"Ustaz kata ustaz sanggup nak jadi suami saya. Tawaran ustaz pada saya masih ada? Dan sebagai balasan, saya akan jaga umi ustaz sampai dia sembuh. Ustaz cuma perlu simpan saya sampai saya melahirkan budak ni. Saya tak ada tempat nak dituju sekarang." Dalam satu nafas Yuhara berbicara.
Uthman terdiam agak lama. Puan Aisyah yang terlantar di atas katil sekadar memandang dengan riak kosong. Apa saja keputusan si anak, dia akur. Dia terima, seikhlas hatinya.
"Saya boleh terima awak jadi isteri saya, Yuhara. Tapi awak kena berjanji yang awak bersedia untuk berubah." Uthman pandang wajah Yuhara.
"Tunjukkan saya jalan ke syurga, ustaz.." Sebaris ayat, namun Yuhara ungkapkan penuh makna. Uthman sedut nafas dalam lalu hela perlahan-lahan.
"Berapa bulan kandungan tu?"
"Dah nak masuk empat minggu.." Yuhara menunduk malu. Mengandungkan benih haram, mustahillah kalau dia kata dia langsung tak rasa apa-apa.
"Awak tahu Iqram dekat mana?"
"Dia tak nak anak ni. Kalau dia nak, dia takkan lari. Saya pun takkan datang jumpa ustaz kalau dia mahu bertanggungjawab." Lancar Yuhara menutur bicara.
"Kita kena percepatkan tarikh nikah tu."
"Bila?" soal Yuhara.
Uthman bangun mendapatkan Puan Aisyah. Sentuh lengan Puan Aisyah, Uthman tak tahu macam mana nak memulakan ayat. Lega hati dia bila Puan Aisyah mengangguk dengan renungan berkaca-kaca.
"Umi restu, Uth.." Sebak nada suara Puan Aisyah kedengaran. Uthman ukir senyuman pahit pada bibir. Dahi Puan Aisyah dikucup lalu dia kembali mendapatkan Yuhara.
"Minggu depan saya akan halalkan awak." Putus Uthman yakin. Ikutkan hati, Yuhara rasa mahu meraung.
Lelaki ini, hampir-hampir saja dia bunuh. Bahkan Puan Aisyah terlantar pun disebabkan perbuatan dia. Tapi Uthman masih sudi mahu membantu dirinya.
Allah.. mana rasa simpati kau waktu kau bakar rumah dia dulu, Yuhara??
Batin Yuhara menjerit. Dan jeritan itu hanya Yuhara saja bisa ketahui. Kerana andai Uthman turut mendengar, tentu Uthman takkan menyambut dia sebagai tetamu di rumah lelaki itu hari ni. Paling tidak, renungan penuh kebencian akan terhidang buat seorang Yuhara.
#UthmanYunusSuamiUntukWanitaPendosa
Untuk urusan tem pa han, klik link ws di bio.
www.wasap.my/60192552358/UthmanYunusEbook
YOU ARE READING
UTHMAN YUNUS: Suami Untuk Wanita Pendosa [Ebook]
Historia CortaJodoh itu aturan DIA. Uthman Yunus tak pernah menyangka zaman bujang dia akan berakhir dengan seorang gadis yang jelas sudah 'rosak' maruahnya. Namun kerana mimpi, Uthman anggap ada asbab Allah SWT temukan mereka berdua. Malam itu, Uthman Yunus anta...