CARI LAIN

222 7 0
                                    



"Terlepas Fazia ke tangan lelaki lain..."

Thariq turut duduk kemudian dicapai kedua tangan mama. Kesian melihat wajah itu. "Mama, bukan jodoh dia dengan sayalah tu. Lagipun saya memang anggap dia sebagai pekerja je. Tak pernah ada apa-apa perasaan." Lembut memujuk.

"Kalau Thariq cepat bertindak, mungkin Fazia boleh jadi menantu mama. Tapi Thariq tak guna peluang yang ada. Ikutkan boleh saja Thariq tackle dia bila-bila masa. Dia selalu ada dengan Thariq." Dilarikan tangan daripada digenggaman oleh Thariq. Malah wajah si anak sudah tidak dipandang.

"Okay macam ni. Lepas ni mana-mana perempuan yang mama suka, saya akan keluar dengan dia." Diambil kembali hati mama.

Cukuplah selama ini dia mensia-siakan usaha mama. Tak salah kali ini dia cuba ikut. Tujuannya hanya satu. Mahu buat wanita itu gembira. Endingnya, hanya dia yang tahu. Tetap saja dia tidak suka dengan mana-mana calon pilihan mama.

Bulat mata Datuk Najida memandang Thariq.

"Tapi..." Thariq sambung apabila melihat mama mahu buka mulut. "Saya keluar untuk kenal-kenal je. Kalau suka, saya akan proceed. Tapi kalau saya tak suka, mama tak boleh paksa saya keluar dengan dia lagi."

"Deal!"

TENGKU THARIQWhere stories live. Discover now