"Keluar! Saya tak nak tengok muka awak."Tidak menghirau, Thariq capai mangkuk bubur. "Makan dulu. Saya tak nak awak muntah lagi."
"Tak nak!"
"Awak tak makan apa-apa, nanti perut masuk angin."
"Saya tak nak makan. Saya nak awak keluar."
"Saya akan keluar lepas awak makan bubur dan ubat."
"Saya cakap tak nak maknanya saya tak nak," jerit Fazia lantas mangkuk di tangan Thariq diambil lalu dicampak ke lantai.
Pang!
"Fazia!" Terbeliak mata Thariq melihat bubur yang sudah bersepah atas lantai. Serpihan kaca bertaburan. Turun naik dada Thariq dengan tindakan keterlaluan Fazia. Kali ini dia kena akui, isterinya melampau.
"Itu makanan Fazia." Gigi diketap.
"Awak patut bersyukur mangkuk tu saya tak baling ke muka awak."
Thariq kehilangan kata-kata.
YOU ARE READING
TENGKU THARIQ
Romance"Saya ingat awak akan paksa saya, awak akan ungkit pasal hak awak." - FAZIA "Awak ingat sebab itu yang awak fikir. Saya tak fikir pun apa yang awak fikir." - THARIQ Makin mengenali THARIQ, makin FAZIA selesa sehingga akhirnya FAZIA nekad mahu meny...