BAKAL JODOH CLEANER

238 7 0
                                    

"Thariq, meet your secretary merangkap PA. Alanna Fazia." Kemudian Datuk Najida memandang Fazia.

"Azi, ni Thariq. Selalu tengok dalam gambar kan hari ni dia dah muncul depan-depan. Mulai sekarang, macam mana Azi urus saya macam tu Azi urus Thariq."

"Ma..." Thariq menyampuk. Tayang wajah tak puas hati.

"Awal-awal saya dah cakapkan saya tak perlu secretary apatah lagi PA. PA nak buat apa? Bukan saya artis pun."

Bulat mata Datuk Najida kemudian bibir bergerak seolah-olah mahu berkata "Thariq, watch your mouth." Tapi sayang melihat Thariq tayang wajah selamba, Datuk Najida mengalih mata pada Fazia yang terpinga-pinga.

"Azi, keluar dulu ya. Saya nak cakap dengan anak bertuah ni jap." Sebaik saja Fazia menghilang, laju tangan Datuk Najida menampar lengan Thariq.

"Sakitlah mama."

"Tahu pun sakit. Kenapa mulut tu kalau bercakap tak jaga hati orang? Terasa Fazia."

"Saya jujur pun mama tak terima."

"Thariq suka atau tak, Fazia tetap akan jadi secretary dan your PA. At least dua tahun dia kena ada dengan you. Selain mama, dia yang paling kenal klien kita. You need her."

"Ikut mamalah..."

Senyum Datuk Najida apabila melihat keakuran Thariq. Kedua tangan naik atas meja lalu menongkat dagu.

"Mama nak cakap apa?" Tahu saja Thariq.

"Berkenan tak?"

"Tak." Faham maksud mama.

"Mama suka Fazia. Kalau Thariq suka, cakaplah. Takut nanti lambat, melepas. Fazia tu baik tau. Kalau dia ikut mama jumpa client, ada je client yang usik nak jadikan dia isterilah, menantulah. Dia pun jenis yang pandai ambil hati."

Thariq senyum sinis. "Baik? Dia dulu pun baik jugak, last-last buat hal. Saya dah tak hadap baik orang. Bukan boleh percaya."

"Janganlah samakan Azi dengan dia." Faham sangat siapa 'dia' yang dimaksudkan Thariq.

"Perempuan semua sama."

"Termasuk mama ke?"

Thariq ketap bibir.

TENGKU THARIQWhere stories live. Discover now