Last teaser (semakin dingin)

344 6 0
                                    

"Awak, saya rasa tak sihat. Boleh ke awak tumpangkan saya ke hospital? Tak apa kalau awak tak nak masuk sekali. Saya cuma nak minta awak hantarkan saya saja.." Muncul Yuhara, bersama wajah pucatnya.

Mendongak, Uthman tayang riak kosong semata-mata.

"Saya sibuk." Dua patah perkataan, namun sudah cukup melukakan.

"Kalau awak sibuk, boleh ke kalau awak tolong tempahkan Grab untuk saya? Duit saya tak cukup." Masih mencuba nasib. Uthman lepaskan keluhan keras.

"Dah rasa nazak sangat ke sekarang ni??"

"Uthman.." tegur Puan Aisyah. Bila dia rasa Uthman sudah agak keterlaluan. Uthman terus terdiam pabila ditegur Puan Aisyah.

Sementara Yuhara, hanya mampu menahan pedih di dalam hati. Hukuman ini wajar untuk dia. Dia tak boleh salahkan Uthman. Uthman memang patut membenci dia.

"Saya minta maaf, sebab dah ambil masa awak. Saya masuk bilik dulu.." Yuhara berura-ura nak putar tubuh.

"Awak rasa saya mampu ke nak bawa awak ke hospital sedangkan waktu umi saya terperangkap dalam kebakaran, mungkin waktu tu awak tengah bersorak suka? Dan tentu waktu tu juga awak rasa kecewa bila tahu saya tak ada dalam rumah yang sedang terbakar tu kan?" tempelak Uthman, menyebabkan kedua-dua belah mata Yuhara terpejam rapat.

"Saya takkan tolong orang yang pernah cuba nak bunuh saya dan umi. Kalau awak rasa masih nak hidup, jangan minta tolong daripada saya sebab saya takkan bantu seorang pembunuh walaupun waktu tu awak merayu di kaki saya!" hambur Uthman, kalah pada amarah.

"Uthman, cukuplah.." Puan Aisyah masih memujuk Uthman.

Mendengarkan kata-kata benci si suami, setitis air mata Yuhara gugur ke pipi.

"Maafkan saya, Uth. Saya janji saya takkan minta apa-apa pertolongan daripada awak lagi. Dan andai kata nyawa saya berakhir di dalam rumah ni, awak tak perlu uruskan jenazah saya. Khabarkan saja pada ayah yang saya sudah pergi. Sebenci mana pun ayah pada saya, saya cuma minta dia semadikan saya walaupun saya tahu wanita pendosa seperti saya tak layak hendak mendapatkan ihsan sesiapa.." ujar Yuhara bergetar. Tak tunggu lama, Yuhara terus berlalu masuk ke dalam bilik. Di kamar, tangisan dihamburkan sepuas-puasnya.

Jujurnya, Uthman terkesan dengan kata-kata Yuhara. Namun rasa terkilan lebih menduduki tempat pertama di dalam hatinya. Walaupun kekecewaan masih bersisa, Uthman tak mampu berpura-pura tak peduli sedangkan hati dia benar-benar tidak tenteram sejak tadi.

"Uth risaukan dia kan?"

Uthman diam.

"Kalau risau, bawalah dia ke hospital. Muka dia pucat, Uth. Umi risau kalau terjadi apa-apa pada Yuhara, Uth yang akan menyesal.." nasihat si ibu, lembut.

Kuat Uthman genggam jemari sendiri. Masih berpegang pada pendirian, yang dia takkan sesekali membantu Yuhara. Namun, ternyata ia sia-sia. Kerana separuh hatinya seakan menjerit mahu mendapatkan Yuhara.

"Sepasang mata Uth tak mampu menipu umi.." Tiba-tiba itu yang terluah.

Uthman terus pasakkan renungan ke wajah Puan Aisyah.

"Uth cintakan dia kan?" soal Puan Aisyah, langsung menyentakkan Uthman.

Lama, Uthman terkedu. Sesaat kemudian barulah lelaki itu kelihatan meraup wajah sendiri. Kedua-dua bahunya melemah. Uthman tersandar pada dinding menayang riak suram.

Ya, kerana cinta kekecewaan yang dia rasakan itu bukan sedikit.

Ya, kerana cinta dia masih menyimpan Yuhara sebagai isteri meskipun dia tahu nyawanya pernah dituntut oleh si isteri suatu ketika dahulu.

"Uth cintakan perempuan yang nak Uth mati, umi. Bodoh ke Uth, umi? Uth cintakan perempuan yang hampir ragut nyawa umi. Uth cuba nak buang perasaan ni, umi. Tapi kenapa Uth tak mampu? Apa Uth patut buat, umi?"  luah Uthman, jelas sekali nampak tertekan.

Puan Aisyah tersenyum seraya menyentuh kekura tangan si anak. Berharap sentuhan itu mampu mendamaikan hati Uthman yang sedang walang.

"Biarkan cinta itu terus di sini, Uth. Untuk apa Uth buang, sedangkan Uth tahu Allah SWT memang temukan Uth dan Yuhara selama ni?"Puan Aisyah tepuk dada sendiri, sebelum jemarinya melurus ke dada bidang si anak. Menunduk, tubir mata Uthman bergenang. 

Hatinya sebak.
Jiwa lelakinya berkecamuk hebat.

"Umi lumpuh sebab dia. Macam mana Uth nak hidup tanpa rasa bersalah sedangkan Uth bawa seorang pembunuh masuk ke rumah kita, umi? Uth boleh terima bila Uth tahu dia dah tak suci. Uth mampu pejamkan mata bila dia pernah hamilkan anak lelaki lain. Tapi bila Uth tahu dia adalah perempuan yang pernah bakar rumah kita, Uth rasa berdosa pada umi. Allah.. ujian ni terlalu berat. Uth tak mampu tanggung, umi.." adu Uthman seraya menjatuhkan kepala pada ribaan Puan Aisyah.

Sebagaimana gugurnya air mata Uthman, gugur jualah air mata seorang ibu. Lelaki yang sedang terluka ini anak dia. Jika Uthman merasa sakit, dia juga akan merasakan hal yang serupa.

"Masa akan mengubati luka dalam hati Uth. Percayalah pada qada' dan qadar. Apa yang tertulis ini takdir DIA. Dan DIA takkan jadikan sesuatu itu tanpa asbab. Yuhara, memang diciptakan untuk seorang Uthman Yunus. Untuk Uth bimbing, bersama-sama menuju ke syurga.."    ungkap Puan Aisyah seraya mengusap-usap kepala Uthman. Berharap dengan cara begitu, hati Uthman akan sedikit merasa tenang.

#UthmanYunusSuamiUntukWanitaPendosa

Untuk urusan tem pa han, klik link ws di bio

www.wasap.my/60192552358/UthmanYunusEbook

UTHMAN YUNUS: Suami Untuk Wanita Pendosa [Ebook]Where stories live. Discover now