Mata Heterochromia itu membulat melihat bahagian atas istana ini. Sangat luas. Matanya melihat dekorasi yang dibuat oleh engineer istana ini. Sangat kemas dan dalam masa yang sama membuatkan dia kagum.
Tetapi segala riak wajahnya yang kagum tadi terlindung wajah angkuh untuk menjaga imej diri.
Sampai saja di hadapan pintu yang sangat tinggi di situ, dengan dua orang pengawal kiri dan kanan pintu itu, lengan sasa itu ditarik membuatkan dia menoleh ke belakang.
Bibir yang tercalit gincu merah menyala itu merapat ke arah telinga kanan Putera Raja dan berbisik sesuatu. Putera Raja mengangguk dan memberi isyarat kepada dua pengawal itu.
Pengawal hanya patuh.
Di dalam hati Belle bersorak kegembiraan. Semakin mudah kerjanya kali ini. Dalam kepalanya tidak habis mengutuk kebodohan sang putera raja.
Pintu besar di hadapannya ditolak sehingga terbuka luas. Selamba saja gadis itu melepasi tuan putera. Pintu ditutup perlahan, lalu dikunci. Bilik yang bagai disalut warna keemasan dipandang takjub. Lantai dilebarkan permaidani merah di seluruh pelosok bilik itu ditilik.
Sangat rapi. Letaklah seberapa banyak perabut pun di dalamnya, sudah sebesar gudang rasanya. Terasa tubuhnya dipeluk dari belakang. Dia hanya membiarkan tangan kekar itu melingkar di perutnya.
“Now... what is your name, Red Lady?”
“I’m just your nightmare.” Masih cuba untuk berdalih.
Terdengar tuan putera itu tergelak sinis di tepi telinganya. Entah kenapa sejak melihat gadis itu, dia menjadi teruja untuk tahu. Tapi dia tabahkan juga hati untuk bertenang. Tidak lama lagi pasti gadis ini memberitahu identitinya. Atau dia sendiri yang mengetahuinya.
Sepasang mata Heterochromia menjeling ke arah jam. Ada berbaki sepuluh minit untuk melangsaikan kerjanya. Tangan yang melilit di pinggang lantas dibelai lembut supaya sang putera raja itu terbuai.
Tubuh langsingnya dipusingkan menghadap bakal pemilik takhta Diraja. The golden masquerade yang tersarung pada wajah Putera itu dibuka ikatannya. Kini jelas wajah kacak sang putera di hadapan wajahnya.
Mata biru itu kini memanah ke arahnya tajam.
Tangan Sang putera semerta menarik pinggang Belle merapat ke tubuhnya apabila gadis itu masih dengan dunianya. Mata birunya membuatkan Belle terasa seperti berada di lautan biru dan juga beratapkan langit biru.
Baru saja tangan kekar itu ingin membuka ikatan the golden Masquerade pada wajah Belle, laju tangan kekar ditepis oleh Belle. Tapi cepat-cepat dia ambil hati semula. Takut putera itu salah anggap.
Dia menolak tubuh kekar milik tuan putera rapat ke sofa megah di tengah ruangan itu dengan lembut. Perlahan tubuh itu rebah ke sofa sambil mata tidak lepas memandang antara satu sama lain.
Tersenyum sinis Belle apabila kerjanya hampir siap. Masih berbaki tiga minit. Punggungnya dihenyak di ruangan kosong sebelah putera raja.
Tangannya membuka satu per satu butang pada kemeja. Tuan putera hanya membiarkan. Baju diselak.
Semerta senyuman manis Belle tadi kian mengendur apabila corak di dada lelaki itu menyentak memori. Terus di kepalanya terimbas semula zaman gelapnya membuatkan dia takut. Baju lelaki itu dilepaskan perlahan.
“Kenapa tak teruskan?”
Melihat senyuman sinis di bibir sang putera itu membuatkan dia terasa sakit. Mata biru itu yang hampir menenggelamkannya tadi, kini penuh sarkastik.
Apa semua ni?
