2021
Suasana hiruk-pikuk restoran makanan Korea dipenuhi dengan pelanggan dari berbilang orang. Restoran yang menyediakan menu masakan Korea seperti Dakgalbi dan lain-lain lagi. Sudah jadi aktiviti setiap bulan bagi Hawa dan Watie untuk singgah menjamu selera disini. Lebih-lebih lagi jika bayaran komisyen salah seorang daripada mereka telah masuk.
“Hawa, kau tak ada boyfriend ke?” Satu soalan kemahiran berfikir keluar dari bibir Watie.Hawa memasang riak wajah aneh.
“Maksud kau?”Kening dijungkitkan ke atas berpura-pura tak faham akan soalan yang didengarnya.
Watie mengangkat kepala sambil mengunyah isi daging, “Yeah, boyfriend. Kau ada ke?”
Hawa terdiam seketika. Direnung periuk berisi kuah yang hangat menggelegak. Memang niatnya ingin mencari buah hati. Namun, separuh lagi hatinya tidak bersedia untuk menerima seorang lelaki baru.
“Malas nak fikir lah.Belum ada masa nak cari.”Hawa bersuara. Pandangannya tidak berubah.
“You lesbian?”Watie merapatkan wajahnya ke Hawa sambil melontarkan soalan pembunuh.
Hawa memasang riak wajah jijik dengan soalan sebentar tadi. Secara tiba-tiba dia dituduh mengamalkan ajaran songsang. Ingin sekali ditampar wajah ayu Watie.
“Kau nak aku hantar kau jumpa Tuhan sekarang ke?”
Watie tertawa kecil sambil menepuk-nepuk bahu Hawa, “ala, gurau jelah.”
Itulah Watie, sahabat yang paling rapat dengan Hawa. Mulutnya sedikit menyakitkan hati Hawa.Tambahan pula sifatnya juga boleh dikatakan tidak begitu baik juga. Namun, dah kalau bersahabat, kesemua itu diketepikan.
“Eh, Hawa! Tu!”Tangan Watie menunjukkan ke belakang Hawa. Entah apa yang ditunjukkan pun Hawa tak tahu. Hawa lalu menoleh ke belakang. Hawa beberapa orang lelaki yang masuk ke restoran sahaja.
“Ape benda?”soal Hawa.
“Kau tengok lah mamat yang pakai baju petak-petak merah tu.”Hawa masih kurang faham. Ditolehnya sekali lagi dan mencari jejaka berkemeja merah yang disebut Watie sebentar tadi. Jumpa.
“Ha, kenapa dengan dia? Target?”
“No, Honey! Kau tengoklah dia. Jambu wei!”ujar Watie dengan riak wajah teruja. Watie orangnya pantang nampak jejaka yang tampan. Jika nampak, mulalah dia terkinja-kinja.
“Kau! Pantang nampak Jantan Jambu!”Hawa sudah masak sangat dengan perangai Watie.
“Time for me to shine. Kau duduk sini diam-diam kejap.”Watie terus bangun lalu melangkah menuju lelaki berkemeja merah itu. Hawa memerhatikan sahaja gerak-geri sahabatnya itu. Kelihatan mereka sedang berbual seketika.
Watie diberikan keuntungan dari segi wajah dan keterampilan yang sangat menawan hati. Sesiapa sahaja yang melihat,sudah pasti tergoda. Begitu juga dengan Target nya. Watie dengan mudah berjaya memancing Target nya atas faktor kecantikan yang diperoleh.
Hawa tidak menghiraukan sahabatnya yang sedang bercekerama di sudut sana. Dia hanya menumpukan perhatian pada hidangan di depan matanya sahaja.
Ting!
Satu notifikasi masuk. Ianya mesej dari Puan Zamirah.
“. . . Sila datang ke pejabat lusa. . .”Itulah isi mesej tersebut.
“Nampak gayanya ada Job baru ni.”Hawa ber monolog sendirian.
“Woi, Mak Minah Oi! Jomlah gerak.”
***
Hawa memandu Perodua Axia miliknya menuju ke pejabat ANCAM bersama Watie. Misi baru bakal diperoleh mereka. Entah siapa pula yang perlu mereka hapuskan kali ini.
“Wei,Hawa.Aku teringinlah.”Watie bersuara.
“Apa yang kau ngidam ni? Kau bunting ke apa?”soal Hawa bergurau kasar.
“Eh, mulut kau. Boleh tahan jugak ya,”ujar Watie mencubit bahu Hawa.
“Aduh! Aku tengah drive lah bodoh. Kau nak kita eksiden ke?”Watie hanya tertawa tanpa menghiraukan kata-kata Hawa.
“Apa yang kau teringin sangat? Nak kahwin? Mamat tempoh hari kau dapat cucuk ke?”soal Hawa.
Watie menggelengkan kepalanya, “Bukanlah.”
“Aku teringin nak berpartner dengan ‘The Cold Princess'”,ujar Watie menegaskan gelaran yang Hawa dapatkan dari pihak ANCAM.
Gelaran The Cold Princess diterimanya dikeranakan sifatnya yang tidak berhati perut dalam membunuh Target nya. Pernah sekali dia menghabiskan nyawa seorang perogol dengan kejam. Sehinggakan ada skuad C muntah melihat mayat Target nya itu.
