Teaser 5 (kebenaran terbongkar)

168 3 0
                                    

"Awak ke yang bakar rumah saya malam tu, Yuhara?" soal Uthman, menyebabkan Yuhara pantas menoleh. Sebaik saja pandangan mereka bersabung, wajah Yuhara terus berubah pucat.

"Aw.. awak.. bila balik?" aju Yuhara tergagap-gagap.

Uthman sedut nafas dalam lalu hela perlahan-lahan. Kopiah pada kepala dia tanggalkan lalu letak di atas meja berdekatan.

"Sekali lagi saya tanya awak. Malam tu, awak ke yang bakar rumah saya? Awak ke punca umi saya lumpuh dan hampir mati?" Uthman ulang soalan dia buat kali kedua.

Yuhara menunduk. Akhirnya, rahsia yang dia simpan untuk berbulan-bulan terbongkar juga di hadapan Uthman. Saat ini, ketakutan dia benar-benar luar biasa. Air mata bertakung. Bila-bila saja akan turun mengalir pada pipi.

"Saya minta maaf.." Cukup dengan sebaris ayat itu, Uthman yakin Yuhara sudah mengiyakan pertanyaannya.

Remuk hati Uthman.

Remuk-seremuknya!

"Jadi betullah awak nak suami awak ni mati malam tu? Sampai ke tahap tu kebencian yang awak usung terhadap saya. Awak nak saya mati malam tu, Yuhara. Tapi takdir Allah SWT, umur saya masih panjang.." Uthman rasa kedua-dua belah lutut dia sudah lembik.

Melihat keadaan si suami, Yuhara segera meluru. Lengan kekar Uthman dipegang bersama air mata berlinang.

"Saya minta maaf, Uth. Saya sanggup sujud di kaki awak. Saya terlalu ikutkan hati waktu tu. Dendam yang membuatkan hati saya buta. Tapi percayalah, saya dah menyesal. Saya kahwin dengan awak pun sebab saya nak tebus kesilapan saya. Saya nak jaga umi sampai umi sembuh!" Tangisan Yuhara pecah lebat.

Uthman tarik lengan dia menjauh. Perasaan dia kala ini, sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk kata-kata.

"Jadi awak nak saya buat apa kalau saya mampu maafkan awak sekalipun?" pangkah Uthman, sejurus membuatkan Yuhara terdiam.

"Saya betul-betul menyesal. Saya harap sangat awak takkan ceraikan saya, Uth. Saya nak terus jadi isteri awak. Saya dah tak ada sesiapa lagi.." rayu Yuhara, namun sikit pun tak mampu buat Uthman rasa kasihan. Kerana luka yang Yuhara tinggalkan lebih dalam ketika ini.

"Macam mana saya nak terus hidup dengan seorang pembunuh, Yuhara? Malam tu, awak cuba bunuh saya dan umi. Allahuakhbar.. besarnya ujian KAU pada aku!" raung Uthman di hujung ayat. Kedua-dua belah lutut terus terjatuh bertongkatkan lantai bumi.

Ketika itu jugalah pintu kamar mereka terasa dikuak dari luar. Terjengul susuk tubuh yang sedang duduk di atas kerusi roda.

"Kenapa ni, Uthman?" aju Puan Aisyah.

Uthman pandang Puan Aisyah bersama air mata yang dah mencemari pipi. Hati yang sakit, buat dia dah tak rasa malu menangis di hadapan orang lain lagi. 

"Umi pernah tanya Uth, agak-agak kita akan dapat tahu tak siapa yang bakar rumah kita malam tu kan?"

Puan Aisyah terdiam. Hati dah mula rasa tak tenteram.

"Sekarang Uth dah tahu siapa yang bakar rumah kita, umi.." balas Uthman bersama senyuman pahit.

"Si.. siapa?" Terketar-ketar suara Puan Aisyah.

"Yuhara, isteri Uth sendiri. Isteri Uth, yang bakar rumah kita. Dia nak Uth dan umi mati malam tu." Usai habiskan ayat, Uthman gagahkan diri untuk bangun. Terus dia keluar meninggalkan kamar itu.

Hati ini perlu dirawat.
Walaupun 'tempoh rawatan' itu tidak tahu untuk berapa lama.

#UthmanYunusSuamiUntukWanitaPendosa

Untuk urusan tem pa han, klik link ws di bio.

UTHMAN YUNUS: Suami Untuk Wanita Pendosa [Ebook]Where stories live. Discover now