DUDA GILA TALAK

360 9 0
                                    

"ASSALAMUALAIKUM..."

Sepantas kilat Fazia pusing apabila ada yang beri salam. Suara yang sangat dikenali. Melihat bekas suaminya, mata terus membulat. Mengejutkan apabila mereka kembali jumpa.

Tak sangka!

"Awak buat apa kat sini?" Terus ditanya soalan itu.

"Azi apa khabar?"

"Awak muncul semata-mata nak tanya khabar saya ke? Awak ingat saya akan mati lepas awak ceraikan saya?"

Kali terakhir berjumpa apabila mereka disah bercerai. Selepas itu, dia terus menghilang dari hidup Amriz.

"Janganlah cakap macam tu." Amriz menegur.
"Abang cuma nak pastikan Azi dalam keadaan baik. Dan tengok Azi macam ni, abang bersyukur sangat. Abang tak nak Azi sedih dengan perpisahan kita."

"Jangan risau. Itu takkan terjadi. Saya dah move on. Dan saya harap awak pun akan move on jugak."

"Sekali pun kita dah takde apa-apa, tak boleh ke kita terus berkawan?"

"Saya tak nak," laju Fazia memotong.

"Sebab?"

"Saya tak nak kawan dengan lelaki yang pernah jadi suami saya. Dan saya tak nampak atas sebab apa kita perlu berkawan. Cukuplah Am. Yang lepas tu, biarlah lepas. Saya dengan hidup saya, awak fokus pada hidup awak. Awak dah ada Alyana. Dia isteri awak. Jagalah hati dia. Apa kata dia kalau tahu awak jumpa saya."

Fazia tahu Amriz sudah kahwin lain selepas perceraian mereka. Dia tidak marah apatah lagi cemburu. Dia anggap jodoh Amriz dan Alyana masih kuat.

"Yana tahu abang sayangkan Azi. Dan Azi pun tahu abang masih sayangkan Azi. Abang lepaskan Azi pun sebab Azi yang minta dilepaskan."

"Simpan jelah sayang awak tu. Dah tak ada guna awak nak meluah."

"Abang rindu Azi. Rindu sangat-sangat."

Fazia senyum sinis. Waktu bersama dirinya tidak dihargai, sekarang baru pandai mahu rindu.

Dasar lelaki!

TENGKU THARIQWhere stories live. Discover now