B T G M : OUR SWEETBITTER MEMORY

279 24 0
                                    

WALAUPUN satu istana dan sebumbung, tetapi mereka berasingan bilik. Jarang-jarang dapat dilihat wajah lelaki yang membuatkan dia gila dulu. Sedar tidak sedar sudah hampir tiga hari mereka di istana ini tanpa bersemuka.

Mereka sebenarnya bersemuka, tetapi gadis bermata kontra ini sering menarik diri ditelan dinding-dinding gergasi semula apabila dia terserempak dengan Rich.

Dia sedar dia perlu larikan diri. Tapi ada satu magnet yang membuatkan dia patut berada di istana ini. Tak tahu apa tarikannya. Petang ini, King Emmanuel ingin menghantarnya di satu tempat tanpa pengetahuan Rich.
Kali ini, dia akur. Dan dia perlu buat itu. Mungkin dengan cara ini, Rich akan melupakan hubungan mereka.

Mata bundarnya tidak bercahaya seperti dulu. Sayu dan merayu untuk menidakkan keadaan mereka. Tetapi, harapan. Semuanya telah terjadi di luar kawalan. Kini, dengan cara ini saja mampu mengubah persepsi dirinya.

Mata bundar kontranya itu memandang ke arah villa di hadapan. Banyak kereta berkerumun di halaman villa itu. Salah satunya membawa King Emmanuel.

Pintu dibuka dari luar. Belle perlahan keluar lalu mengambil beg miliknya di but kereta. Tetapi cepat saja dirampas semula oleh pemandu keretanya tadi. Sempat lelaki itu tersenyum manis lalu mengalukan gadis itu untuk ke dalam.

Tempat apa ni?

“Selamat datang, tuanku.”

“Mana Mirinda?”

“Dia ada di meja santap, tuanku.”

Lelaki yang hampir separuh abad itu mengangguk lalu dia berlalu masuk ke dalam. Belle hanya mengikuti langkah lelaki itu. Matanya juga melilau ke setiap sudut ruang villa itu.

“Selamat datang ke Villa De Myandeur. Dekat sini kau akan duduk nanti bersama...”

Mata biru milik King Emmanuel merenung figura yang baru menghampiri mereka. Terlakar senyuman di bibirnya licik. Hatinya bagai dihiris berulang kali.

“Mirinda, Belle... Belle, Mirinda."

Belle menoleh ke belakang. Wajahnya yang tegang tadi mengendur semerta apabila matanya disapa pandangan mata polos milik wanita itu.

Wajah wanita itu ditilik dari atas hingga ke bawah. Di dalam potret kelmarin, dia berambut hitam lebat dan mempunyai mata yang sama sepertinya.

Dialah gadis yang berjaya mencuri perhatian sang anak raja. Tapi ditentang hebat dengan ayahanda Myondeur kerana anak raja harus mengahwini gadis yang sama taraf dengan mereka.

Dan aku patut sedar diri dari awal, sempat Belle menyalahkan kebodohannya tatkala ini.

Wanita ini yang dia nampak pada potret di sisi potret Maria Ann. Kini, rambutnya hampir beruban dan matanya masih tetap kontra. Tetapi wajahnya juga sedikit berkedut dan cengkung.

Hari ini, King Emmanuel menjanjikan untuk dia dipertemukan dengan seorang wanita yang membuatkan dia jatuh cinta.

Mirinda.

Orangnya biasa saja, tetapi daya tarikannya mampu menggoyahkan hati batu milik King Emmanuel. King Emmanuel seorang yang dingin dan kepala batu itu boleh runtuh egonya kerana wanita ini. Hebatnya penangan cinta mereka.

Tetapi, cinta mereka membuktikan punah ranah kepada kehidupan mereka. Jadi, mereka pilih untuk berpisah. Tetapi masih berhubung. Selepas kematian  Permaisuri Maria Ann, hidup Mirinda dilanda mala petaka.

Dia diburu oleh musuh ketat sang raja itu.

Sampai di situ saja apa yang diceritakan oleh King Emmanuel semalam. Kini, dia cuba untuk bertanya lanjut kepada wanita itu nanti.

Behind The Golden Masquerade [C]Where stories live. Discover now