Rayha membuka mesej whatsapp dari teman-temannya. Ada yang baru mengucapkan tahniah atas perkahwinannya bersama Dyan. Sejujurnya Rayha tidak lah mempunyai teman yang ramai hanya mereka semua kawan-kawan dari zaman sekolah yang memberi komen di Instagram miliknya. Mesej dalam whatsapp pula ialah teman rapatnya di Istanbul.
Suaminya itu kalau bom meletup disebelah telinga pun tidak sedar. Letih sangat suaminya dalam majlis kelmarin. Pukul 12 nanti mereka semua akan check out dari bilik.
Tergelak Rayha baca komen dari teman sekolah nya itu. Mereka semua memang jenis humble and sporting tapi sejak Rayha pindah ke Istanbul dia kurang aktif di media sosial sehinggakan ramai antara mereka fikir Rayha sudah menukar akaun Instagram nya.
Delicia: Wei lawanya kau Ray.. sampai hati kahwin tak jemput aku.. sepadan gila dengan encik somi kau.
Badrul_Shah02: Sepadan gile.. tak sangka prettygirl sekolah kita dah kahwin.. Congratss!!
KillaAzman: Congratss babe..
Nazz__: congratss prettygirl school!!TengkuAeril_: crushh aku dah kahwin.. Rayy sampai hati kau patahkan hati akuu...
Les_Tieyyy: cantik gila Ray.. jemput lah kitorang makan-makan jumpa laki kau.. congratss Ray..
SyedAiqal19: Crushh aku... huwaaa makin lawa.. congratss dah kahwin..
Bermacam-macam komen dari mereka. Maklum lah mereka semua sempoi gila disekolah. Rayha bukan ingin bangga diri tapi sejujurnya dia sangat disukai ramai teman disekolah. Tak sangka mereka masih sempat berjenaka dalam ni. Fikirnyanmereka semua sudah melupakan dirinya sejak lama dia mendiamkan diri. Kali terakhir dia post gambar ialah semasa dirinya dapat dekan buat kali pertama.
Tawanya yang masih bersisa menganggu lena Dyan. Suaminya tiba-tiba merangkul pinggang Rayha sehingga dirinya tertarik kedalam pelukan lelaki itu.
"Awakk.. jangan lah peluk-peluk. Saya nak balas komen kawan-kawan saya ni." Bebel Rayha. Mata Dyan masih terpejam masih dalam kantuknya.
"Sayang yang gelak. Macam mana abang nak tidur dengan tenang? Apa yang sayang seronok gelakkan tu abang nak tengok juga?" Ujar Dyan. Mata dicelik melihat isterinya yang sibuk bermain telefon.
"Ni kawan-kawan saya zaman sekolah merajuk sebab saya tak jemput dorang datang majlis kahwin kita. Majlis belah saya tempoh hari tu pun saya panggil kawan yang ada kenalan dalam whatsapp je." Balas Rayha menjelaskan tentang komen dari teman sekolah.
"Ramai ke kawan-kawan sayang? Lelaki ada jugak?" Soalan Dyan tujukan kepada Rayha buatkan Rayha tergelak kecil. Kedengaran nada cemburu disitu.
"Ramai lah awak.. satu kelas macam tu. Campur budak-budak kelas lain. Ada juga yang crush dekat saya tapi takde lah sampai tahap obsesi." Jelas Rayha.
"Habistu sayang nak buat apa? Nak jemput mereka datang rumah ke?" Soal Dyan kembali.
"Saya fikir macam tu juga. Saya nak jemput dorang datang rumah bolehkan? Buat jamuan kecil-kecilan minggu depan.." cadang Rayha.
"Terserah lah sayang. Tapi kita panggil katering je lah. Abang taknak sayang penat lagipun kita baru selesai majlis..""Awak tak lapar? Kita turun jom, perut saya lapar lah. Perut saya tengah berkeroncong ni." Ajak Rayha. Kaki sudah mahu menginjak lantai.
"Panggil hotel servis je lah sayang. Abang mengantuk lagi. Jom sambung tidur balik.."
"Awak jangan mengada. Saya lapar ni. Kalau ikutkan mengantuk awak tak merasa lah saya nak makan sedap di kantin hotel." Bebel Rayha..
Ditolak lengan Dyan yang mula merangkul pinggangnya. Tak boleh dilayan perangai gatal Dyan yang semakin hari semakin naik daun. Mengalah kan ulat bulu gaya si suaminya ini. Hairan pula Rayha dengan suaminya maklum lah masa pertama kali berjumpa dengan Dyan ni perangai lelaki itu sombong nak mampus.
YOU ARE READING
Dia Isteri Tuan Dyan
Short Story~ Rayha Farzana ~ Dyan Raeqal Kemalangan ngeri yang menimpa kedua ibu bapa Rayha menjadi sebuah tragedi yang menyakitkan disaat usianya 17 tahun. Kehilangan Dato' Ruhil dan Datin Haziah menjadi mimpi ngeri untuk Rayha disaat dirinya hanyalah putri...