B T G M : INSECURE

278 23 0
                                    

KELUAR saja dari bathtub, tubuhnya dibalut dengan tuala yang separas pahanya. Tubuhnya terasa segar tatkala ini. Beberapa pembantu sudah masuk ke biliknya dan menyediakan dress yang mengikut lekuk tubuhnya, tetapi formal sedikit apabila disertakan jaket kulit.

Suzy, selaku ketua kepada pembantu di sini mengarahkan Belle supaya gadis itu duduk di atas bangku yang berada betul-betul di hadapan almari cermin.

Kini, Suzy mencapai tuala lalu menepek lembut pada tubuh Belle yang masih basah. Dia tidak mengelapnya kerana akan membuatkan kulit halus itu kemerahan dan melecet.

Rambut merah yang mencecah sehingga paras pinggang itu juga dikeringkan menggunakan tuala. Digulung lalu membiarkan beberapa minit.

“Suzy.”

“Ya Miss Belle?”

“Mana Tuan Putera kau?”

“Dia juga sedang bersiap, Miss Belle.”

Belle hanya mengangguk apabila soalannya terjawab juga. Semenjak kebelakangan ini, entah kenapa dia terasa tidak senang duduk. Mungkin sebab hari ini dia akan berjumpa dengan Maharaja Myandeur. Gementarnya!

“Bangun dulu Miss Belle. Kita pakai baju sebentar ya.”

Belle akur.

“Siapa yang beli ni? Betul ke saiz aku?”

Baju dalam yang bergantungan itu ditilik.

“Ya, tu Tuan Putera yang bagi tahu saya dan saya yang pergi beli, Miss Belle.”

“Sempat je tilik saiz orang.”

Belle menjuih lalu menarik baju dalam yang tersangkut di penyangkut ampaian baju yang boleh digerakkan ke mana-mana saja.


SETELAH didandan wajahnya, dia melihat semula gaya rambutnya yang disanggul lalu dia mengemaskan baju bridal tersarung di tubuhnya. Mengikuti lekuk tubuhnya yang menawan. Baju ini katanya baju bekas permaisuri di istana ini.

Ibu kepada Rich sebelum ini. Permaisuri telah pun mangkat ketika Rich berumur belasan tahun akibat kemalangan jalan raya. Katanya, permaisuri terlalu marah dan tertekan.

Ada juga Belle mendengar berita itu, tetapi dia tidak ambil tahu. Yang dia tahu hanya dendam waktu itu. Nak membunuh orang-orang di masa silamnya pun tidak mampu.

Sedang dia asyik melihat pantulannya di cermin besar yang boleh menampakkan seluruh tubuhnya, ada satu figura yang masuk ke bilik itu.
Mata beralih seketika ke arahnya kemudian senyuman kecil terlakar di bibir merah yang sudah dia calit gincu.

Mata biru milik Rich menilik penampilan gadis itu dari atas hingga ke bawah. Melihat figura gadis itu, hatinya berbunga-bunga saja.

“Cantiknya my gorgeous  aku ni.”

“Mestilah, nak jumpa bakal Daddy aku juga.”

Baru saja lelaki itu ingin menyentuh pinggang ramping milik Belle itu, cepat-cepat Belle menoleh ke belakang sambil jari telunjuknya digerakkan ke kanan dan ke kiri tanda tidak boleh.

Kening Rich berkerut seribu.

“Kau jangan sentuh aku, faham?”

“Kenapa tak boleh pula?”

“Sebab kau ‘pantang sentuh’.”

Semenjak kejadian tempoh hari, Rich bagai melepaskan dendamnya kepada Belle. Pantang peluk, pantang sentuh, ada saja masa ‘membina generasi’.
Rich mengguling matanya ke tepi.

“Aku tunggu kau dekat bawah.”

“Baiklah, tuanku saya.”

Rich tersenyum sinis lalu beredar dari situ. Pembantu yang lain mula membuat kerjanya semula. Apabila sudah siap, kakinya pula disarungkan kasut tumit tinggi sepadan dengan pakaiannya.

Mendengar bunyi yang nyaring kasut tumit di pelosok istana itu, Rich menoleh ke arah figura yang menuruni tangga itu dengan beberapa pembantu wanita di istana ini. Matanya merenung dari kaki hingga ke kepala, kecantikannya sempurna!

