2019
"Tak! Ini mimpi!Ini cuma mimpi!" Hawa masih lagi berharap yang ini hanyalah mimpi ngeri. Walaupun dia tahu inilah realiti yang amat pahit untuk diterima.
Sayu dan hiba. Orang yang dicintai dan paling disayangi pergi ke pangkuan Ilahi. Belum sempat Hawa menyelesaikan tugasnya sebagai seorang anak. Apatah lagi membahagiakan orang tuanya.
Dahulu, ayahnya meninggalkan Hawa dan ibunya. Sekarang Hawa tinggal sendirian. Menurut doktor, kematian ibunya disebabkan kanser otak. Hancur hati Hawa. Dia langsung tidak mengetahui yang ibunya mempunyai penyakit merbahaya itu. Menurut doktor, ibunya telah hampir setahun didiagnos dengan penyakit tersebut. Cuma ibunya bertindak merahsiakannya dari pengetahuan Hawa.
Ketika hari pengembumian, Encik Zahari merangkap Pak Longnya muncul. Hanya hari itu sahaja Pak Longnya muncul untuk pertama kali. Mungkin disebabkan kehilangan adiknya.
Sudah seminggu Hawa hidup bersendirian. Kosong. Itulah yang melanda dirinya. Sudah seminggu juga Hawa tidak masuk kerja. Encik Izham juga tidak menghubunginya. Hawa juga tidak bertindak menghubungi beliau. Padanya ini bukanlah masa yang sesuai. Ataupun mungkin dirinya sudah tiada semangat. Mungkin juga dia telah dibuang kerja.
"Buat apa aku nak pergi kerja? Aku bukan ada sapa-sapa pun nak sara."Isi hati Hawa bersuara. Sudah tidak bermakna hidup rasanya. Baju ibunya tidak lekang di genggaman Hawa. Baju terakhir arwah.
"Assalamualaikum! Atul! Oh, Atul."Telinga Hawa menangkap satu suara wanita yang dia kenali. Ipar ibunya, Puan Salwa. Entah mengapa sejak kematian ibunya,Puan Salwa atau digelarkan Mak Long kerap kali muncul ke sini. Sebelum ini, langsung tidak menyinggah walaupun saat Aidilfitri menjelma.
"Nak apa?"soal Hawa tanpa menjawab salam dari Puan Salwa.
Puan Salwa masuk tanpa dipelawa sambil dibuntuti oleh suaminya. Entah mengapa Hawa terasa jijik dengan muka mereka berdua walaupun dia tahu yang mereka merupakan ahli keluarganya juga.
"Kenapa ni, Hawa? Kusut Mak Long tengok." Hawa hanya membisu. Tak dihiraukan kedatangan tetamu di rumahnya ini. Hawa tahu ada udang sebalik batu atas keperihatinan mereka.
Hawa membiarkan kehadiran mereka. Dia berlalu ke dapur sambil mula mencari apa-apa sahaja untuk di makan. Dahulu, Hawa adalah seorang yang agak rajin bertukang di dapur. Namun sekarang, dia hanya menjamah makanan seperti mee segera ataupun roti.
"Hawa,"sapa Puan Salwa sambil menuruni tangga menghampiri Suaminya hanya memerhatikan sahaja dari tangga.
"Pak Long. Cakap kat Mak Long, aku tak kan serahkan tanah tu walau apa pun yang terjadi. Selagi aku hidup!"Nada Hawa marah mengejutkan Puan Salwa. Dia tidak menyangka yang anak saudaranya ini begitu keras kepalanya walaupun dipujuk beberapa kali.
"Kau nak buat apa? Tanah sawit tu bukannya kau reti jaga. Baik bagi Mak Long je. Tu, sepupu kamu tu, Ikhwan boleh tengok-tengokkan tanah tu. Kalau ada hasil pun, Mak Long bagi jugak ke kamu."Puan Salwa masih cuba untuk menyakinkan anak saudaranya. Entah ke berapa kali dia sudah memujuk.
"Lantak akulah aku nak buat apa! Aku nak biar ke? Aku nak bakar ke? Tanah tu mak aku dah wasiatkan untuk aku! Geran tanah tu pun atas nama aku!"bentak Hawa dengan penuh amarah.
"Sekarang ni korang pergi balik! Masa mak aku hidup, tak nampak pulak bayang korang! Nak pijak rumah ni pun jijik. Bila mak aku nak meninggal, rajin pulak korang datang. Eh, Hari-hari lagi pulak tu! Dah. Berambus!"bebel Hawa panjang. Dia memang sudah muak dengan muka pasangan suami isteri itu.
"Berambuslah aku cakap!"Pisau diambil lalu dibaling menuju ke Puan Salwa.Nyaris-nyaris mengenai tubuh badan wanita 40an itu.
"Kau dah gila ke, Hawa!Aku ni mak cik kau! Kakak ipar mak kau. Tu, laki aku tu abang mak kau. Sanggup kau nak bunuh kami berdua ni."Puan Salwa lantang bersuara. Ada sedikit perasaan takut melihat anak saudaranya sudah hilang akal.
