ANAK TERUNA KENA BEBEL

830 13 2
                                    

UNITED KINGDOM

"Hoi anak dara, baru bangun ke?"

Thariq mendengus halus. Si pencari pasalnya sudah muncul!

"Haah baru bangun. Mandi pun belum lagi." Dilayan saja kata-kata orang dalam talian. Siapa lagi kalau bukan mamanya, Datuk Najida.

"Eee buruknya perangai! Mandi pun malas. Patutlah tak kahwin-kahwin lagi, takde orang nak."

Bibir mencebik lalu Thariq menyandarkan belakang badan pada sofa. Mahu menghilangkan penat. Kedua kaki diluruskan. Mata memandang bumbung. Hakikatnya dia sudah bangun dua jam yang lepas. Siap keluar berjogging lagi.

"Baguslah takde orang nak, tak payah kahwin."

Seketika talian mula senyap kemudian...

"Tengku Thariq!"

Thariq menjauhkan telefon apabila mama mula menjerit. Sebaik jeritan mama hilang, telefon kembali pada telinga.

"Mulut tu...boleh tak cakap benda elok-elok sikit Tengku Thariq? Kata-kata tu satu doa. Buatnya sampai tua tak kahwin macam mana? Siapa nak jaga awak nanti?"

"Mamakan ada."

"Tak kuasa aku nak bela kau lagi. Masa kecik aku dah bela, dah tua bangka pun aku nak kena bela jugak. Buat menghabiskan beras je."

TENGKU THARIQWhere stories live. Discover now