Dia takut dengan masa lampau. Sejujurnya, melihat Tuan Putera ini, membuatkan dia teringat seseorang yang dia pernah cinta dan cuba untuk melupakan. Tapi...
“Belle...”
Usai saja namanya disebut, terus dia bangun dan mengambil kasut tingginya yang sempat dia tanggalkan tadi. Dia harus segera keluar dari sini.
“Belle, wait!” Belle sedikit tersentak. Memori itu kembali lagi. Dia menggeleng sambil berlari.
Tidak mengendahkannya. Belle berlari ke arah pintu dan membukanya. Belum sempat membuka lebih luas, pintu itu ditolak oleh satu tangan kekar dari belakangnya. Belle tahu, kini dia terkepung antara pintu dan tubuh lelaki itu.
Hanya nafas deras mereka saja kedengaran.
“Aku tertanya dari mana kau dapat the golden masquerade?”
Persoalan itu memecahkan kesunyian antara mereka tadi. Dalam hati Belle juga tertanya-tanya bagaimana dia boleh memakai the golden Masquerade ini sedangkan dia bukanlah dari keturunan Diraja. Lengan gadis itu direntap mendekati tubuh lelaki itu.
Terasa tangan kekarnya perlahan membuka ikatan the golden masquerade. Topeng itu jatuh dan sempat disambut. Dagu gadis itu diraih untuk menghadap wajahnya. Belle menutup mata. Pertama kali rancangannya gagal!
“I miss your heterochromia eyes.”
Belle hanya membisu. Entah kenapa mulutnya terasa berat kali ini.
“Remember who your first kisser?”
Belle menelan liur kali ini. Dia tidak salah kali ini.
Dia... Rich.
Bang!
Bang!
Bang!
Mendengar tiga das tembakan dilepaskan, laju tangan Belle menolak dada Rich menjauh. Apabila Rich berganjak, dia terus membuka pintu dan keluar.
Dia tidak menyangka Rich adalah seorang Putera Raja di Myandeur. Tangannya hampir menggeletar. Dia sedar Lelaki itu adalah kelemahannya paling besar. Kerana lelaki itu adalah dari masa silamnya.
Kini, dia hanya fikir untuk keluar dari sini.
“Where did you think you going, Honey?”
Susuk tubuh yang dia amat kenali. Di hadapannya kini adalah musuhnya dan dua orang lelaki sasa. Mata heterochromia itu jatuh ke arah tangan lelaki itu yang memegang senjata api.
“Kenapa kau buat kecoh dekat sini?”
“It’s hurt when someone I love making love with other guy.”
“Kau siapa untuk aku sayang?”
Sakit? Tidak. Dia tahu dia tidak mencintai gadis itu dan gadis itu juga tidak mencintainya. Hanya ingin melangsai hutang yang lama terkubur di dada.
Soalan itu sinis. Mr Gun memberi isyarat kepada dua orang lelaki sasa itu. Tanpa banyak membuang masa, dua lelaki sasa itu merapati Belle. Lincah tangan kecil itu menyelak kainnya lalu mengambil pisau yang dia lekatkan pada pahanya tadi.
“Jangan dekat! I’m warn you!”
Apabila langkah lelaki berbadan sasa itu menghampiri, pantas tangan kecilnya membuat kerja sehingga lelaki itu terkebelakang. Salah seorang dari mereka terkena bilah pisau yang berada di genggaman Belle.
“Aku dah bagi amaran!”
Tanpa banyak bicara, Mr Gun mengangkat senjatanya lalu diacukan kepada Belle. Belum sempat dia mencerna...
Bang!
“Arrghhh!”
Darah merah pekat itu memercik ke lantai. Tubuh Belle rebah ke lantai. Tak semena-mena bibir Mr Gun terukir sinis. Luka di bahunya dicengkam. Peluru yang terkubur pada bahunya membuatkan sendi di bahunya terasa kebas yang mencucuk.
“Easy. Ikut je aku. Papa kau dah tak nak kau. Jadi, ikut je aku. Easy?”