"Gila? Hahahahahahah!"Hawa tertawa. Kedengaran agak mengerikan hilaian tawanya. Cukup memberikan perasaan cuak.
"Mungkin. Dan mungkin jugak aku boleh bunuh korang berdua. Kan aku dah gila,"ujar Hawa tersenyum sinis. Puan Salwa dan suaminya lekas mengangkat kaki meninggalkan rumah Hawa.
Hawa kembali ke ruang tamu. Sepi mula menyinggah kembali. Untuk seketika Hawa berasa tenang. Mungkin ini hari terakhir pasangan suami isteri itu singgah ke mari.
Di pinggir kampung ada sebidang tanah kebun kelapa sawit yang asalnya milik ibunya. Setahun sebelum pemergian Puan Zakiah, beliau sempat menukarkan nama pemilik tanah itu kepada nama Hawa.
Namun, ada yang tidak menyenangi tindakan Puan Zakiah. Iparnya, Puan Salwa tidak berpuas hati. Ini kerana padanya, Hawa tak layak untuk memiliki tanah yang menjadi aset keluarga Hawa. Lebih-lebih lagi Hawa yang langsung tak ada ilmu mengenai pertanian.
Pada Hawa, hanya tanah tersebut dan rumah ini sahajalah yang menjadi peninggalan arwah ibunya. Amat sayang sekali untuk diserahkan pada orang lain. Dia juga tahu yang mak long inginkan tanah itu.Dan ada sebab mengapa tanah itu amat direbutkan oleh Puan Salwa serta suaminya.
"Ibu?"Hawa menangkap satu bayangan seseorang. Seseorang yang amat dirindui.
"Ibu pergi mana?Hawa rindu dekat ibu." Hawa berbual seorang diri. Pandangannya seolah-olah sedang berbual dengan sosok arwah ibunya, Puan Zakiah.
Di sisi lain, tindak-tanduk Hawa diperhatikan oleh seseorang. Mak Mah, isteri kepada Pak Yan. Kehadiran Mak Mah ke situ hanyalah ingin menjenguk keadaan Hawa. Namun sebaik melihat apa yang terjadi, sayu hati Mak Mah. Perasaan seorang anak yang baru kehilangan bonda berjaya menyentuh hati Mak Mah. Air mata menitis melihat gelagat Hawa yang sudah hancur mentalnya. Mak Mah bertindak meninggal rumah Hawa menahan tangis.
Malam menjelma. Hawa berlapar sambil mula mencari 'ibu'nya yang ghaib secara tiba-tiba.Makan malam sudah Hawa siapkan bagi menyambut kepulangan 'ibu'nya.
"Ibu!Ibu ada kat mana?Meh lah turun makan."Hawa melaung memanggil sosok ibunya.Sahutan tiada kedengaran.
"Ibu!"Hawa sekali lagi memanggil ibunya sambil melangkah mencari sosok, "Ibu!Ibu pergi mana?"sambung Hawa lagi.Kali ini dengan tangisan. Sedar akan sesuatu.
"Aku,aku khayal ke ni?Kenapa aku nampak arwah ibu.Kan . . .Kan ibu dah meninggal,"gumam Hawa sendirian sambil mengesat air matanya.Disebabkan terlalu merindui ibunya yang tercinta,Hawa hampir menjadi gila.
Hawa kembali ke dapur.Makan malam yang terhidang ditenung dalam-dalam.Sesekali pandangannya berubah ke kerusi kosong disebelahnya.Kerusi yang selalu diisi dengan kehadiran ibunya.Sayu dan sebak menyinggah.
"Assalamua'laikum."
"Wa'alaikumussalam."Hawa menjawab salam sebelum bergegas menuju pintu masuk.Pintu dibuka untuk menjenguk siapa di luar.
"Eh,Mak Mah dengan Pak Yan.Marilah naik,"jemput Hawa.Pasangan tua itu naik ke rumah, "Kejap Hawa buatkan air ya."
"Eh,tak apa Hawa.Kami datang singgah nak tengok-tengok Hawa je.Ni pun kejap je."Pak Yan menolak pelawaan Hawa.Dia sebenarnya khuatir dengan diri Hawa.
"Eh,Hawa ok je lah.Kenapa?"soal Hawa kehairanan.
Sejak kematian ibunya.Hawa kerap berjalan seorang diri dalam keadaan tidak terurus.Perkara ini diamati oleh Pak Yan dan Mak Mah serta orang kampung yang lain.Ada yang tumpang simpati dan ada juga yang menabur fitnah kepada Hawa.
"Pak Yan,saya nak minta tolong boleh?"
YOU ARE READING
Hawa (By Nuhazzz)
Mystery / ThrillerApabila seorang gadis kampung,yang baru sahaja berpindah ke kota.Tanpa arah tuju mahupun target.Hanya kerana pemergian ibu tercinta.Disebabkan keberanian dan ketangkasannya menarik perhatian sebuah organisasi. Hawa kini ditugaskan untuk memburu,m...