“Ala, kau request lah dekat Puan Z. Mana tahu nanti dapat nanti,”pujuk Hawa.
Setibanya di pejabat. Hawa dan Watie terus lapor diri sebelum terus menuju ke Pejabat Puan Z. Puan Z duduk di mejanya sambil memerhatikan skrin komputernya.
“Assalamualaikum, Watie, Hawa. Dah bersedia?Watie dan Hawa menjawab Salam sebelum mereka mengangguk kecil.
“Er, Puan Z. Saya nak buat satu permintaan boleh?”soal Watie
“Apa tu, sayang.”
“Saya nak berpartner dengan Hawa untuk next mission boleh tak?”pinta Watie sambil memasang riak wajah meraih simpati.
Puan Zamirah bersandar ke belakang sedikit.Jemarinya menguis dagunya.
“Hmm, tapi saya dah pasangkan awak dengan Jun. Lagipun misi Hawa agak sukar untuk dijalankan secara berpasangan,”ujar Puan Zamirah. Watie menundukkan pandangan sedikit.
Hawa mengusik bahunya menenangkan Watie. “Lain kali erk,”pujuk Hawa.
“Baiklah. Awak boleh pergi ke Aish.Jun dah tunggu awak di sana Watie,”arah Puan Zamirah kepada Watie. Berlalu longlai Watie menuju ke bilik salah seorang ahli Skuad A. Kecewa permintaanya tidak ditunaikan.
“Baiklah Hawa. Awak ditugaskan untuk menghapuskan seorang ibu dan anak. Lokasi kali ini tak jauh pun. Klang,”ujar Puan Zamirah menerangkan misi kali ini.
Pelik. Bukan ke polisi ANCAM tidak membenarkan untuk membunuh wanita dan anak kecil. Mengapa pula misi kali ini pula melanggar polisi ANCAM.
“Tapi, bukan ke. . . ”
“Awak boleh jumpa Aish. Kod tugas A09(S),”potong Puan Zamirah belum sempat Hawa menyuarakan persoalannya.
Pintu bilik dibuka. Hawa keluar berjalan menuju ke bilik Aish. Orangnya agak pendiam namun boleh diajak bersembang. Di luar biliknya kelihatan Jun dan Watie sedang berbual. Mungkin berbincang mengenai misi mereka.
“Eh, Miss Hawa.Hi,”sapa Jun melambai Hawa.
“Hi, Jun. So macam mana? Target dah dapat?”soal Hawa
“Dah.Target bapak ayam dekat Bukit Bintang. Eh, Hawa, aku mungkin tak ada dekat rumah. Aku stay dekat rumah Jun.”Watie bersuara. Hawa hanya mengangguk faham sambil jemarinya menunjuk isyarat ‘OK'.Bukan sekali Hawa ditinggalkan seorang diri di rumah.
Hawa melangkah masuk ke bilik Aish. Wanita bercermin mata, rambut ikal mayang. Sedang ralit melihat skrin komputer. Biasalah,budak IT.Sudah tentu masanya dihabiskan sepenuhnya menghadap skrin komputer sahaja.
“Miss Aish, Hawa, kod A09(S),”ujar Hawa.
“Sekejap ya,”balas Aish ringkas sebelum bingkas memusingkan badannya ke belakang. Sebuah fail merah dicapai lalu dihulurkan kepada Hawa.
“Awak ditugaskan untuk membunuh seorang wanita kaya di Klang. Cadangan saya, gunakan penyamaran untuk mengelabui pandangan target. Saya ada sediakan beberapa portfolio identiti palsu untuk awak.”Aish menerangkan serba sedikit mengenai misi kali ini. Mata Hawa masih ligat menghadamkan maklumat-maklumat mengenai Target kali ini.
“Baik.Saya nak gunakan samaran.Saya pilih 2.”Fail diletakkan di atas meja sambil menunjukkan portfolio penyamaran pilihan kedua. Seorang guru tuisyen peribadi. Aish hanya mengangguk faham.
“Baiklah, semoga berjaya. Lagi satu Hawa, Please lain kali santai je dengan I, okay?”pinta Aish. Kurang selesa dengan layanan Hawa kepadanya. Mungkin disebabkan pangkat mereka yang tidak lah jauh beza.
Seorang wanita kaya yang tinggal di sekitar Klang. Menurut maklumat, Target bernama Suzana binti Kassim, salah seorang orang kanan di pejabat pemprosesan minyak terkemuka di Selangor.
Namun, ada satu maklumat yang buatkan Hawa sedikit tertarik. Target mempunyai seorang anak berumur 7 tahun. Jamilah bersekolah di sekolah berhampiran.
Hawa sedikit ragu-ragu untuk menjalankan misinya kali ini.
YOU ARE READING
Hawa (By Nuhazzz)
Mystery / ThrillerApabila seorang gadis kampung,yang baru sahaja berpindah ke kota.Tanpa arah tuju mahupun target.Hanya kerana pemergian ibu tercinta.Disebabkan keberanian dan ketangkasannya menarik perhatian sebuah organisasi. Hawa kini ditugaskan untuk memburu,m...