Masa seminggu itu, Belle guna sehabis mungkin untuk menggembirakan hatinya. Segalanya dia tinggal dan tolak ke tepi dan memberi masa kepada badannya untuk berehat. Sudah lama dia tidak membelai tubuhnya seperti ini.
Dia kini berendam dengan air susu segar. Dalam seminggu itu dia betul-betul jaga tubuhnya dengan baik. Seperti yang dikatakan papanya, papanya tidak mahu dia kelihatan lesu. Jadi, dia mengambil keputusan untuk rileks.
Matanya memandang air yang berkocak kecil ketika tangannya sibuk menggosok tubuh. Kelopak bunga ros juga ditabur oleh dayang-dayang yang berada di tepi bathtub. Euphoria yang dapat dia rasakan membuatkan dia tidak mahu berganjak dari tempatnya.
Jelas juga wajah penatnya beransur hilang. Dia perlahan-lahan sembuh dari semua perkara yang membelenggunya. Rambut merahnya diikat tinggi supaya tidak terkena air susu.
Tangan halus salah seorang dayang mengurut lembut pelipis Belle. Matanya terpejam menikmati sentuhan dayang itu di bahagian kepalanya.
“Kenapalah baru sekarang aku dapat rasa ketenangan macam ni? Kenapa tak dari dulu?”
Sesudah dia memanjakan tubuh dengan rendaman susu segar, dia akan berehat di katilnya sambil bawah matanya ditepek mask. Apabila sudah satu jam, dia terus ke bilik mandi dan menyerahkan tugasan untuk membasuh rambutnya kepada dayang.
Begitulah dia setiap hari dalam seminggu ini. Dia lagi memilih duduk di rumah dan hanya menelefon spa yang buat servis untuk spa di rumah.
Rambutnya dikeringkan menggunakan hair dryer dan disikat elok oleh penjaga spa tadi. Rambut yang beralun kini menjadi lurus. Rambut merahnya itu dilepaskan cantik hingga ke pinggang.
“Anak papa.”
Belle menoleh ke arah papanya yang tersenyum kecil.
“You look stunning, princess.”
“Thanks. Seminggu ni rasa tenang sangat-sangat.”
“Baguslah kalau macam tu. Esok, kita start kerja yang papa suruh tu.”
“Boleh, untuk kau semua boleh.”
“Malam ni, kena sediakan barang-barang untuk ke majlis esok.”
“Majlis apa?”
“Ball party. Masquerade ball party theme.”
Belle mengangguk. Bibirnya tersungging senyuman sinis.
Classic!
“FIKIR masak-masak dah, uncle?”
Lelaki itu tidak menjawab. Dia hanya memandang lelaki muda yang sering menggunakan Masquerade ketika keluar dan gelarannya adalah Mr. Gun. Lelaki ini juga adalah pembunuh termuda di muka bumi Myandeur.
“Dah lama aku fikir nak buat benda ni. Aku nak mereka berdua mati. Sebab tu aku panggil kau.”
Mr. Gun tergelak sinis seperti mengejek lelaki yang sebaya ayahnya itu. Kepalanya juga digeleng tidak mengerti dengan arahan barunya ini. Sedangkan targetnya ialah seorang pembunuh juga. Dan dia adalah anak kepada orang tua itu sendiri. Giler!
Dia juga memang ada sifat iri hati kepada gadis yang menjadi sasarannya nanti. Segalanya yang ada pada gadis itu membuatkan dirinya cemburu. Suatu ketika dahulu, dia pernah menjadi seorang lelaki yang berjaya menjadi assassin paling muda dan diminati ramai.
Disebabkan kemunculan gadis itu, membuatkan kredibilitinya jatuh. Sahamnya juga jatuh. Dia juga hampir muflis kerana gadis itu. Fikirannya hanya merancang bagaimana ingin menjatuhkannya.
Kini, dia mendapat tawaran yang lumayan. Tapi dia sedikit curiga apabila lelaki yang minta untuk membunuh gadis itu adalah...
“How can I trust you?”
“Kalau kau tak nak bunuh dia, kau culik sajalah dia dan buat koleksi perempuan peribadi kau dekat rumah. Asalkan dia tak kembali pada aku.”
Mr. Gun tersenyum herot lagi. Memang dia terfikir untuk pergi lebih jauh lagi bersama gadis itu. Ramai lelaki terbunuh kerana gadis itu sering menggoda mereka. Dia sering mencuri CD CCTV ketika gadis itu sedang menanti waktu untuk membunuh mangsanya.
Lenggok tubuhnya yang menggiurkan sering membuatkan dia terbayang.
“Huh, you’re a bad Daddy.”
“I’m not her Daddy.”
Kening yang terkurung di dalam Masquerade itu sempat mengerut dahi apabila terdengar sebaris ayat penafian itu. Mata hazelnya memandang bodyguard miliknya yang tersenyum sinis ke arahnya. Mr Gun membalas. Hanya mereka sahaja pengertian dari senyuman itu. Hanya mereka berdua saja.
YOU ARE READING
Behind The Golden Masquerade [C]
Azione[New Story 2022] Rich & Belle Dear Sadness Live, Belle. Mempunyai sepasang mata tetapi berlainan rona sangat jarang ditemui. Mata itu digelar 'heterochromia'. Salah seorang pemiliknya adalah, Belle. Seorang gadis biasa yang sering dibuli kerana ke...