Teaser 6 (masakan)

178 4 0
                                    

"Makanan untuk siapa tu?" Deras suara garau itu kedengaran, menyebabkan tubuh Yuhara terus tegak di tempatnya berdiri. Perlahan-lahan tubuh dibalikkan menghadap Uthman.

"Untuk umi." Yuhara jawab bersama wajah menunduk.

Uthman hela nafas panjang. Dia nak masuk mengajar pun rasa tak aman. Risau Yuhara apa-apakan Puan Aisyah. Sementelah Yuhara pernah berniat mahu membunuh mereka berdua.

"Tak apa, awak makan aje. Untuk umi, saya bungkuskan nasi sekejap lagi."

"Tapi saya dah masak. Untuk awak pun, saya dah masakkan sekali. Awak selalu bawa bekal yang saya masak kan?" Yuhara mendongak, menatap sepasang mata berwarna hazel milik Uthman.

"Lepas ni awak tak payah siapkan bekal untuk saya." Putus Uthman seraya membetul-betulkan tali leher yang dipakai.

Ikutkan hati nak saja Uthman batalkan kuliah dengan pelajar-pelajarnya hari ini. Tapi memandangkan minggu depan mereka semua ada ujian, makanya dia perlu hadirkan diri juga.

"Awak masih marahkan saya, Uth?" aju Yuhara bergetar.

Uthman tak jadi melangkah. Wajah Yuhara dipandang dengan riak kosong.

"Awak pernah cuba nak bunuh suami dan ibu mentua awak sendiri. Ini soal nyawa, Yuhara. Apa yang awak harapkan daripada saya?"

"Tapi saya dah menyesal!" Laju Yuhara membalas. Uthman ukir senyuman pahit.

"Saya minta maaf, saya cuma lebih berhati-hati."

"Jadi awak tak nak umi sentuh makanan yang saya masak, sebab awak takut saya letak 'apa-apa' dalam makanan ni?" Yuhara bertanya lagi dalam nada sebak.

Uthman jeda seketika. Tak tahu nak bagi jawapan versi bagaimana.

"Uth, umi nak makan nasi goreng yang Ara buat tu. Ara buat nasi goreng pagi ni kan?" Puan Aisyah terpaksa menyampuk. Walaupun hati dia terluka dengan perbuatan Yuhara, namun entah kenapa hendak membenci itu jauh sama sekali.

"Ara suapkan." Yuhara sudah mahu mendapatkan Puan Aisyah, terhenti saat lengannya dilelar kemas oleh sang suami.

"Awak makan dulu." Tiga patah perkataan.

Yuhara terkedu. Sampai ke tahap tu Uthman tak percayakan dia?

"Lepas dah pastikan makanan tu selamat, baru saya izinkan awak suapkan umi saya." Sambung Uthman lagi.

Kedua-dua belah tangan Yuhara menggeletar. Setitis demi setitis air mata gugur ke pipi. Namun permintaan Uthman diturutkan. Sesudu nasi disuap ke mulut sendiri. Dikunyah, walaupun terasa payah.

"Cukup ke untuk buat awak percayakan saya?"tanya Yuhara dalam linangan air mata.

Uthman mengeluh dalam. Capai pinggan dari tangan Yuhara, Uthman labuhkan duduk di depan Puan Aisyah.

"Awak boleh keluar dari bilik ni. Saya boleh suapkan umi."

"Nanti Uth lambat pula nak masuk kelas." Puan Aisyah bersuara resah.

"Tak apa, Uth kena pastikan keadaan umi dulu. Umi lebih penting dalam hidup Uth. Uth tak nak ada sesiapa apa-apakan umi lagi." Jawapan Uthman, menyebabkan hati Yuhara seperti jatuh terhempas ke atas lantai. Retak berderai.

#UthmanYunusSuamiUntukWanitaPendosa

Untuk urusan tem pa han, klik link ws di bio.

UTHMAN YUNUS: Suami Untuk Wanita Pendosa [Ebook]Where stories live. Discover now