"Rumah ustaz terbakar!" Suara Ismael menjerit, menyebabkan Uthman yang baru saja melangkah keluar dari surau tergamam.
"Ustaz, rumah ustaz terbakar!" Lagi sekali Ismael terpaksa bersuara bila dia tengok Uthman sekadar membatu seperti orang hilang punca.
Seakan dikejutkan dari mimpi panjang, Uthman terus berlari menuju ke arah rumahnya. Sebaik saja dia sampai di depan rumahnya, terus kedua-dua belah lutut Uthman terasa lembik.
"Um.. umi.. Allahuakhbar!" Uthman meraung di situ. Dia cuba hendak meluru masuk. Namun dihalang oleh orang kampung.
"Jangan, ustaz. Pihak bomba sedang cuba padamkan api. InsyaAllah umi ustaz akan selamat.."
"Umi saya, Mael. Umi sayaaa.." Air mata seorang lelaki mengalir tanpa segan-silu.
Dan di sebalik pokok kelapa yang agak tinggi, bersembunyi satu susuk tubuh di situ. Kalau tadi dia langsung tak fikirkan kesan waktu dia beria-ia mahu menyalakan api, sekarang rasa kesal membelit jiwa seorang Yuhara. Betapa kuatnya dendam yang merajai hati, sehingga dia tak pedulikan orang lain lagi. Di dalam rumah yang sedang terbakar itu, ada nyawa seorang wanita tua. Yang entah berjaya hendak diselamatkan atau sebaliknya.
Macam mana kalau ada nyawa yang terkorban? Sanggupkah Yuhara hendak mengusung gelaran seorang pembunuh?
"Apa kau buat, Ara? Kau berdendam dengan anak dia, tapi kenapa kau korbankan nyawa umi dia??" Yuhara gelisah. Bertambah gelisah bila terdengar desas-desus orang kampung di situ.
"Ini perbuatan khianat, ustaz. Memang ada orang nak bakar rumah ustaz!" Suara salah seorang penduduk kampung. Wajah ustaz muda itu dipandang dengan riak simpati.
"Apa saya dah buat sampai begini sekali kebencian dia, Pak Hassan? Kalau nak ambil nyawa saya, saya redha. Tapi jangan dilibatkan umi saya.." Uthman meramas rambutnya yang dah kelihatan sedikit kusut. Kopiah dekat kepala sudah tercabut entah ke mana hala.
Uthman tebarkan pandangan ke sekeliling. Saat itulah sepasang mata dia terpaku pada sebatang pokok kelapa yang terpacak gah berhampiran rumahnya. Kening Uthman berkerut. Tadi.. dia seakan melihat satu bayang sedang berdiri di situ.
"Ustaz nak ke mana tu??" Ismael bertanya bila mana Uthman tiba-tiba saja bangun dan meluru pada satu arah.
Yuhara apa lagi, terus bersembunyi di sebalik semak berhampiran. Saat kaki Uthman berdiri betul-betul di depan pokok kelapa itu, hanya riak kecewa yang terpeta pada wajah Uthman.
Dia yakin dia baru saja melihat kelibat seseorang.
Dan kelibat itu adalah milik seorang perempuan.Tapi siapa dia?
#UthmanYunusSuamiUntukWanitaPendosa
Untuk urusan tem pa han, klik link ws di bio.

YOU ARE READING
UTHMAN YUNUS: Suami Untuk Wanita Pendosa [Ebook]
Historia CortaJodoh itu aturan DIA. Uthman Yunus tak pernah menyangka zaman bujang dia akan berakhir dengan seorang gadis yang jelas sudah 'rosak' maruahnya. Namun kerana mimpi, Uthman anggap ada asbab Allah SWT temukan mereka berdua. Malam itu, Uthman Yunus anta...