“No!”
Kakinya dikuatkan untuk mengengsot menjauhi mereka.
“Berhenti!”
Wajah Mr Gun kini terarah kepada wajah tegang Rich. Salah seorang bodyguard Rich menerpa ke arah mereka dengan menghala picu pistol ke arah mereka.
Tanpa berlengah mereka meninggalkan Belle yang sedang meringkuk menahan perihnya luka di bahu. Wajah bujur sirih itu kini dibasahi peluh dek menahan kesakitan yang maha hebat di bahunya.
“Arahkan semua untuk beredar dari istana.”
“Baik Tuan Putera.”
“Tutup semua pintu masuk dan pintu belakang. Saya ada hal peribadi ingin dibuat.”
Terus tubuh Belle didukungnya dan berpatah balik menghala pintu biliknya. Belle yang perasan dia ingin dibawa ke bilik itu semula, terus dia menampar pipi Rich.
“Lepaskan akulah! Turunkan aku sekarang!”
Rich masih beriak dingin dan meneruskan langkahnya. Tubuh langsing gadis itu tidak berhenti menggeliat di dalam dukungan Rich.
Rich hanya membiarkan.
“Turunkan aku!”
“Baik kau diam, Alien.”
Belle terdiam apabila sepasang mata biru itu tunak memandang mata Heterocromia miliknya. Tapi, dia masih tidak peduli. Dada bidang milik Rich ditumbuk bertubi-tubi.
Tubuh langsing itu dilempar ke atas katil bersaiz king itu. Pintu ditutup dan dikunci. Luka yang ngilu di dalam bahunya digenggam.
Rich mengambil first aids dan duduk di birai katil. Bajunya ditanggalkan lalu dihulurkan ke arah Belle. Baju yang dihulurkan hanya dipandang kosong.
“Gigit.”
Belle menggeleng. Dia masih dengan egonya. Dia hanya berfikir untuk keluar dari sini.
“Sebelum aku sumbat paksa dalam mulut kau, lebih baik kau gigit sekarang.”
“Aku tak nak! Aku nak keluar!”
Bantal yang berdekatan dilempar ke arah Rich. Belum sempat tubuh langsing itu turun dari katil, tubuhnya kembali dilempar kasar ke katil. Kali ini tubuh besar milik Rich naik ke tubuh anggun milik Belle.
Hastanya mendarat di sepanjang bahu gadis itu supaya dia berhenti memberontak. Rich mula mengeluarkan peluru yang tertanam di tubuh gadis itu.
Kali ini, gadis itu tidak melawan, sebaliknya mula mencari objek untuk menutup mulutnya. Baju Rich tadi diambil lalu digigit kuat apabila terasa dagingnya bagai tersiat.
Pergerakannya terbatas kerana hasta lelaki itu. Peluh mula membutir di wajah apabila terasa ngilu. Wajahnya yang putih juga menjadi kemerahan akibat menahan sakitnya.
Apabila sudah dikeluarkan, Rich bangun dari terus menindih gadis yang lemah terbaring di hadapannya. Jelas dada gadis itu naik dan turun deras. Tak tahu sama ada penat bergelut dengannya atau marahkannya. Dia pun tidak peduli.
Selesai membalut tempat luka, dia membetulkan pembaringan gadis itu.
Selimut ditarik menutupi seluruh tubuh gadis itu. Wajah yang sudah tenang itu ditatap lama.
“Tak sangka kita jumpa lagi.”
Rich tersenyum lelah melawan kekuatan Belle tadi. Ganas sungguh! Habis wajah putihnya menjadi merah akibat dilempang Belle banyak kali.
YOU ARE READING
Behind The Golden Masquerade [C]
Action[New Story 2022] Rich & Belle Dear Sadness Live, Belle. Mempunyai sepasang mata tetapi berlainan rona sangat jarang ditemui. Mata itu digelar 'heterochromia'. Salah seorang pemiliknya adalah, Belle. Seorang gadis biasa yang sering dibuli kerana ke...