BUNGA Ros yang berada di hadapan hanya dipandang kosong. Matanya saja ke arah situ, tetapi fikirannya memikirkan sesuatu.
“Easy. Ikut je aku. Papa kau dah tak nak kau. Jadi, ikut je aku. Easy?”
Kata-kata sinis dari Mr Gun sesikit sebanyak membuatkan dia terusik. Lelaki yang menggelarkan dirinya papa, tidak sayangkan dia selama ini. Tapi, apa sebabnya Joowan mengajar dia untuk jadi seperti ini?
Matanya menunduk memandang tangannya yang ‘suci’ pada fizikalnya. Hakikatnya, tangan kecil inilah yang paling kotor!
Belle tersentak apabila tangannya kini berpaut dengan satu tangan yang kekar. Tubuh kekar itu menelan tubuh anggun Belle ke dalam pelukannya.
Sedar tidak sedar, sudah seminggu mereka menjalinkan ikatan cinta. Sejak kejadian dia berlakon menjadi seorang pemabuk dirancang rapi oleh Tyler.
Esoknya, Rich termalu sendiri apabila dia dapat mengetahui bahawa Belle tidak mabuk malam itu.
“What are you doing here, my gorgeous ?”
Sempat kepala berambut merah itu dikucup lembut. Terasa tangan kekarnya membelai lembut kekura tangan gadis itu.
“Kau suka bunga Ros, kan?”
Belle mengangguk.
“Kenapa kau suka bunga Ros?”
“Bagi aku, bunga Ros ni sinonim dengan aku.”
Tangan mulus itu menyentuh kelopak bunga Ros.
“Dia cantik. Dia menawan. Tapi...”
Jarinya mencari duri di balik kelopak merah itu lalu dia menekan kuat jarinya ke durinya. Tanpa riak, dia mengangkat jari telunjuknya lalu tompokan merah mula mengembang di hujung jarinya.
“Opss. She’s dangerous!”
Pantas jari runcing Belle ditarik lalu disua ke bibirnya. Jari itu dimasukkan ke dalam mulutnya. Tak berkedip mata Belle melihat Rich yang menghisap darahnya.
Belle tergelak kecil. Dia tahu lelaki yang mendakap mesra tubuhnya adalah seorang ‘protective’ person. Semenjak mereka bercinta, mula dia menjadi Guardian angel kepada Belle.
“Tuanku! Tuanku!”
Serentak dua pasang mata memandang pembantu yang bergegas ke arah mereka di taman cinta. Melihat wajah pucat milik pembantu rumah itu membuatkan kening Rich hampir bersambung.
“Tuanku, ada sekumpulan lelaki buat demo di hadapan istana, Tuanku.”
Mata Belle dan Rich bersabung. Kemudian, Rich bergegas ke arah bawah.Bunyi riuh rendah yang berada di hadapan istana membuatkan kening masing-masing berkerut. Belle yang baru saja ingin mengikuti langkah Rich, ditegah pengawal apabila Rich memberi arahan kepada mereka untuk menjaga Belle.
Kehadiran Rich tiba-tiba membuatkan riuh rendah tadi menghilang. Mereka agak kecut apabila melihat wajah dingin Rich. Melihat sepanduk yang mereka bawa itu, dia mengerut kening.
“Saya culik perempuan?”
“Ya! Kau penculik anak aku!”
Tanpa sempat bertindak apa-apa, wajahnya hampir disinggahi penumbuk pak cik itu, waktu seakan terhenti seketika. Tangan pak cik itu digenggam oleh Tyler. Kemudian, tangan pak cik itu disimpul ke belakang tubuhnya sendiri.
“Please respect your Crown Prince.”
Semerta tubuh lelaki tua tadi ditolak ke hadapan. Pengawal juga mengawal sekeliling takut jika Putera mereka diserang hendap!
YOU ARE READING
Behind The Golden Masquerade [C]
Azione[New Story 2022] Rich & Belle Dear Sadness Live, Belle. Mempunyai sepasang mata tetapi berlainan rona sangat jarang ditemui. Mata itu digelar 'heterochromia'. Salah seorang pemiliknya adalah, Belle. Seorang gadis biasa yang sering dibuli kerana ke...