B T G M : JOOWAN

277 25 4
                                    


MATANYA terpejam seketika. Walaupun berderet di jalan itu mempunyai tumbuhan hijau, tetapi tidak mampu membuatkan dia tenang.

Hari ini adalah hari dia bertolak untuk ke Elmyandeur. Cincin yang kekal berada di jari manisnya dilihat. Cincin pemberian sang anak raja itu.
Baru semalam dia ingin memberikan semula cincin itu, tetapi Rich menolak dan menyuruhnya simpan saja cincin itu. Tapi, sekali dia menatap cincin yang berdampingan dengannya selama bertahun itu membuatkan dia sebak.

Cincin ini menjadi saksi betapa seksanya dia menjalani kehidupan tanpa Rich sehingga takdir menemukan mereka semula. Dan kembali memisahkan mereka kerana realiti yang menyakitkan.

The Golden Masquerade pula adalah punca dia kini menelan realiti yang menyakitkan. Adakah ini antara sumpahan The Golden Masquerade?
Huh?

Nonsense.

Mata milik Mirinda menatap tajam ke arah perut yang mula menampakkan lekuknya di sebalik tubuh genit Belle.

Gadis itu benar-benar cintakan si anak raja itu. Sampai dia pun tidak mampu melembutkannya.

“Kenapa masih nak simpan? Mama tak faham. Sedangkan selepas saja Belle bersalin, dia akan jaga anak ini dan awak takkan dapat apa-apa. Sebab mereka Cuma anggap awak sebagai pelacur je, sayang.”

“Rahim aku, hak aku. Bukan aku pinjam Rahim kau pun nak mengandungkan anak aku.”

Mirinda terdiam. Keras kepala Belle semakin menjadi-jadi sehingga dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menakutkan gadis itu lagi. Mirinda menggenggam fabrik ditubuhnya. Menahan diri dari bertindak kasar.

“Sekarang, mama nampak dekat diri awak, sayang. Awak jenis fikirkan orang lain dan bukan diri awak sendiri. Kenapa? Sedangkan orang tu pun tak kisah tentang pengorbanan awak nanti.”

"Semua ni jadi sebab kau. Kau pergi buat si raja tu jatuh cinta dengan kau pehal? Sedarlah diri tu memang pelacur. Anak kau ni pun ikut telunjuk kaulah. Tak faham-faham. Nak salahkan budak tak bersalah buat apa? Benda dah jadi."

Mirinda menggeleng kepalanya.

Belle hanya diam. Malas dia ingin berdebat benda yang sama. Dia masih tetap dengan pegangannya. Belle mengerut dahi apabila matanya bagai pernah melihat jalan ini.

Dan ini adalah bukan jalan untuk ke Elmyandeur. Entah kenapa gemuruh dia menanti akhir destinasi kali ini. Melihat tempat yang familiar itu mengundang rasa tidak selesanya.

“Kau nak bawa aku ke mana ni?”

“You deserve a good life, darling.”

Mendengar jawapan itu, membuatkan kening milik Belle berkerut seribu.

“Apa maksud kau?”

Mirinda hanya diam. Dia tahu gadis itu tidak akan setuju dengan apa keputusan yang dia buat. Melihat Mirinda yang diam itu mengundang geram. Tapi ditahan dahulu menanti destinasi akhir pacuan empat roda ini. Jika anggapannya benar, tidak salah lagi dia kini berada di dalam perangkap.

Masuk saja di lorong yang memang amat dia kenali itu, terus membulat matanya apabila dia sedar kini dia di dalam perangkap!

“IT’S been a long time no see, right princess?”

Mata heterochromianya memandang tepat ke arah kasut yang berhenti di depan. Pergerakan tangan dan kakinya terhad tidak mampu bergerak kerana diikat di atas kerusi.

Tubuhnya lemah apabila tadi kepalanya dihentak oleh sesuatu yang keras dan membuatkan dia pengsan seketika. Sedar-sedar saja dia kini sudah diikat dengan rapi di atas kerusi.

Tubuh lelaki di hadapannya menunduk lalu meraih dagu Belle supaya menatap wajahnya. Mata heterochromia itu memandang mata runcing milik Joowan.

“Papa dah tahu semuanya.”

Behind The Golden Masquerade [C]Where stories live. Discover now