Teaser 1 (tangkap khalwat)

288 3 0
                                    

"Semua ni salah kau kan? Ustaz macam kau nilah yang dah menyusahkan hidup aku. Sebab kau, aku kena tangkap khalwat dengan boyfriend aku. Kau yang bagitahu orang kampung!" amuk Yuhara seraya satu batu bersaiz sederhana dibaling tepat pada kepala Uthman.

Rasa berdengung kepala Uthman gara-gara lontaran batu itu. Ismael dah mengucap panjang. Menoleh, wajah Yuhara ditatap geram.

"Kau dah buat maksiat, lagi kau nak salahkan Ustaz Uthman? Kau ni memang nak kena dengan aku, budak!" Ismael dah meluru, pantas Uthman halang dengan memegang lengan baju Melayu lelaki itu.

"Mael, sabar. Bawak istighfar banyak-banyak. Tak apa, kepala saya tak cedera pun. Biar saya bercakap dengan dia sekejap ya?" Uthman memujuk Ismael. Ismael lepaskan dengusan kasar.

Uthman berjalan mendekati Yuhara semula. Yuhara lemparkan pandangan penuh kebencian, Uthman balas dengan renungan redup. Namun sikit pun tak mampu buat hati Yuhara jadi sejuk.

"Awak sedar tak apa yang awak buat malam tu adalah salah? Berzina tu salah satu dosa besar. Awak tahu kan?" soal Uthman lembut.

"Dosa aku, bukan dosa kau. Kau tak payah nak acah-acah beriman sangatlah. Sekali aku tolak kau ke katil, kau pun tak nak lepaskan aku." Yuhara menyinis kasar.

Uthman mengucap panjang di dalam hati. Tika itu jugalah lengan Yuhara mula disambar seseorang. Terpusing tubuh Yuhara ke belakang.

"Kau dah malukan aku, kau masih nak tunjuk biadab? Kau ni memang anak tak sedar dek untung, Yuhara!" Serentak pelempang Ustaz Yassin menyinggah ke wajah Yuhara. Yuhara terjelopok jatuh menyembah bumi. Bila tangan Ustaz Yassin masih mahu memukul tubuh kecil itu, Uthman pantas menghalang.

"Ustaz, jangan. Berkasar bukan cara penyelesaiannya.." Uthman menasihati.

"Saya dah malu dengan orang kampung, Uth. Saya ni salah seorang imam dekat masjid kampung kita. Tapi tengoklah apa anak perempuan saya dah buat? Dia berzina, Uth. Berzina!" Ustaz Yassin sudah hamburkan tangisan pilu.

Uthman terdiam. Dia pun tak tahu hendak berbicara apa lagi. Kalau dia di tempat Ustaz Yassin pun mungkin dia akan rasakan perkara sama.

"Kau dengar sini baik-baik, Yuhara." Pandangan tajam dipasak ke wajah si anak.

"Mulai hari ni aku haramkan kau jejakkan kaki kau ke rumah aku. Kau, bukan anak aku lagi. Aku tak ada anak bernama Yuhara mulai hari ini!" Habiskan ayat, Ustaz Yassin terus angkat kaki. Tinggallah Uthman berdepan dengan Yuhara.

"Puas hati kau sekarang, Uthman Yunus?" soal Yuhara bersama linangan air mata.

"Saya minta maaf. Saya cuma jalankan tanggungjawab saya, Yuhara.."

"Tanggungjawab apa? Tanggungjawab untuk musnahkan hidup aku? Kau kena ingat, Uthman. Dendam aku pada kau takkan padam selagi aku tahu kau mampu hidup tenang. Aku akan buat apa saja asalkan hati aku puas. Kau akan dapat balasan setimpal dengan apa yang kau dah lakukan pada aku hari ni."

"Kau mengugut ke ni? Sedang elok kita dekat depan balai polis, aku boleh heret kau masuk ke dalam semula." Ismael menyampuk.

Yuhara bangun, tatap wajah kedua-duanya bersama nafas turun naik menahan bengang.

"Aku akan buat hidup kau tak ubah macam dalam neraka selepas ni!" hambur Yuhara untuk kesekian kalinya lalu terus mengatur langkah.

Ke mana? Yuhara sendiri tidak tahu. Sementelah dia baru saja menamatkan zaman sekolah menengahnya dua minggu yang lalu.

"Kau ni.." Ismael berdecit.

"Mael, biarkan dia.." Uthman halang Ismael daripada nengejar langkah kaki Yuhara. Memandang Yuhara dari jauh, terbersit rasa bersalah di hati Uthman. Namun membiarkan Yuhara terus tenggelam dalam dunia penuh maksiat juga bukanlah satu pilihan yang tepat.

#UthmanYunusSuamiUntukWanitaPendosa

Untuk urusan tem pa han, klik link ws dekat bio .

UTHMAN YUNUS: Suami Untuk Wanita Pendosa [Ebook]Where stories live. Discover now