Penampilan Belle tidak mampu menundukkan pandangan masing-masing walaupun terang-terangan salah. Tiada sesiapa boleh merenung ‘hak milik’ Rich selain dia. Geraham Rich bergesel antara satu sama lain.

“Stop staring on My Gorgeous !”

Terus kerja mereka menjadi kelam kabut apabila mendengar suara Tuan Putera mereka memetir. Rahang Rich bergerak ke kanan dan kiri lagi
Jealous!

Rich membuka kotnya. Apabila figura gadis feminin itu sampai di hadapannya, dia meletakkan kotnya ke bahu gadis itu. Pinggang gadis itu diraih lembut mengikuti langkahnya.

“Marahnya dia...”

“Diamlah kau.”

Belle membeliakkan mata lalu membuat riak terkejut. Mulutnya ditutup dengan jari runcingnya. Sengaja membuat lelaki itu marah. Dia tergelak kecil apabila lelaki itu masih lagi membuat wajah bengisnya.

Jeles la tu!

Ngauman enjin Mercedes benz mencuri perhatian ramai penghuni istana. Bukan mereka tidak tahu bahawa itu adalah kereta peribadi Tuan Putera mereka. Apabila sudah sampai di hadapan mata, seorang pemandu keluar dari kereta lalu menunduk hormat kepada mereka.
Belum sempat Belle membuka pintu, tangan kasar milik Rich terlebih dahulu membuka pintu bahagian penumpang di sebelah pemandu. Belle mengukir senyuman manis lalu melabuh punggungnya ke tempat duduk, kemudian kakinya dimasukkan keduanya.

Baju yang tersarung di tubuhnya ini ketat di bahagian pinggang dan ke bawah. Sebab itu perlu ‘sopan’ dan elegen.

Rich mengambil tempat pemandu. Satu kereta memecut mendahului mereka. Kemudian, di belakang pula diiringi tiga buah kereta pengawal diraja.

Setelah hampir dua bulan terperap di istana itu, akhirnya dia menghirup udara segar di luar. Dia faham mengapa dia masih dikurung di istana walaupun mereka sudah mengungkap rasa kasih masing-masing.

Dia masih bersalah kerana mempunyai The Golden Masquerade yang bukan calang-calang orang boleh memakainya. Hanya golongan diraja saja.

Berdebar dia ingin menghadap Daddy kepada Rich itu. Wajahnya mungkin lagi bengis dari sang mata biru ini? Bukan saja itu, sepatutnya dia menjadi tahanan, tetapi kini dia pula akan menjadi menantu diraja?
Perlahan tangan Rich menyinggah di paha gadis itu. Memberi semangat dalam sentuhannya.

“Daddy kau, boleh terima aku ke? Aku kan pencuri, pembunuh pula tu.”

“Yup, kau pencuri hati aku dan kau pembunuh ego aku.”

Mata Heterocromia itu tunak ke arah lelaki bermata biru itu. Belle tersenyum kecil cuba menenangkan gundah dalam hatinya. Sesekali dia menarik nafas sehingga peparunya mampat dengan oksigen lalu dia lepaskan semula.

“Kau tak cukup oksigen ke? Nak aku CPR?”

Terhibur dia melihat Belle begitu. Belle menggeleng kepala beberapa kali. Bibirnya terukir senyuman sinis. Si gatal ni, kan!

“Nak tolong CPR konon.”

“Aku akan jelaskan pada Daddy untuk kita kahwin. Aku tak akan bagitahu dia apa yang terjadi. Dan aku tak akan bagitahu pasal The Golden Masquerade.”

Mata Heterocromia itu jatuh pada tangan sasa yang dari tadi mengelus lembut pahanya dari luar baju. Jari runcing milik Belle disulam dengan jemari kasar milik Rich. Kini, tangan Belle menindih tangan Rich.

“Stay calm yah, Queen ?”

“Why are you calling me Queen?

“Why? You’re Queen of Myandeur to be, right?”

Diam. Wajah yang segar tadi menjadi layu apabila mengenangkan dirinya yang dulu. Jemari ini nampak mulus, tetapi penuh noda darah padanya. Tidak tahu empunya siapa darah yang pernah menodai kulitnya. Hanya menjalani arahan yang diberi.

“Ayah kau terima aku ke?”

“Sebelum aku jentik dahi kau yang maha luas tu, baik kau tak payah nak insecure sangat.”

° ° °

Jangan lupa vote and comment!

1038 word

Behind The Golden Masquerade [C]Where stories live. Discover now