abang sayang tak nak gigit pula. Ni abang lagi comel dari Fariq tau.." panggil Dyan menarik lengan isterinya yang sedang ralit bermain dengan Fariq. Langsung tidak melihat wajahnya.

   "Abang jangan macam-macam ehh.. nanti saya report dekat ibu kan.." ugut Rayha. Suami dia dibiarkan. Dia masih mahu bermain dengan Fariq.

    "Sayangg.." meleret suara Dyan memanggil isterinya tapi sikitpun Rayha tidak melayan. Entah kenapa dia mahukan perhatian isterinya. Cemburu melihat Rayha lebih pentingkan Fariq berbanding dirinya.

    Dia menarik kerusi duduk disebelah Rayha. Pipi isterinya dicium sekilas sehinggakan Rayha yang ralit mencium dan menggomol Fariq tergamam.

     Rafiq menepuk dahi melihat perangai abangnya yang tak semenggah. Dyana sudah tergelak melihat tingkah adiknya yang mula cemburu dengan anaknya.

    "Apa awak ni eiii berani cium-cium orang tempat terbuka.." bebel Rayha. Laju tangannya menepuk bahu Dyan.

    "Sape suruh sayang taknak layan abang. Betul tak Fariq.. sampai hati Makngah taknak layan Pakngah. Dah la Makngah sibuk lebih kan Fariq dari Pakngah." Rungut Dyan membebel kepada Rayha dengan berbicara dengan si kecil.

     "Pakngah yang gatal kan Fariq.. sikit-sikit nak makngah.. nak main dengan Fariq pun tak boleh."

     "Fariq kena backup pakngah ye. Makngah girl tak boleh jadi team Fariq besar nanti." Usik Dyan.

    Dia bermain dengan jari jemari Fariq sambil mencium si kecil menggantikan Rayha pula. Dicuit pipi sikecil sehinggakan merah pipi itu.

     Rayha menguis suaminya. Dia mahu bermain dengan Fariq seorang je. Sibuk la Dyan ni. Ada saja lah modal suaminya itu untuk mengusik. Dengan anak buah pun mahu cemburu. Geram Rayha mahu mencubit pinggang suaminya itu.

      Mereka berdua saling menolak ingin berebut untuk bermain dengan Fariq. Ada saja lah akal panjang Dyan ingin mengajak Rayha berperang.

     Selesai majlis pada hari itu. Mereka semua pulang ke rumah banglo Tuan Danial. Semua turut kepenatan seharian didalam majlis. Rayha dengan Dyan juga sudah naik kebilik untuk bersihkan diri dan solat Isyak. Mereka terlalu penat sehinggakan keduanya tertidur setelah baring atas katil.

Dia Isteri Tuan DyanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang