MASUK LINE

227 9 0
                                    



"Aunty sihat?" soal sebaik Thariq matikan talian.

"Macam biasa."

"Bulan lepas dia ada call saya, bagi kata-kata semangat. Dia pesan kalau free datanglah melawat dia kat rumah. Sampai sekarang saya belum berkesempatan melawat dia lagi."

"Awak ni dah okay ke belum?"

"Eh saya dah okay. Kenapa encik tanya macam tu? Saya nampak tak okay ke?" Gelabah bertanya.

"Saya perasan awak banyak diam." Apabila Fazia senyum, Thariq melarikan anak mata. Entah kenapa. Tiba-tiba saja.

"Encik jangan risau saya dah okay. Cuma biasalah lama sangat cuti, momentum tu jadi slow sikit. Tapi takkan effect pada kerja saya. Saya janji."

"Baguslah macam tu."

"Terima kasih jugak pada encik sebab sudi bagi cuti panjang. Saya tak sangka, masa saya down encik datang kemudian cakap saya boleh cuti untuk tenangkan hati saya."

"Awak nak saya jujur tak?"

"Jujur? Maksudnya?"

"Cuti tu sebenarnya mama yang suruh bagi. Saya approve je."

Fazia diam. Patutlah. Masa tu dia sudah pelik. Takkanlah Thariq begitu 'care' dengannya. Tapi sebab masalah yang ditanggung lebih berat jadi dia tiada masa mahu fikir mengenai Thariq. Dah orang bagi cuti, dia ambil saja.

"Saya tumpang simpati dengan apa yang awak lalui. Saya tak pandai nak bagi nasihat, tapi saya harap cuti yang saya bagi tu mampu kembalikan semangat awak yang hilang."

"Terima kasih encik sebab faham saya. Encik dengan aunty, dua-dua baik."

"Erm Fazia..."

"Ya..." Sabar saja Fazia menunggu apa yang akan dikatakan Thariq.

"Erm, takde apalah."

"Okay." Walaupun dia nampak ada sesuatu yang mahu dikatakan Thariq. Tapi takkan dia mahu memaksa lelaki itu bercakap, kan?

"Saya balik dulu."

"Okay encik. Jumpa esok."

"Awak tak nak balik lagi?"

"Saya nak habiskan air dulu."

"Nak saya temankan?"

Tidak berkelip mata Fazia.

TENGKU THARIQWhere stories live. Discover now